Ning Xi tak dapat melihat kandungan kotak itu disebabkan cahaya yang sangat terang. Dia hanya dapat teka ada senjata di dalamnya.
Selepas meneliti kandungan kotak itu, Tang Ye mengambil kotak yang kecil dan ambil sesuatu dari kotak yang lebih besar dan berjalan ke arah Ning Xi.
Walaupun Ning Xi tak pandai berlawan, dia mahir dalam melarikan diri dan dia dah pun cuba untuk lepaskan diri sebaik sahaja Tang Ye berjalan ke arahnya.
Sebaik sahaja dia nak larikan diri, Ning Xi tiba-tiba terpaku.
Saat itulah dia melihatnya. Ia bukan pistol ataupun pisau. Bukan senjata pun.
Ia jambangan bunga ros merah terbesar yang dia pernah lihat.
Malah bunga-bunga ros itu masih ada embun seakan-akan mereka baru dipetik dan digubah membentuk jambangan bunga-bunga merah yang sempurna.
Ning Xi mengelip matanya lagi dan lagi. Dia ingat matanya sedang menipunya.
Ini senjata terbaru Abang Senior Pertama ke?
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com