webnovel

Bab 6

Hari ini hari isnin, hari kedua aku sekolah selama seminggu, hari ahad tu aku tak gi sekolah sebab aku bangun lambat😂 biasala kalau dah terlajak tidur kan AHHAHA

Sampai sahaja di depan pagar sekolah, aku dengan segera melangkah masuk dalam perkarangan sekolah dan menuju ke kelasku. Masuk sahaja dalam kelas orang yang pertama aku lihat ialah Fika. Kemudian aku meletakkan beg sekolahku di kerusi dan menuju ke meja Fika untuk menanyakan kerja sekolah yang cg bagi.

" weh Fika, cg ada bagi kerja sekolah tak? " soalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi entah sape punya HAHAHAH😂

" Ada " Jawabnya sepatah.

" Subjet ape weh " soalku pula.

" Bi and Bm je"

" Banyak ke?"

" Tak " aku meng 'oh' kan saja.

Setelah beberapa minit aku dan Fika berbual kosong, kelibat Bahyah pun muncul dan menegur aku..

" Weh Aliya, asal kau tak datang semalam? " soalnya. Aku hanya tersengih macam kerang busuk.

" Er.. semalam aku.." aku jeda.

" Aku apa?" soalnya dengan sedikit bengang.

" Er..lek ar jangan marah hehe.." Bahyah memandangku tajam

" Tak marah pun. Haa aku tanya kau sekali lagi, asal kau tak datang semalam." Soalnya.

" Semalam aku bangun lewat " Bahyah dan Fika menggeleng kepala mendengar balasanku

" Kau ni asyik bangun lewat je. Cuba ubah sikit perangai tu " haa hambikk kau! kan dah kena ceramah yang tak berbayar. Aku hanya tersengih dan menampakkan gigi ku yang tersusun rapat apabila mendengar ceramah dari Bahyah😂

" Asal weh kau tanya aku kenapa aku semalam tak datang. Ada ape-ape kes ke yang terjadi semalam?" Soalku.

" Hm.. memang ade pun" balas Bahyah sambil menaikkan bebola mata lalu memandang kearah Fika. Fika yang perasan akan dek pandangan Bahyah terhadapnya, dia hanya tersengih.

" Er.. asal kau duk tengok Fika ek? " soalku sedikit hairan. Seram doe pandangan tajam si Bahyah, habis meremang bulu roma aku😑😂

" Hm,, taknak cerita ke apa yang jadi? " soalku pula.

" Semalam, ada ke patut dia bergaduh dengan Nadia kawan dia masa sekolah rendah tu samp..." belum sempat Bahyah menghabiskan ceritanya, aku terlebih dahulu memotong percakapannya.

" Nadia? " celahku hairan. Aikk sejak bila pulak Fika ada kawan nama Nadia ek?. soalku dalam hati

" Haah Nadia. Ala yang selalu pakai tudung senget tu. Kawan kita masa sekolah rendah tu, takkan mau tak ingat kot.." celah Fika.

" Oh Nadia tu. Eh dah asal pulak kau bergaduh dengan dia Fika? " soalku hairan.

"Setahu aku la kan, kau dengan dia jarang kot kalau bab bergaduh ni, ni takde angin takde ribut tetiba dah bergaduh. " sambungku lagi.

" Tulah kau bila aku nak bercerita kau duk mencelah pulak. Pastu kau tak tahu mana hala lah, eishhh potong ar" Bahyah merengus geram. Aku tersengih macam ketam busuk. Eh! kerang busuk laa🤣

" Hehe.. ala lek ar. Okey dah kau sambung cerita " ujarku dengan gaya tak sabar nak tahu apa yang terjadi AHHAHA

" Diorang bergaduh tu sampai masuk bilik disiplin kau tahu tak.. " perkataan disiplin itu Bahyah perlahankan sikit sebab taknak orang lain dengar.

" Serius ar? " soalku tak percaya. Ganas giler doe kawan aku sorang ni sampai masuk bilik disiplin..

