webnovel

penguasa belantara

dunia yang serba moden tidak memupuskan kebanyakkan manusia dari bersikap jahil, haq Dan batil menjadi laluan Dan ikutan,bagi mereka yang memilih haq akan tinggal dalam keadaan yang sederhana,manakala bagi mereka yang memilih batil tinggal lah ia dalam kekufuran Dan kesesatan...pertemuan Dua dunia,Dua lautan ilmu....peperangan haq Dan batil terus berlaku sehingga bumi tidak mampu menampungnya lagi.

Wan_Shah_8782 · Ficção Científica
Classificações insuficientes
13 Chs

03.raja bunian

cuaca terik di tengah hutan mengeringkan anak tekak tiga pemuda,sudah lebih dari tiga jam berjalan melintasi hutan tebal,tempat yang di tuju entah kemana... masing-masing kelihatan kehausan,

sejak dari tadi mereka berjalan masih tidak menemui sebarang tanda jalan yang sepatutnya mereka lalui,'nampaknya Kita sesat ni'tegur seorang dari meraka.bekal yang di bawa hampir kehabisan.sejak turun dari air terjun itu jalan untuk pulang masih lagi Tak nampak.jam di tangan menunjukkan jam 3 petang.sewaktu bergerak turun dari air terjun jam menunjukkan pukul 11pagi.badan semakin lesu.bunyi ayam hutan kedengaran di sekitar mereka,keadaan hutan tebal itu semakin menyukarkan rentak perjalanan mereka, seorang dari mereka tersandung jatuh ke tanah,akibat keletihan.kakinya yang terseliuh membuatkan mereka semakin sukar untuk bergerak.

Gunung sarangan bukanlah hutan Biasa yang boleh di tempuh orang kebanyakkan. silap jalan sesat menanti.kelihatan di kaki gunung sarangan bagaikan Ada pesta keramaian...kumpulan-kumpulan pencarian warga pendaki yang sesat kelihatan berkumpul,unit-unit perhutanan gunung sarangan juga berkumpul.pencarian 3 pendaki yang hilang sudah 5hari itu berlangsung. sebenarnya sudah begitu ramai pendaki yang hilang di gunung sarangan Dan tidak di temui.

gunung sarangan terletak di Indonesia Dan hutannya begitu tebal.3 pendaki dari Malaysia yang hilang mendapat liputan yang meluas. kerja pencarian selama 5 Hari tidak membuahkan hasil,segala dukun pawang yang hadir mencuba nasib dalam memberikan pertolongan secara ghaib,juga tidak membuahkan hasil.

Di suatu tempat dalam hutan yang menebal, 3 pemuda tadi berehat menghilangkan lelah, untung nasib di serahkan pada takdir. awan beransur gelap,jam menunjukkan 7.30 malam, tiba-tiba kedengaran beduk di palu.. 'tuukk'tukk'tukk'tuukkk'...suasana bertukar ribut,pohon-pohon besar sekitanya bagai di landa ribut,3 pemuda tadi ketakutan ,gelisah terpancar di wajah masing-masing,sedang kedengaran bunyi beduk tiba-tiba mereka melihat seorang wanita berusia lingkungan 50an memakai pakaian berwarna hitam sedang mengetuk beduk.wanita tersebut merenung meraka dengan pandangan yang tajam.masing-masing gelisah tidak menentu,perjalanan di teruskan,tidak seorang pun dari mereka yang berani menatap wajah wanita tua itu...sedang mereka meneruskan perjalanan,keadaan suasana bertambah tenang,dari jauh mereka melihat cahaya terang....'nampaknya Kita da jumpa kampung'suara seorang dari tiga pemuda itu.

terpancar kelegaan di wajah masing-masing. tiba sahaja di depan pintu gerbang kampung itu, kelihatan majlis keramaian,suasana di terangi cahaya pelita minyak tanah di segenap pagar kampung tersebut.orang-orang kampung tersebut berpakaian seperti zaman majapahit,yang mana lelaki berambut panjang Dan mengenakan Kain batik separas pinggang,manakala wanita pula mengenakan batik Paras dada.kelihatan di lengan masing-masing mempunyai gelang. keriuhan majlis tersebut mempelawa 3 pemuda untuk turut Serta dalam majlis itu,mereka di hidangkan dengan minuman Dan makanan yang menyelerakan.tanpa berfikir panjang dalam keadaan lapar mereka menjamu makanan tersebut.tarian-tarian sembah di hidangkan buat menjamu mata...duduk di satu singgahsana kelihatan seorang lelaki tegap berpakaian raja majapahit sedang menyantapi buah-buahan segar yang di suapkan ke mulutnya oleh si dayang...kemudian 3 pemuda tersebut,di beri sebuah bilik yang mewah bagaikan istana dahulukala...3pemuda terus leka dengan keindahan Dan layanan itu

Di kaki gunung sarangan semua pihak yang berusaha melakukan pencarian tiga pemuda menemui jalan buntu,kelihatan pihak keluarga menangis Dan bersedih.semua pihak yang berwajib telah melakukan usaha,separuh dari mereka telah pun pulang,saki Baki yang tinggal sedang berkemas-kemas untuk pulang ahli keluarga pendaki yang hilang akan pulang ke Malaysia pada esok harinya.

