webnovel

Daun Hove Violet

Editor: EndlessFantasy Translation

Angin musim sejuk bertiup, dinginnya mencucuk tulang.

Di padang kecil, Leylin sedang berlatih teknik pedang salibnya dengan tidak berbaju.

Otot-otot di dadanya kelihatan lebih jelas. Walaupun tidak begitu menonjol, dia masih kelihatan tegap dan penuh bersemangat.

Maju! Tangkis! Tembus! Setiap langkahnya sungguh sempurna, sama seperti di dalam buku teks.

Selepas Leylin selesai berlatih, Anna yang sedang memerhati dari tepi, berlari dengan tergesa-gesa ke arah Leylin sambil menghulurkan sehelai tuala putih.

Leylin mengelap peluh dan meminta statistiknya.

[Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2, Satria. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 3.3, Daya tahan: 3.2, Kuasa rohani: 4,7, Kuasa sihir: 4.0. Status: Sihat]

"Cip A.I., apakah kemajuan daripada latihan hari ini?"

[Penilaian sedang berjalan. Tenaga hayat dalaman Tuan badan telah meningkat secara maksimum, peningkatan selanjutnya tidak mungkin untuk seketika waktu!] Suara Cip A.I. berlagu.

"Saat yang dinanti telah tiba!" Leylin berseru, "Ia cukup memuaskan kerana saya dapat maksimumkan statistik saya hingga ke tahap ini. Saya tidak akan mampu mendapat lebih dari ini walaupun saya berlatih lebih banyak. Mulai sekarang, saya boleh tundakan latihan Satria. Lagipun, saya hanya perlu mengasah kemahiran pedang. Dengan bantuan Cip A.I., ini bukan cabaran yang besar sama sekali."

Selepas selesai latihan Satria awal pagi tadi, Leylin berehat seketika untuk pulih sepenuhnya sebelum dia mulakan eksperimen. 

Dalam makmal, Leylin letak sehelai daun ungu ke dalam bikar dan kemudian menambah satu spatula larutan dakwat berwarna hijau kehitaman. Lepas itu, dia nyalakan api di bawah bikar tersebut.

Api kuning cerah menjilat bahagian bawah bikar, di mana larutan ungu mula berbuih.

"Cip A.I.! Catatkan ini. Ujian 145, item gantian: Daun Hove Violet, Akar Ninuo."

[Catatan telah selesai.] Suara Cip A.I. bergema apabila ia selesai mencatat pelbagai ciri-ciri perubatan dan reaksi-reaksi yang terhasil melalui eskperimen secara terperinci.

Dalam jangka masa ini, Leylin telah menjalankan lebih daripada seratus percubaan dan menggunakan ciri-ciri simulasi Cip A.I. puluhan ribu kali.

"Ini saat-saat yang ditunggu! Saya mempunyai firasat yang ini akan berjaya."

Ketika dia menggomel bersendirian, Leylin melirik ke arah campuran hijau-keunguan itu.

Selain daripada penggunaan herba manusia biasa sebagai bahan untuk mengsintensiskan sifat-sifat perubatan herba sihir seakan-akan fantasi ini, terdapat banyak halangan yang perlu ditempuhi oleh Leylin.

Walaupun eksperimen ini memerlukan duit syiling emas untuk membeli bahan-bahan tertentu, beberapa bahan sihir lain juga perlu untuk memangkin aspek-aspek tertentu dalam eksperimen.

Semua bahan-bahan ini diperolehi oleh Leylin dari Pasaran Magus dan hampir kehabisan.

Kadar penggunaannya pasti sudah melebihi had tanpa bantuan Cip A.I. dalam mensimulasikan eksperimennya.

Pensintesisan beberapa bahan yang penting akan membuat Leylin kehabisan sumber.

* Crash! *

Daun ungu di bikar sudah larut sepenuhnya dan cecair berwarna hijau bertukar warna. Ia nampak lut sinar dari segi fizikalnya.

"Ini dia!" Leylin mata melebar. Dia mengambil sebatang rod kaca dan mengacaunya pada melawan arah jam. Sementara itu, dia panjangkan seurat benang daya rohani ke dalam kandungan bikar itu dengan perlahan menggunakan rod kaca tadi. 

Ketika itu, muka Leylin bertambah serius. Beberapa manik peluh pun mula terbentuk pada dahinya.

* Ding Ling Ling! * Satu deringan bunyi keluar dari bikar itu. Di tengah-tengah cecair hijau kabur, banyak titik-titik hitam muncul dan telah memanjangkan diri mereka ke semua arah.

Ekspresi Leylin tidak berubah dan tangannya bergerak secepat kuasa maya. Dia mengambil mutiara berwarna merah yang ada di piring petri dan kemudian menambahnya ke dalam reaksi yang sedang berlangsung.

