webnovel

Mencari Seorang Tuan Guru untuk Si Cilik

Editor: EndlessFantasy Translation

Sewaktu mereka bersiap ingin pulang ke rumah, Ning Xi berasa susah hati memikirkan hadiah patung beruang besar itu. 

"Ugh... Masa cikgu-cikgu tu ambil keputusan nak guna patung beruang ni sebagai hadiah, mereka ada terfikir tak macam mana si pemenang nak bawa hadiah ni balik rumah?"

Mustahil patung ni boleh muat dalam kereta dengan saiznya yang begitu besar. Malah, nak sumbat dalam but kereta pun tak muat...

Lu Tingxiao ada idea. "Kita ikat patung ni atas kereta."

Ketiga-tiga mereka pulang ke rumah dengan menaiki kereta yang ada patung beruang besar terikat di atasnya...

Di dalam kereta. 

"Jangan buat benda bahaya macam tu dah. Kamu patut biarkan lelaki yang uruskan hal macam ni, okey?" Bebel Lu Tingxiao. 

Dia takut gadis itu akan mengulangi perbuatannya, tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu terlalu bertegas dengannya. Dia berasa yang nak mendidik si isteri lebih susah dari nak mendidik anak lelaki sendiri. 

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com