Ruang solat yang tenang di pondok perguruan... kelihatan ustaz yunus sedang membaca Al Quran... keadaan tenang itu di ganggu oleh bunyi telefon bimbit ustaz yunus.keluarga 3 pemuda yang hilang Cuba berikhtiar dengan menerangkan pada ustaz yunus sekirannya dia mampu membantu. ustaz yunus menganguk-agukkan kepalanya... 'kalau begitu saya Cuba mana yang terbaik'jelas ustaz yunus. ustaz yunus melakukan solat sunat hajat.sedang ustaz yunus bersujud dalam keadaan mata terpejam rapat...dia mendapat bayangan 3 pemuda tersebut masih hidup Dan terbaring di tengah-tengah hutan belantara.ustaz yunus sendiri tidak pasti kawasan tersebut kerana hutan tebal itu kelihatan sama Dan tiada tanda yang boleh di kenal pasti...usai solat ustaz yunus berdiri di depan pintu surau itu, sambil membaca sesuatu...di celah-celah kegelapan malam itu muncul mat zin sedang berjalan ke arah ustaz yunus. setelah berbincang dengan ustaz yunus,mat zin mengundurkan diri Dan hilang dalam kegelapan malam.

Dalam kegelapan pondok usang mat zin sedang mengalunkan zikir-zikir,mata terpejam dalam keadaan tekun dia menelusuri terawang batin,satu gerakkan yang begitu pantas,dia bergerak bagaikan angin terapung tidak memijak bumi, menelusuri gunung ganang Dan kemudian menempuh lautan luas ...mat zin dapat melihat segala-galanya bagaikan mata burung....dalam kegelapan malam itu dia menempuh perjalanan batinnya melalui lautan China selatan Dan tiba di sebuah hutan tebal yang gelap...'gunung sarangan'detik hati mat zin.mata batinnya tertumpu pada sebuah cahaya....'inilah perkampungan bunian itu'berkata dia sendirian.perlahan-lahan mat zin turun Dan tiba di hadapan pintu gerbang yang megah itu.mat zin membaca sesuatu seperti kebiasaannya,setelah itu dia mula melangkah masuk ke perkarangan gerbang megah itu.semua mata yang Ada tertumpu kepadanya...'wahai sang penghuni rimba,aku datang untuk bertemu dangan sang raja!!suara mat zin sedikit meninggi...melangkah bagaikan pahlawan perang....dengan tegapnya mat zin mengukuhkan kedudukannya sambil tumit Kanannya di tekan sedikit kedalam tanah,bersedia sekirannya berlaku perkara yang tidak di ingini.

sang raja dengan wajah yang bengis bergerak menuruni singgahsana nya...

"saha anu Aya!?tempelak sang raja

'abdi di dieu mat zin'jelas mat zin

'naon Anu bakal datang?Tanya sang raja

'hoyong nganteur nonoman' maluruh dieu' terang mat zin lagi.

wajah sang raja tampak lebih bengis..

'teu Aya Anu sumping, diwenangkeun ninggalkeun'!

"maehan anjeunna!!! bentak sang raja... Lima orang panglima sang raja memegang kemas bilah parang masing-masing. tiga daripadanya melompat kearah mat zin dengan Gaya ingin menetak,mat zin menghentakkan kaki Lalu melompat Dan mengelak,seiringan itu mat zin membalasnya dengan membanting tangannya di belakang tengkuk si panglima... libasan itu tidak memberi sebarang kesan pada panglima tersebut,perkelahian tersebut berlangsung lebih kurang 30 minit...mat zin kelihatan lemah...tampak gayanya tiada sebarang tanda mat zin mampu menewaskan mereka,panglima-panglima sang raja begitu bertenaga...asakkan demi asakkan di terima oleh mat zin...kepakaran mat zin nampaknya bertemu buku dengan ruas, dalam pertarungan hebat yang di saksikan kesemua makhluk-makhluk bunian itu sepasang mata asing sedang memerhatikan pertarungan di balik keramaian itu.