webnovel

Bab 2 FATIMAH

Selepas beberapa bulan selepas aku mengambil keputusan peperiksaan,aku bercadang untuk menghantar pesanan kepada salah satu rakanku iaitu Fatimah melalui aplikasi whatsapp.Namun,pesan yang dihantarku itu tidak dibalasnya tetapi hanya dibaca sahaja.

Aku ketika itu bersangka baik kerana bagiku mungkin saja dia sedang sibuk.Selepas 2 hari,aku mencuba kembali untuk menghantar pesanan kepadanya tetapi ianya masih tidak dibalas dan hnya dibaca.Aku mula tidak senang duduk dan mahu berjumpa dengan Fatimah secara bersemuka untuk bertnyakan khabar.

Ketika aku mendatangi rumahnya,aku melihat suasana di rumahnya sunyi seperti sudah tidak ada orng yang menghuninya.Selepas bertanya kepada orang sekitar,baru ku tahu bahwa Fatimah telah berpindah 3 hari yang lalu.Di samping itu,aku turut menanyakan dimana rumah baru milik Fatimah kepada rakanku yang lain.

Tetapi semuanya sia-sia kerana mereka juga tidak mengetahui dimanakah rumah Fatimah.Aku menghantarkan pesanan lagi untuk Fatimah dan kali ini aku memohon maaf kepadanya sekiranya aku mempunyai salah terhadapnya.Namun,walaupun aku memohon maaf dan merayu kepadanya tetapi pesanku masih lagi tidak dibalas dan hanya dibaca.