webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Geral
Classificações insuficientes
33 Chs

Bab 27

"...." pandanganku kembali berpaling pada Amry yang kelihatan seperti terpaku dengan kecantikkan model wanita itu; membuatkan dengan serta-merta hatiku terasa pedih tanpa aku sedar.

'Pandangan dia sama macam masa abang 1st time nampak kak Qiera...'

"!??!" mataku terbeliak apabila menyedari sesuatu.

'Maksudnya... betullah khabar angin tu? Yang Amry ada hati dengan Erina Najwa?'

".Er... Am... jom?" bagai ingin menghentikan kepedihan itu, aku terus menarik lengan bajunya dengan kasar selari bersuara.

"Hah? Er... ya...maaf... jom?"

"...." aku terdiam apabila langkahnya terhenti lagi.

"Habis tu, macam mana; Jenny?" dari tempat kami berdiri masih terdengar perbualan ketiga-tiga wanita tadi.

"The deal is still on... kita kena teruskan with or without Agnes.."

"Tak apalah... i akan cuba..."

"?!?!" bagai tersedar akan sesuatu, dia menghadapku dengan reaksi berbeza sebelum bersuara lagi.

"Am?"

"Saya ada idea... awak tunggu sekejap." Tanpa menunggu respon dariku, lelaki itu terus berjalan laju meninggalkan aku diruangan pintu itu sendirian.

"Eh? Awak nak pergi mana tu? Am!"

'Apa yang dia nak buat tu? Kenapa dia pergi ke arah Erina tu? Takkanlah dia nak try Erina tu dalam rupa abang?'

"Hai, maaf sebab mengganggu... ini.. Cik Erina, kan?" lelaki tinggi lampai itu mulai menghampiri Erina dan Jenny denagn sebaris senyuman.

"Hah? Er..ya?"

"Kenapa pula ni? Kau nak apa? Peminat ke? Sorry, kami tak layan peminat buat masa sekarang ni..."

"Jenny... I'm sorry, encik..." Erina menegur rakannya itu sebelum kembali mengalihkan perhatian kepada lelaki tadi.

"Am...mier... saya, Amier.."

"Ya... encik Amier... maafkan pembantu saya ni, dia agak moody hari ni... ada apa yang saya boleh bantu?"

"Oh, tak apa... saya dengar tadi, cik Erina macam ada masalah?"

"Ah... ya... kami..."

"Kami tak ada stylist.. dia menghilangkan diri sebelum bertugas... kenapa? Awak boleh tolong?.. dan adakah kelayakkan awak dalam bidang ni?"

"Jenny!"

"Ke...layakkan? kalau kelayakkan tu, saya tak ada.. tapi, saya ni pembantu stylist Encik Amry Syah Redza, dan saya pasti cik Erina dah kenal dengan client saya tu."

"Am? Awak ni... krew dia?"

"Erm... ya."

"..tapi, itu tak bermakna...?!?!"

"Jenny, stop it!"

"But, Erin!"

"Shh... so, Encik Amier... cik ada cadangan untuk bantu saya?"

"Saya hanya bagi cadangan dan saya tak pasti kalau cik akan terima... tapi,"

"Ya?"

"Cik tengok sana... itu adik saya... nama dia Mia... dia memang tak ada apa-apa kelayakkan tapi, setakat yang saya perhatikan, saya percaya dia boleh bantu untuk selesaikan masalah cik Erina ni." Am menunjukkan ke arah Mia yang sedang berdiri berendirian disitu dengan jari telunjuknya.

"Awak pasti?"

"...tapi, cik Erina..." sekali lagi Jenny mencelah dengan perasaan tak puas hati.

"Jenny, please... kita bukannya ada banyak pilihan pun."

"Fine... tapi, kalau benda ni tak jadi, jangan cari I."

"So? What do you say, miss Erina? Do you want to give it a try?"

"Walaupun agak berisiko, everyone has their own 1st time, kan? So, why not?"

"Really? Thanks! I'll call her right over!" dengan sebaris senyuman lebar, lelaki itu meninggalkan mereka bertiga dan bergerak ke arah Mia yang dari tadi berdiri tegak tak jauh dari situ.

"Erina, are you sure about this? You tak kenal pun dengan budak tu...macam mana you boleh percayakan dia dengan kerja ni? Macam mana kalau dia sengaja approach you untuk sabotaj you?" Jenny makin tak puas hati dengan keputusan yang dianggap melulu oleh Erina itu.

"Jenny, do me a favor and stop being too negative; will you? Dulu pun I tak kenal dengan you... tapi I bagi peluang pada you, kan? So, apa salahnya I bagi peluang pada Mia pula kali ni?"

"..tapi, Erin..." sekali lagi dia menundukkan pandangan dari rakannya itu dengan perasaan serba-salah; tak ingin dia melihat rakan baiknya itu menjadi mangsa penipuan didepan matanya sendiri.