" Haah.. heheh" Fika dah tersengih lalu menampakkan giginya yang putih bersih.

" korang bergaduh pasal apa? Sampai masuk bilik displin bagai ni " soalku lagi

" Pasal tudung dia yang senget tu la. Pastu duk tanya tanya orang pasal muka dia tu. " balas Fika dengan bengang lalu memeluk tubuh tanda protes.

" Asal pulak dia duk tanya pasal muka dia tu? " soalku. Bahyah pula hanya memerhati sahaja sebab malas nak menyampuk kan..

" Entah aku. Dia asyik tanya benda yang sama je. Macam ni ' Fika, okey tak muka aku. Fika, ade benda ke kat muka aku. Fika, banyak kesan tampong ke kat muka aku. '  " Fika menunjukkan gaya gediknya apabila meniru percakapan Nadia.

Haa dia tanya aku macam tu, dahla rimas doe asyik tanya benda yang sama je. Setiap kali aku jumpa dengan dia, dia mesti tanya aku dengan soalan macam tu.. " cerita Fika panjang lebar.

" Oh. Pastu sape pulak yang report pasal hal ni sampai masuk bilik disiplin? " tanyaku.

" Aku dengan Damia " aku dah ternganga luas mulut aku bila dengar dia sendiri yang report pasal pergaduhan tu. Dia yang bergaduh dia yang report. Ada ke patut? 💆🏻‍♀️

" Aik, pelik la kau ni. Ade ke patut kau bergaduh dengan dia pastu kau report hal ni? " aku memandang Bahyah untuk mendapatkan jawapan. Bahyah yang perasan akan pandanganku lalu membalas..

" Tu la pasal. Aku pun tak faham dengan diorang ni" Bahyah mengurut pelipisnya. Aku yang mendengar balasan Bahyah pun turut mengurut pelipis.

" pastu apa yang jadi masa kau masuk bilik disiplin tu? " tanyku.

" Macam ni..." Fika memulakan ceritanya..

flashback..

Fika pov.

Selepas sahaja aku memberitahu cg disiplin, kami bertiga pun dipanggil untuk menerangkan tentang pergaduhan itu.

" Haa dah kenapa dengan korang ni? " soal cg mardiah sambil menjongket kening.

" Cg, saya tak salah dalam hal ni. Diorang yang mulakan dulu cg " Nadia cuba untuk meraih simpati daripada cg mardiah itu. Kemudian dengan selamba badaknya, dia duduk dikerusi yang ada dalam bilik itu. Amboi sesedap kau je nak duduk kat situ! Banyak cantik muka tampong kau tu!🤣

" Siapa yang suruh kau duduk kat kerusi tu? kau bangun sekarang! " arahnya tegas. Nadia terus berdiri dek melihat wajah tegas cg itu.

" Haa! kenapa kau bergaduh dengan diorang hah?" Soal cg kepada Nadia

" Diorang yang mulakan dulu cg! "  balas Nadia

" Ehh! Berdiri betul betul! Berdiri dalam barisan sekarang! " arah cg apabila melihat kitorang berdiri dengan tak betul. Eh ada jugak ke berdiri dengan tak betul? Ah lantaklah🤣

posisi kedudukan kitorang :

                  | Cg |

Nadia | Damia | Aku |

Cg memandang kitorang dengan pandangan tajam dan itu membuatkan aku hampir nak terkencing. Aku ulang ye Hampir nak TERkencing.

" Pastu macam mana ni? Diorang bagitahu aku yang kau serang kawan dia petang semalam tu dah kenapa? " soal cg. Nadia mendiamkan diri. Air matanya mengalir dengan lebat sekali sehingga membuatkan pipinya yang bermakeup itu hilang dek kerana air matanya yang mengalir begitu deras sekali dan itu membuatkan wajahnya bertukar menjadi tampong sana sini🤣🤣

" Siapa nama kawan korang yang dia serang tu? " soal cg kepada aku dan Damia

" Liyana " jawab kami serentak.

