webnovel

Keluarga Bahagia

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi terkedu apabila mendengar jawapan Lu Tingxiao. 

Kemudian, Ning Xi sedar topeng Ke Mingyu itu memang ada kaitan dengan betapa kacaknya Lu Tingxiao. Oleh sebab bentuk mukanya yang menonjol, banyak percubaan telah dibuat dan banyak topeng yang tidak sesuai digunakan. Akhirnya, rupa Ke Mingyu sahaja yang nampak paling semula jadi. 

Jadi, secara teknikalnya situasi itu memang disebabkan oleh betapa kacaknya wajah Lu Tingxiao. 

Hari ini Ning Xi memakai pakaian seperti lelaki dan Lu Tingxiao masih memakai topeng Ke Mingyu, jadi tidak ada sesiapa yang boleh cam mereka sebelum filem itu ditayangkan. 

Mereka membawa Si Cilik ke pasaraya. 

"Sayang, patut ke kita buat stimbot malam ni? Xiao Tao ada bagi saya rempah sup dari kampung dia!" cadang Ning Xi. 

"Boleh je," balas Lu Tingxiao. 

Si Cilik turut mengangguk dengan bersungguh-sungguh. 

Kemudian, mereka membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan itu. 

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com