* Pi Pa! * Ketika mutiara itu dilempar oleh Leylin ke dalam reaksi itu, titik-titik hitam di dalam bikar hilang dan cairan hijau yang kabur itu berubah kepada lut sinar sepenuhnya.

[Bip! Penggantian bahan utama Posyen Biru Langit telah berjaya! Melalui taksiran, ia mampu bertahan sebanyak 45.8% daripada ciri-ciri perubatan bahan utamanya.]

Reaksi kimia ini menggembirakan Leylin..

"Setelah gabungan beberapa ramalan daripada puluhan ribu simulasi Cip A.I., saya akhirnya berjaya!" Satu sudut bibir Leylin ternaik menunjuk kesenyuman dan dia menggenggam buku limanya dengan ketat.

Pada masa yang sama, Leylin menyesal apabila dia memikirkn yang walaupun dia seorang Tuan Posyen, ia masih sukar untuk mengubah formula posyen.

Dia mempunyai formula asal, dan Cip A.I. untuk menjalankan simulasi. Leylin dapat menjimatkan banyak masa dan bahan melalui teknik ini. Walau bagaimanapun, dia mengambil tempoh yang agak panjang untuk berjaya dalam pengubahan formula itu. Sebaliknya, jika Senior Merlin, dia mungkin tidak mampu untuk membayar kos bahan-bahan, dan begitu juga dengan keluarga yang menyokongnya.

Pembaziran bahan-bahan berharga demi keberkesanan pembancuhan posyen menunjuk idea yang tidak logik kepada Magus-magus tipikal.

Lebih-lebih lagi, semasa proses eksperimen, setiap kegagalan akan menyeksa psikologi seorang Tuan Posyen di mana mereka akan mengalami masalah jiwa, pagi dan malam. Jikalau seseorang itu benar-benar dapat mengubah formula, maka mereka memang bernasib baik, walaupun untuk Jaguh Posyen yang mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran.

Walau bagaimanapun, apabila formula itu berubah, ia akan membawa banyak keuntungan, terutamanya untuk posyen yang dapat meningkat daya rohani.

"Cip A.I.! Sekiranya saya ingin gunakan bahan-bahan asal dengan bahan lain, berapakah kadar penahanannya?"

[Perbandingan sedang berjalan. Maklumat bank data tidak mencukupi. Hasilkan tekaan. Simulasikan… Bip! Formula baru ini akan kekalkan sebanyak 35.4% daripada kemujaraban asalnya.]

"Ia rendah, tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain. Bahan-bahan gantian kebiasaan merupakan bahan yang senang untuk diperoleh oleh orang awam juga. Kuantiti dapat mengimbang apa sahaja yang kurang dalam kualitinya."

Leylin menganalisa kebaikan dan keburukan Posyen Azure yang baru, "Berdasarkan ini, harganya boleh melebihi 100,000 kristal ajaib. Sayang sekali, formula ini telah terhasil bersamaan statistik semasa saya. Bagi orang lain, ia sukar untuk meramal kesannya. Selain itu, prosedurnya agak rumit dan beberapa langkah terpaksa dibantu oleh Cip A.I.. Tuan Posyen yang lain pasti akan gagal berkali-kali ketika pembancuhan posyen ini."

Malah, ia agak jelas yang walaupun Leylin menjadi ahli Magus rasmi, dia tidak boleh bergantung kepada posyen ini apabila semua orang mendapat tahu mengenainya. Ini disebabkan oleh permintaan untuk bahan-bahan formula daya rohani ini akan meningkat. Ini akan memberi efek kepada mereka yang datang daripada pelbagai akademi dan puak yang bertahap rendah. Tiada seorang pun daripada mereka yang sanggup melepaskan peluang tersebut.

Selepas membuat keputusan, dia musnahkan formula itu daripada ingatannya. Dia hanya akan membancuh posyen-posyen itu untuk kegunaan peribadi sahaja. Leylin kemudian bersihkan semua jejak eksperimennya sebelum keluar dari makmal.

"Tuan muda." Anna, yang sedang tidur ayam di kerusi berhampiran itu terjaga.

"Penjaga rumah Welker sedang mencari awak dua jam lepas. Nampaknya ada masalah di kedai ubat!"

"Oh? Suruh dia datang ke bilik bacaan saya selepas waktu makan malam!" Leylin menanggalkan jubahnya yang hitam dan steril yang direka khas olehnya untuk kegunaan di makmal. Dia kemudian bertukar kepada pakaian kasual yang berwarna lembut.

"Selain daripada Welker, ada apa-apa lagi?"