" Kau gi panggil dia sekarang! " arahnya tegas. Aku dan Damia pun meluru keluar dari bilik itu dan melangkah kaki ke kelas.

Setibanya kitorang di kelas,

" Liyana!! Oo Liyana!! " panggil ku. Kemudian Liyana lun berpaling kearahku

" Haa nak ape? " soalnya.

" Jom ikut aku gi bilik disiplin. Cg mardiah panggil" balasku dengan selamba.

" Eh! Asal aku pulak ni? " soal Liyana dengan cuak.

" Alaa jom la ,, cg duk tunggu dah tu. Nak bincang pasal hal bergaduh tu" balasku. Liyana mengangguk dan terus mengikuti aku dan Damia ke bilik disiplin.

Sampai sahaja aku, Damia dan Liyana di depan pintu bilik itu, dengan cepat kitorang membuka kasut dan terus masuk kedalam bilik itu.

" Aku nak korang semua berdiri dalam barisan macam tadi. " arah cg. Kitorang dengan segera membuat barisan tersebut.

posisi kitorang :

                        | Cg |

| Nadia | Damia | Aku | Liyana |

(Cg menghadap kitorang berempat)

Selesai sahaja membuat barisan, cg mardiah oun bertanya..

" Haa! Nadia kenapa kau gi serang Liyana? " soalnya.

" Sebab dia kata tudung saya senget cg.." balas Nadia dengan air mata yang masih mengalir dipipi

" Pastu dia curi buah rambutan kat rumah maksu cg. " sambung Nadia lagi.

" Bila doe? " Damia menyampuk.

Splash!!!!

Rotan buluh dihayunkan kepada Damia.

" Aku tanya orang lain, kau tu jangan nak menyampuk! " Damia menundukkan kepala sambil menahan sakit dek libasan padu tadi.

" Dah tu takkan disebabkan dia cakap tudung kau tu senget je kau nak marah kat diam?! " marah cg pula.

" bukan tu je cg, dia curi buah rambutan kat rumah maksu cg.."

" Eh!! Sejak bila pulak aku curi? saya minta izin dah cg dengan maksu, dia bagitahu kalau nak makan tu ambil je.. maksu tu baik dengan saya cg, kalau cg tak percaya cg tanya dia.." bagitahu Damia dengan bersungguh🤣

" Damia menipu cg!! " ujar Nadia tak mahu kalah. Damia pula hanya menjeling kearahnya. Kemudian cg menoleh kearah ku

" Dah tu kau pulak? " soal cg kepadaku setelah bertanya kepada Nadia dan Damia. Aku time tu dah  kecut😆

" Dia marahkan saya sebab saya kata kat dia yang tudung dia tu senget." Terangku.

" Dahtu kenapa kau kata yang tudung dia tu senget?! " marah cg. Aku bangaikan terkena renjatan elektrik apabila mendengar pertanyaan itu. ' Hah sudah! Nak bagitahu macam mana ni?' soalku dalam hati.

" Macam ni cg, mula mula tu dia tanya kitorang,, tudung aku senget ke? pastu kitorang pun jawab la haah senget, sebab time tu memang senget sungguh. Dia pun terus memberontak cg.." Damia membela ku. Nasib baik la kalau tidak makan rotan buluh la aku dan takyah makan  nasi dah🤣🤣😆

" Dah tu kau? Betul ke Nadia gi serang kau masa kat rumah maksu petang semalam tu?" Soal cg kepada Liyana pula.

" Iya cg" balas Liyana ringkas.

Setelah mendengar penjelasan kitorang berempat, cg pun bangkit berdiri dari pada kerusi yang dia duduk tadi.

" Aku nak korang berempat berpeluk.. " arah cg. Maka kitorang pun berpeluk lah disitu, Nadia dan Liyana mengalirkan air mata manakala aku dengan Damia pula tidak mengalirkan air mata kerana aku dan Damia sedang ketawa halus😆😆😆😆

Tidak lama kemudian, sedar tak sedar dah setengah jam kami berada disitu dan maih lagi berpelukkan.

