Ning Xi merendahkan badannya. Kemudian, dia menukar gear kereta dan mula menambah kelajuannya dengan perlahan-lahan. Keretanya memotong kereta Ah Ka di salah satu selekoh yang paling curam yang terletak sangat hampir dengan lereng bukit.
"Ya Tuhan! Kamu ni memang gila! Kamu memang nak mati ke?!" Ah Ka menghamburkan sumpah seranah kepada Ning Xi.
Keputusan akhir sangat jelas kerana tidak kira betapa bagusnya kamu, kamu tak akan mampu melawan orang yang sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri.
Setibanya di garisan penamat, Xiang Xiang bersorak gembira dan memeluk Ning Xi sewaktu gadis itu memegang trofi dan wang ganjaran. Bibirnya dimuncungkan, tanda dia sedang menawarkan sebuah ciuman kepada Ning Xi.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com