webnovel

Janganlah Bertegas dengan Budak Baru!

Editor: EndlessFantasy Translation

Tiba-tiba, air mata Ji Yumeng mengalir dengan laju. Semua kesukaran yang dirasainya keluar bersama dengan esakan tangisannya.

Kadang-kadang,dia berasa takut walaupun dijaga oleh seseorang.

Beberapa orang staf wanita juga turut menangis. Air mata Ji Yumeng sangat berkesan.

Ning Xi menepuk belakang badan gadis itu dengan lemah lembut sambil memujuknya. "Walaupun kamu kelihatan sangat cantik semasa menangis, hati saya tetap terluka."

"Bagus! Berhenti!" Chen Mian menjerit dengan puas hati.

Adegan pertama dilakukan dengan sekali penggambaran sahaja dan mereka berdua berlakon dengan sangat baik.

Walaupun Chen Mian sudah menghentikan penggambaran, Ji Yumeng tidak dapat menghentikan tangisannya. Dia masih menangis di dalam pelukan Ning Xi.

Ning Xi tidak menolaknya malah dia terus memujuknya sambil mengusap kepala wanita itu.

Mulut Chen Mian terkumat-kamit sambil memandang ke arah Ning Xi. "Janganlah tegas sangat degan budak baru tu!"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com