"Oh! Tak apa. Saya ada dekat rumah kawan, ada orang jaga saya dah!" balas Ning Xi dengan segera.
"Okeylah kalau macam tu, beritahu saya kalau ada apa-apa yang berlaku. Pergilah hospital kalau serius," Ling Zhizhi mengingatkan.
"Mmm, okey!"
"Rehatlah elok-elok. Saya tak pasti rancangan tu akan ditangguhkan sampai bila. Saya akan aturkan sebuah rancangan memasak untuk kamu lepas kamu sihat. Nama rancangan tu 'Keistimewaan Si Cantik" dan tempatnya di Empayar je. Rancangan tu mungkin dibuat waktu tengah hari. Kerja senang je tu."
"Baiklah, terima kasih, Kakak Zhizhi!"
Ning Xi berasa tenang selepas panggilan itu tamat. Dia kembali berbaring di atas katil dan memeluk bantalnya yang lembut.
Walaupun dia tidak sepatutnya berfikir begitu, dia berasa seronok apabila mendengar rancangan itu dibatalkan kerana dia berasa hanya mahu tidur sahaja….
Pintu bilik itu berkeriut apabila dibuka.
Si Cilik melangkah masuk.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com