Apabila pengurus itu mendengarnya, dia cepat-cepat memandang sekeliling tapi dia tidak melihat Ning Xi. "Bos kata dia dah ada dekat sini. Biar saya telefon dia untuk tanya... ah! Bos! Kamu dah sampai!"
Pengurus yang baru hendak menelefon itu tadi meletakkan telefonnya semula dan memandang Ning Xi yang sedang berjalan ke arah mereka dari kawasan rehat. Dia segera berkata, "Bos, semua stok yang bos nak tu dah dikeluarkan. Silalah semak ya. Oh, nampaknya Cik Lu nak bincang sesuatu dengan bos!"
Kemudian, pengurus itu memperkenalkan Ning Xi kepada Lu Xinyan, "Cik Lu, ini bos kami. Kamu boleh terus cakap dengan dia kalau ada apa-apa."
Apa?!
Sebaik sahaja pengurus itu katakannya, bukan Lu Xinyan sahaja tapi Guan Ziyao dan Yan Ruyi juga turut berasa terkejut.
Apa yang pengurus ini maksudkan?
Bos mereka… ialah Ning Xi?
"Tak… sekejap… pengurus, apa yang kamu kata ni? Maksud kamu, perempuan ni bos kamu ke?"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com