"Dah, jangan risau sangat... you ni dah jadi makin paranoid sejak putus dengan Gerard tu, tahu?"

"Okay... I'm sorry..."

Pada masa yang sama;

"Ke...kerja? Mia? Jadi stylist? Biar betul? Mia ni tak ada kelulusan langsung, Am! Mana layak?" aku dengan serta-merta menjadi pani dengan 'berita' yang kuterima itu.

"Ya.. tapi, rezeki manusia tak ada sesiapa pun tahu dari mana, kan? Ni, dah ada rezeki depan mata, takkan Mia nak lepaskan saja?" beriya pula aku tengok lelaki ini ingin aku menerima kerja yang dicadangkan itu.

"Ya, Am.... tapi, macam yang Mia cakapkan tadi... Mia tak layak... Mia tak pernah pun belajar bidang ni, mana boleh Mia tiba-tiba jadi stylist model terkenal pula tu!"

"Mia, tolonglah percaya pada diri sendiri... Am percaya Mia boleh; Am nampak Mia masa Mia pilihkan baju untuk abang Mia tadi... Am percaya Mia boleh buat kerja ni."

"...tapi..." hatiku masih terasa berat di hantui dengan perasaan kurang yakin pada kebolehan diri sendiri.

"Dah, tak payah cakap banyak...jom.."

"Am! Tunggu.... Er... !??!" tanpa menunggu jawapan dariku, aku terus ditarik ke arah ketiga wanita tadi dengan langkah laju.

"Ini dia cik Erina, saya kenalkan; adik kesayangan saya, Rose Mia Amalia. Dia ni agak pemalu... tapi, saya yakin dia boleh buat kerja dia dengan baik." Aku ditolaknya untuk menghadap wanita yang digelar 'cik Erina Najwa' ini tanpa rela.

"...cik... Erina, selamat berkenalan...."

"Cik Mia... saya dengar banyak dari abang awak... nampak sangat abang awak yakin dengan bakat awak... dan itu membuatkan saya jadi tak sabar untuk bekerja dengan awak secepat mungkin."

"..."

"Kenapa diam? Jawablah..." seru Am dari belakangku.

"Er... terima kasih, cik Erina... saya... saya akan bekerja sebaik mungkin."

"Pegang kata-kata kau tu." Nada tegas Jenny membuatkan aku berdiri tegak.

'!!?!'

"Y...ya... saya akan cuba sebaik mungkin."

"Jenny, don't scare her; will you?" tegur Erina dengan nada agak keras dari tadi.

"..." dari menjawab, satu jelingan tajam dihadiahkan kepadaku pula selari membuatkan aku makin tak tentu hala.

"Maaf, kawan saya ni dia bad mood sikit sebab stylist yang sepatutnya bertugas hari ni tiba-tiba ada hal..."

"T...tak apa..." cuba menelan perasaan takut yang mulai terasa menguasai diri, aku memberanikan diri untuk bersuara walaupun masih dalam keadaan menundukkan kepalaku.

"Kalau you setuju, kita mulakan sekaranglah; boleh?"

"Eh? Sekarang?"

"Ya... kejap lagi i kena buat appearence dengan Amry diatas stage... you tolong pilihkan outfit untuk I, ya?" katanya lagi dengan nada lembut, tanganku dicapai dengan perlahan.

"Er...."

"Kalau macam tu, saya pun kena pergi tengok Amry di bilik persalinan tu... awak kerja elok-elok, ya?" spontan nada Amry dari belakangku membuatkan aku serta-merta menjadi panik.

"Am! Jangan tinggalkan saya..." aku mencapai lengan bajunya dengan reaksi cemas.

"Jangan risau, cik Erina ni boleh jaga awak.. nanti kita jumpa dibelakang pentas..." tanganku diambil sebelum sebaris senyuman diberikan padaku; bagai cuba memujuk hatiku yang makin tak keruan ini.

"...tapi..." aku kembali tunduk dengan perasaan serba salah.

'?!?!?' aku terdiam apabila Amry menghulurkan jari kelingkingnya padaku; senyuman tadi masih melekap dibibirnya.

"Janji." walaupun pada masa itu, jantungku berdegung tanpa hala tuju, aku beranikan diriku untuk menyambut jari kelingkingnya yang dihulurkannya dengan jari kelingkingku sendiri.

"Okay... kirim salam pada abang, ya?"

"Alright. Break a leg!" sempat lagi dia memesan padaku sebelum mula bergerak meninggalkan kamu disitu ke arah bilik persalinan abang tadi.

"Awak pun."

"Baik betul hubungan awak dengan abang awak? Kalau bukan sebab abang awak cakap yang dia abang awak, mesti saya ingat yang kamu berdua ni pasangan kekasih."

'?!?!'

"Er..." aku menggaru kepalaku yang tak gatal dengan perasaan bercampur baur.