Ning Xi pergi mendapatkan Si Cilik dan menyuruh kanak-kanak itu membuka matanya.
Memang kemahiran bertarungnya tidak sehandal dulu kerana dia gagal mempertahankan dirinya dari serangan Kakak Senior Ketiga. Tetapi, yang pasti dia masih mampu melawan seseorang yang tidak tahu seni mempertahankan diri yang sebenar.
Sewaktu dia melihat gerakan kaki lelaki itu yang tidak kemas, dia sudah dapat mengagak yang otot-otot kekar lelaki itu hanya untuk tujuan menunjuk-nunjuk saja. Dia juga dapat mengagak yang otot-otot itu dibina dalam masa yang singkat dengan bantuan steroid.
Tetapi, para guru dan ibu bapa tidak tahu tentang semua ini, jadi mereka semua sangat terkejut.
"Ahh... Gadis Bertudung Merah sangat hebat!"
"Si Gadis Bertudung Merah dah tumpaskan lelaki botak!"
...
Semua orang menutup mulut mereka yang ternganga bila mereka mendengar bunyi kanak-kanak bersorak.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com