webnovel

penguasa belantara

dunia yang serba moden tidak memupuskan kebanyakkan manusia dari bersikap jahil, haq Dan batil menjadi laluan Dan ikutan,bagi mereka yang memilih haq akan tinggal dalam keadaan yang sederhana,manakala bagi mereka yang memilih batil tinggal lah ia dalam kekufuran Dan kesesatan...pertemuan Dua dunia,Dua lautan ilmu....peperangan haq Dan batil terus berlaku sehingga bumi tidak mampu menampungnya lagi.

Wan_Shah_8782 · Ficção Científica
Classificações insuficientes
13 Chs

04.qutbul jalalah

'Prakkk' bunyi sesuatu yang berat mematahkan lantai kayu di pondok sunyi itu. subuh Hari memperlihatkan sekujur tubuh terlentang di tengah ruang pondok itu,dalam kegelapan subuh itu kelihatan mat zin terbaring dalam keadaan parah,seluruh tubuhnya kaku,lumpuh Dan tidak boleh bergerak,hanya matanya sahaja melihat kekiri Kanan ruang tersebut.keadaan yang parah Dan tidak mampu melakukan apa-apa membuatkan mat zin mengimbau apa yang terjadi sebentar tadi.

mat zin menahan serangan sang panglima pertama yang menghayunkan senjatanya,sang panglima yang kedua berada di belakang mat zin menghentakkan kaki ke arah belakang pelipat kaki mat zin,lantas mat zin jatuh dalam keadaan melutut,Lalu panglima yang ketiga menghayunkan kakinya kearah rusuk mat zin yang terbuka luas. 'prakkk' kedengaran tulang rusuk mat zin patah.

panglima yang berada di belakang mat zin menghayunkan senjatanya di pangkal leher mat zin 'sarrrrsss' Serta merta mat zin melambung jauh dari mereka,pada mata kasarnya mat zin kelihatan Biasa sahaja, sekirannya melihat dari mata batin hentakkan senjata itu telah melumpuhkan seluruh badan mat zin. mat zin tidak mampu bergerak..hanya mulutnya sahaja yang mampu bertutur. dalam kepayahan mat zin membaca sesuatu. sedang sang panglima sampai di hadapan tubuh mat zin yang terbaring di atas tanah itu sang panglima ingin menghayunkan senjatanya, tiba-tiba sekelip mata tubuh mat zin hilang... dalam keriuhan sang panglima, sang raja Dan rakyatnya Memandang kekiri Kanan mencari tubuh mat zin yang hilang tiba-tiba. sedang mat zin mengimbau dia sendiri hairan bagaimana tubuhnya secepat kilat hilang Dan berada di pondok tersebut.

melihat di hadapannya sekujur tubuh sedang berdiri memakai jubah hijau, warna hijau dari jubahnya melahirkan cahaya-cahaya tenang yang tidak begitu terang,tidak juga begitu malap...dengan cahaya itu seluruh pondok itu mampu di lihat...di luar pondok mat zin jin-jin yang tinggal bersama mat zin turut berkumpul...apabila melihat cahaya yang keluar dari rumah mat zin.

'engkau sedang lumpuh nak' terang lelaki tersebut,'bila mana aku melihat engkau tidak mampu berhadapan dengan tentera-tentera bunian tersebut,maka aku mengambil keputusan membawa engkau pergi dari situ' jelas lelaki berjambang putih itu,wajahnya yang sejuk bila di pandang membuatkan mata mat zin layu Dan tubuhnya yang serasa Bisa hilang Dan kebas...'rehatlah nak,pejamkan mata mu'...layu Dan terus lelap.

suasana di perkampungan bunian,sedang dalam persiapan menyambut peperangan sekirannya terjadi,sang raja Dan panglima sedang mengarahkan tentera-tenteranya mengambil posisi masing-masing.satu tubuh manusia telah mereka tebas,mereka yakin pasti akan Ada yang menuntut Bela. wajah bengis sang raja membuatkan tentera-tenteranya bersiap siaga,tiga pemuda yang menjadi tebusannya masih lagi disimpan di sebuah ruangan...tiga pemuda tersebut masih lagi tidak mengetahui apa yang terjadi....keresahan sang raja terbukti benar...dalam suasana hampir terang itu, sang raja melihat sekujur tubuh bersendirian sedang berjalan menuju perkampungan mereka,di ikuti cahaya yang keluar dari tubuh itu....sang raja hairan hanya seorang tua bersendirian ingin melawannya atau Ingin berunding dengannya?bermain di fikiran raja. sang raja bunian pasti tiada yang mampu mengalahkan angkatan yang ia miliki.

"hai raja!!sapa lelaki itu dengan suara yang lantang.

'uih tilu pamuda' terang lelaki tua itu.

teu!Kita anjeun nyembah di sampean kuring!..bentak sang raja.

'teu anjeun duka?murka Allah anjeun? lelaki tua itu memujuk.

"Aaaaahhhhhh" bentak sang raja...

belum pun sempat sang raja mengarahkan tentera-tenteranya menangkap lelaki tua itu, langit yang cerah tiba-tiba bertukar gelap,. dari langit kelihatan bebola-bebola api yang banyak menuju ke arah perkampungan bunian tersebut.bertempiaran lari tentera-tentera sang raja, kelihatan sebuah cahaya terang di antara bebola-bebola api itu....cahaya itu bersayap besar...dengan menyebut nama yang Maha agung....'qutbul jalalah' terbit perkataan itu dari bibir lelaki tua itu.

hanya tinggal Abu kawasan perkampungan bunian tersebut.sang raja?sang panglima? bertaburan melarikan diri,tiada lagi penempatan disitu hanya bara api kelihatan. dihadapan lelaki tua itu tiga pemuda hilang itu sedang nyenyak tidur...

suasa di pondok mat zin kelihatan orang-orang kampung sedang sibuk membuat persiapan perubatan,arahan dari lelaki tua supaya mencarikan akar kayu untuk mengubat lumpuh mat zin di dengari dengan teliti oleh orang kampung. mat zin masih terlentang di tengah ruang,asap memenuhi dapur kecil tersebut.

ruang solat pondok perguruan ustaz yunus riuh...suasana mulut murid-murid bercakap sesama sendiri...di hujung penjuru ruang solat kelihatan tiga pemuda yang hilang terbaring...masih tidak sedarkan diri.

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.(Al khaf 18:8)