" Tunggu sekejap ye! Cg ada hal kat bilik sebelah, ingat! Jangan lepas pelukan tu! " pesan cg dengan nada yang tegas. Kitorang hanya mengangguk macam burung belatuk😂. Dalam bilik disiplin tu ada 3 bilik ye..

Lepas sahaja cg keluar dari bilik itu, kitorang terus meleraikan pelukkan itu. Kitorang regaangkan badan sikit sebab habis satu badan lenguh asyik duk berpeluk je, dahla masa peluk tu badan kena bongkokkan sikit😑

Tiba tiba diorang bertiga berpelukkan semula,, aku merasa hairan apabila terpandang diorang. Time tu aku tak perasan yang cg dah datang sebab aku duduk membelakangi pintu dan tiba tiba...

krakk!!!

Perutku yang berlapiskan baju itu tidak semena-menanya dipulas oleh ketam yang bernama mardiah dari belakang.

Kemudian aku yang masih menahan kesakitan dek kerana pulasan yang padu hingga di perutku terus memeluk kembali diorang.

" Nah! isi borang ni! korang tulis kat kesalahn tu bergaduh. Pastu ingat, ni last warning dari aku, kalau korang bergaduh lagi, aku akan bagi borang pindah sekolah terus!!" Pesan cg. Liyana terus menangis apabila mendengar bait-kata yang keluar dari mulut cg itu. Manakala aku terus menadahkan tangan dan berdoa..

" Ya Allah.. Aku taknak kena pindah sekolah.." rintihku perlahan. Tidak semena-menanya air mataku pun gugur membasahi bumi. Damia juga turut menangis tatkala mendengar rintihanku.

Seusai mengisi borang pemberian cg tadi, kitorang berempat terus bersurai dan menuju ke kelas masing- masing....

end flashback..

end Fika pov.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Begitulah ceritanya.." Fika menghela nafas setelah panjang dia bercerita kisahnya ketika memasuki bilik disiplin😂

" Mesti sakitkan kena pulas kat perut? Mesti time tu kau tahan sakit tu kan? mesti sampai sekarang rasa lagi kan? "soalku bertubi-tubi. Fika mendengar sahaja soalanku terus tergelak halus.

" Eh asal kau gelak giler?" Aku memuncungkan bibir tanda protes. Ade ke patut dia gelakkan aku time aku duk tanya dia? Patut ke?

" HAHAHAH,, giler ar kalau aku kata tak sakit masa dia pulas perut aku tu. Pulasan dia tu Ya Allah Ya Rabbi memang sakit giler doe" kata Fika dan mengingat kembali time dia kena pulas tu.

" Pastu macam mana ek perasaan Damia time dia kena tibai dengan rotan buluh tu?" soal Bahyah pula.

" Sakit la ngok! dahla libasan dia tu pergh!! Meremang doe. Dia punya angkat rotan tu kemain lagi tinggi.." dengan bersungguhnya Fika membalas pertanyaan Bahyah itu dan tak lupa jugak dengan tangan dia sekali bergerak dan menampar bahu Bahyah dengan kuat.

" Auch! Sakit la giler. Bersungguh nau kau balas pertanyaan aku ye sampai tangan tu bergerak sekali. " Bahyah merengus geram dengan perangai Fika itu. Aku pula hanya menggelengkan kepala melihat telatah diorang.

" Alah kau ni macam tak biasa pulak. Lek ar chil-chil" seloroh Fika.

" Banyak la kau punya chill" Bahyah menjeling dan itu membuatkan aku dan Fika ketawa terbahak-bahak..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1590 words.

Terima kasih kepada Fika dan Bahyah sebab mengingatkan aku pasal hal disiplin ini🤣. Aku pun bukannya ingat sangat pun maklumla time tu tak gi sekolah AHAHAHA.

Terima kasih sebab selalu ada bersama dengan sahabatmu yang pelupa ini😂😂