Kepala Ning Xi sedikit pening. Dia asyik ke sana ke sini sejak dari tengah malam hingga sekarang. Selepas dia selesai melayan pihak media, dia berkira-kira ingin mencari satu sudut untuk berehat sebelum majlis itu bermula.
Tetapi, sebaik sahaja dia menolak daun pintu ruang rehat, dia ternampak...
Jiang Muye, Mo Yuxiu dan Su Yan...
Masing-masing sedang duduk di satu sudut dan suasana terasa begitu janggal.
Kehadiran Jiang Muye dan Mo Yuxiu di ruang rehat itu memang masuk akal. Tetapi, kenapa Su Yan turut ada di situ?
Tak guna! Baik dia cari tempat lain untuk berehat!
Malangnya, hal itu tidak semudah yang disangkakan. Ning Xi baru sahaja berkira-kira ingin lari dari situ bila Su Yan yang tadi sedang sedang duduk di sebelah kiri sofa kini bangun dan mendekatinya. "Xiao Xi..."
Xiao Xi?
Mo Yuxiu yang sebentar tadi sedang memerhatikan Jiang Muye dalam diam serta-merta mengalihkan pandangannya ke arah Su Yan.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com