Leylin berehat di sofa berdekatan. Di sebelahnya, terdapat sebuah meja yang penuh dengan buah-buahan seperti anggur ungu dan beri merah, untuk dia menjamu selera.

"Satria Fraser datang dan mengatakanmisi ganjaran yang awak perintahkan itu terdapat beberapa perkembangan!"

Walaupun Leylin tidak memberi keutamaan kepada misi akademi, dia masih perlu membuat beberapa perkara yang lain. Oleh itu, dia keluarkan notis misi kepada tentera upahan dan pengembara dari Bandar Malam yang Ekstrem untuk meninjau keadaan di Hutan Malam yang Gelap dengan ganjaran sebanyak 1000 kepingan emas. Nampaknya notis misi itu mula mendapat perhatian.

Selepas makan malam, Leylin menerima lawatan daripada Si Tua Welker dan Fraser di bilik bacaannya.

Fraser memakai perisai kulit dan nampak kuat seperti biasa. Bagi Si Tua Welker, dia kelihatan runsing dan bongkok.

Lama Welker membongkok ke arah Leylin, "Tuan Muda yang saya hormati, pendapatan kita daripada kedai ubat bulan ini..."

"Tidak perlu!" Leylin bersandar pada meja bacaan di belakangnya dan mengganggu ucapan Si Tua Welker, "Perintahkan arahan untuk membeli semua Daun Hove Violet, Akar Ninuo, dan Tiga Buah Ular yang Berbunga... "

"Tuan Muda, berapa banyak yang kita akan beli?"

"Semua!"

"Semua?" Si Tua Welker mengangkat kepalanya dan melihat Leylin dalam ketakutan.

"Betul. Awak kena beli ketiga-tiga bahan yang telah saya nyatakan ini. Dan kemudian, awak kena menyimpannya di vila." Leylin berkata tanpa pedulikan apa-apa.

"Tetapi... Boleh saya ingatkan Tuan Muda yang perniagaan di kedai ubat tidak berapa bagus sekarang. Dan memandangkan Tuan Muda selalu membeli herba, buku simpanan kita kelihatan tidak menentu juga...." Kalau bukan vila yang memberi duit syiling emas sepanjang masa ini, kedai ubat itu sudah bankrap - Si Tua Welker tidak berani untuk suarakan perkara ini dan dia terpaksa berahsia.

"Saya tahu tapi awak mesti ingat ini. Awak boleh meminta duit syiling emas daripada Anna kalau ia tidak mencukupi. Pembelian herba ini harus berterusan. Ini perintah saya." Mengarah Leylin seperti lagak pelakon dalam filem Godfather, menanti masa untuk menjatuhkan hukuman kepada orang bawahannya. Walaupun dia berusia kira-kira 15 tahun, dia tahu bagaimana untuk menyuarakan kehendaknya.

"Ah.... Baik! Saya faham." Lapisan peluh sejuk menuruni dahi Si Tua Welker. Dia segera tunduk dan beredar dari sana.

Dia tidak sama seperti Anna dan ketiga-tiga lelaki yang mengetahui identiti sebenar Leylin. Dia hanya agak khuatir tentang cara Leylin menangani masalah kewangan.

Bagaimanapun, untuk Leylin, dia hanya menyediakan pasukan pekerjanya untuk membantunya dalam tugasan eksperimen seperti pengumpulan bahan. Oleh itu, penggunaan kepingan emas untuk tujuan sebegini bukan suatu masalah yang besar.

Segalanya untuk dia menjadi seorang Magus. Yang lain hanya gangguan semata-mata.

"Walaupun saya telah melalui perjalanan seorang Magus, ia hanya untuk mendapat kebebasan dan kehidupan yang bebas daripada kebimbangan. Tetapi, kekuatan saya masih rendah."

Leylin mengeluh. Dia nampaknya telah menjadi mangsa dalam Bandar Malam yang Ekstrem, sebahagian besarnya kerana dia mempunyai vila dan pelayan-pelayan rumah. Walau bagaimanapun, untuk Magi, perkara-perkara ini bagaikan ilusi buihan sabun yang boleh lenyap dalam sekelip mata.

Kerosakan cagaran daripada pertempuran antara dua Magi rasmi pasti akan meletakkan Leylin dalam situasi bahaya.

Apa gunanya ketenteraman jikalau hidup atau mati tidak terjamin sepenuhnya?

"Yang penting sekarang, jika Akademi Abyssal Bone Forest mengalami kekalahan, maka Sage Gotham Hut akan klasifikasikan semua fakulti dan pelajar akademi sebagai pelarian. Saya terpaksa tinggalkan semua dan larikan diri." 

"Dalam era yang huru-hara ini, hanya kekuatan peribadi dapat menjamin kebebasan."