Selepas peristiwa keterbangan 'benda', kitorang berenam semakin rapat, aku pun semakin selesa dengan diorang. Tapi sampailah satu hari tu Cg Razali suruh kitorang susun pulak meja secara memanjang bagi pempuan dan berkumpulan bagi lelaki. Aku pun tak tahu la berapa kali nak susun meja ni🤦♀️ kalau kira belajar tu same je tak berubah pun!
Aku kena duduk dengan Aisyah and Liyana. Aku taknak pun duduk dengan diorang tu sebab aku nak duduk sekali dengan Fika and Bahyah tapi tulah... Fika and Bahyah duduk dengan Damia😔
Aku nak je sebenarnya duduk dengan Fika and Bahyah tapi tulah.. setiap satu baris tu 3 orang je😪
Ni susunan meja kitorang :
Fika | Bahyah | Damia
| tempat kosong
| Ain
| Azwa
| Nureen
Liyana | Aisyah | Aku
Kat tengah tu tempat pelajar lelaki. So korang agak agak jela. Setiap kumpulan tu empat or lima orang.
Ain, Azwa and Nureen ni aku tak rapat, aku kawan pun gitu gitu je. Sebab diorang ni boleh dikatakan pembuli la jugak tapi diorang ni tak la jahat sangat HAHAHA
Aku memang tak puas hati kena duduk macam tu. Yaa memang aku rapat dengan Liyana and Aisyah tapi tak serapat aku dengan Fika and Bahyah.
Selepas sahaja susunan meja tu, entah macam mana kitorang berenam boleh bergaduh. Bukan aku nak sangat pun bergaduh sebenarnya tapi Damia yang start dulu. So semua kawan aku termasuklah Fika and Bahyah taknak kawan dengan aku sebab pasal meja je😌. Tapi walaupun kitorang bergaduh Liyana and Aisyah masih lagi bertegur dengan aku walaupon diorang tu taknak pun kawan dengan aku. Dan disebabkan kitorang bergaduh lah aku jadi kerap tak gi sekolah sebab aku rasa down! Dalam seminggu sekolah tu aku kadang kadang gi dalam 3 hari je, kadang kadang tu 2 hari je sebab aku taknak bertentang mata dengan diorang.
Tapi adalah satu pagi ni tapi hari tu aku tak ingat hari apa..
" Angah, bangun mandi " arah ma aku. Aku pun bangun la tapi masih lagi dalam kain selimut HAHAHA
" Nak gi sekolah tak? " soal ma aku lagi. Aku masih lagi diam. Kemudian aku pun jawab walaupun dalam keadaan mamai
" Tak " jawabku pendek dan sambung tido. Ma aku diam je tak kata ape. Tapi petang tu dalam pukul 4 or 5 ,masa ni aku duduk kat rumah mak sedara aku, ma aku pun datang la jugak pastu tanya aku..
" kenapa taknak gi sekolah tadi? " aku diam sekejap. Macam la takde soalan lain nak tanya🤦♀️
Setelah aku diam aku pun jawab..
" Malas ah. Sebab kat sek tu..." nak je aku cerita yang aku ni bergaduh dengan kawan aku tapi aku tahan je.
" Sebab ape? " soal ma aku. Aku diam
" Kalau angah taknak bagitahu takpe nanti esok ma gi kat sek tu tanya cg sendiri. " sambung ma aku lagi tapi kali ni dengan tegas.
' Haa mampus! Nak bagitahu ke tak ek? Aduh kalalu aku bagitahu kang tak pepasal ma cari diorang pulak. Tapi kalau aku tak bagitahu nanti dosa pulak. Haishh pening pening🤦♀️🤦♀️' kata hatiku.
Kemudian aku dengan pasrah pun bagitahu..
" Sebab kat sek tu, diorang taknak kawan dengan angah. " terlepas jugak aku bagitahu ma aku.
