Lu Jingli nak berlari kegembiraan!
Oh! Saya sangat cemburu! Seronoknya kalau ada anak lelaki! Nampaknya macam Tuhan sendiri yang hantar bantuan!
Lu Tingxiao diam seketika sebelum bertindak balas terhadap ajakan Ning Xi yang secara tiba-tiba itu.
Walaupun Si Cilik ialah senjata rahsianya selama ini, inilah kali pertama Si Cilik ambil inisiatif sendiri untuk betul-betul membantunya.
Semua ni disebabkan oleh apa yang jadi malam ini ke? Kalau begitu, ini seperti beroleh untung selepas ditimpa nasib malang dan ini jarang berlaku.
Akhirnya, Lu Tingxiao tinggal di situ sementara Lu Jingli yang bujang balik ke rumah dengan sedih.
Di dalam bilik tidur.
Ning Xi baring di atas katil untuk temankan Si Cilik dan mendodoikannya. Lu Tingxiao pula duduk di sisi bertentangan , Si Cilik masih memegang lengan bajunya dengan erat.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com