" Pastu esok angah nak gi tak? kalau taknak gi ma hk gi se...." belum sempat ma aku sambung ayat dia. Aku dengan cepat memotong..
" Yelah yelah esok angah gi " keluhku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi itu seperti yang dijanjikan oleh ku kepada ma aku, aku pun gi la kat sek walaupun aku taknak haishh😪
Aku masuk je dalam kelas aku pun menuju ke tempat aku bersebelahan dengan Aisyah. Aku hanya senyap je sampailah Cg Norafizah iaitu Cg subjet sains masuk. Selesai membaca doa, Cg pun suruh kami semua mengeluarkan buku nota sebab dia nak check kerja sekolah yang dia bagi. Tapi malangnya aku nak kata aku tak buat tu takla tapi banyak yang aku tertinggal sebab aku jarang gi sekolah. Cg pun membuat pantauan dari meja ke meja dan tibalah di meja aku.
" Awak ni lama dah saya tak tengok. Banyak dah hk awak tinggal ni" tangan cg masih lagi ligat membelek setiap helaian buku nota aku.
" Awak ada masalah ke kat rumah tu? " soalnya. Aku hanya tersengih.. kemudian aku pun balas
" Saya demam cg. Tu lama tak datang sek tu eheh" nak je aku bagitahu masalah aku, tapi aku pendam je masalah aku tu sebab aku nak jaga hati diorang. Dan aku taknak diorang berdendam dengan aku.
" Oh demam. Pastu awak gi klinik tak ?"
" Tak cg. Saya rehat kat rumah je " cg mengangguk dan menuju ke meja Nureen pula untuk check kerja sekolahnya. Fika, Bahyah, Damia, Liyana dan Aisyah just jadi pemerhati semasa cg tanya aku dengan soalan macam tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seminggu telah berlalu, diorang masih lagi sama dengan aku, tiada tegur menegur. Masuk je kelas aku meluru ke tempat ku dan melentokkan kepala ku dimeja. Kemudian cg pun datang dan memulakan sesi pembelajaran yang pertama. Selama 40 minit telah berlalu maka habis lah sudah masa pertama. Kemudian cg masa medua pun masuk dan memulakan pembelajaran selama 40 minit.
Kringg!!
menandakan waktu rehat.
" Okey semua boleh simpan buku dan gi rehat" arah cg itu. Semua murid-murid berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin. Aku menyimpan semua barang aku dalam laci meja dan keluar dari kelas and menuju ke kantin. Walaupun aku rehat sorang sorang itu tak membuatkan aku tak makan langsung ye. Aku membeli air milo dan kerepok lekor sahaja kemudian aku pun masuk semula ke dalam kelas.
Selesai sahaja aku makan, aku bangun dan keluar dari kelas untuk membuang sampah yang aku makan tadi dan aku pun pergi ke pili air yang berdekatan dengan kelas kitorang untuk membasuh tangan. Kemudian aku pun masuk semula dalam kelas dan menuju ke kelas. Setelah aku duduk di tempat duduk ku, aku termenung seketika, kemudian ada suara yang memanggil aku..
" Eh Aliya, mari la duduk kat kitorang ni" aku pun berpaling kearah panggilan itu, yaa itu Damia. Aku masih diam.
" Mari la Aliya " panggil nya lagi. Aku pun gi kat diorang sebab masa tu kan aku down and dalam masa yang sama aku memerlukan kawan, so tanpa aku membuang masa aku pun gi la kat diorang and duduk kat tempat kosong tepi Ain.
Masa aku duk kat tempat kosong tu aku senyap je. Walaupun diorang ada tegur aku, tapi aku just diamkan diri je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Time ni peristiwa yang paling aku terkesan sebab meja je kitorang bergaduh 😂😂. Tapi lepas je diorang bertegur dengan aku, start dari tu kitorang dah tak bergaduh HAHAHAH😆
KEPADA FIKA AND BAHYAH HOPE JANGAN TERASA HEHEH 😔😌