webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Geral
Classificações insuficientes
33 Chs

Bab 26

"So... sekarang, macam mana?" aku mengalihkan perhatian ke arah lelaki yang kelihatan masih kusut sejak tadi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Amry mengerutkan dahi melihat deretan pakaian yang tersusun dihadapannya itu. Ternyata sangkaan Amry tadi benar apabila abang setuju dengan cadangannya. Mazlan hanya terdiam apabila cadangan jawatan penolong stylist itu dibentangkan abang. Kini, aku dan Amry berada diruangan bilik pakaian untuk memilih pakaian yang sesuai untuk acara yang bakal berlangsung nanti.

"Awak yang volunteer nak jadi stylist dia, kan?" aku menjelingnya dengan perasaan tak puas hati.

"Manalah saya tahu benda ni boleh jadi macam ni.." sekali lagi dia menggaru kepalanya dengan reaksi cemas.

'Kasihan pula aku dengan dia ni...dah lah muka dia macam abang aku...tak sampai hati pula.'

"Haish...tak apalah.. biar saya tolong; itu pun kalau awak benarkanlah." Akhirnya aku bersuara dengan perasaan serba salah setelah agak lama memerhatikannya yang kelihatan serba tak kena dari kami melangkah masuk ke dalam bilik itu lagi.

"Er... nah, buatlah...pening pula tengok benda ni lama-lama..." katanya lagi sambil menyerahkan beberapa helai kemeja-t yang dipilihnya tadi ke tanganku pula; ternyata dia telahpun berputus asa.

"Macam mana awak boleh jadi model kalau benda ni pun awak tak tahu?"

"Saya model, bukannya stylist...lagipun, selama ni; saya ada orang tolong buatkan...saya pakai saja apa yang dicadangkan."

"Sekurang-kurangnya awak kenalah tahu serba sedikit pasal hal ni...nanti kalau kecemasan macam ni, kan susah?"

"Kena bebel pula..." kini reaksinya persis abang yang suka menjebikkan bibir apabila dibebel mak dulu.

"Hm...nah, cuba awak tengok ni...boleh tak?" sebaris senyuman sinis terbit dibibirku tanpa sedar selari menjelingnya sambil aku menyerahkan sepasang baju dan seluar ke arahnya.

"Eh?"

"Kenapa? Tak elokkah? Kalau tak...biar saya pilih yang lain pula.." lantas aku kembali berpaling ke arah deretan pakaian tadi sambil mula memilih lagi.

"Eh, taklah... nampak okay sangat; pandai awak pilih?"

"Ya...kah? Er...saya pernah tengok rancangan fesyen dulu...itu yang tahu sikit-sikit tu."

"Oh... nanti bolehlah awak ajarkan saya pula lepas ni?"

"Hah? B..boleh saja..."

'Amry nak aku yang ajar dia?' aku tersengih sambil menggaru kepalanyaku yang tak terasa gatal; terasa janggal pula.

"Thanks... saya pergi hantarkan bagi ni pada abang awak sekejap, okay?" katanya lagi sambil mula hendak melangkah pergi.

"Alright...saya tunggu disini dulu.."

"Okay, be right back...terima kasih, tahu?"

"Ya..."

'Tak sangka binge watching ANTM di laptop aku selama ni, berbaloi juga, ya? Nasib baik aku tak keluarkan bakat diy aku lagi.'

"Pfft..." aku terkekeh sendirian dalam bilik yang dipenuhi pelbagai jenis dan rekaan baju itu; sesekali tanganku membelek pakaian disitu untuk merasai fabriknya dan meneliti rekaan yang kelihatan unik dimataku.

'Cantik juga baju-baju ni...'

"Cepatlah! Kenapa lambat sangat ni?"

'Eh? Dah kenapa pula tu?' perhatianku teralih kepada pintu masuk apabila kedengaran keadaan agak bising dari arah itu.

"Dah tu, you yang bawa model tu datang lambat; sekarang you guys nak blame kami pula?"

"Hey! Are you trying to talk back at us? You guys tahu kan, schedule Erina selalunya padat; dan dia jarang-jarang terima job kecil macam ni? You guys kena bersyukur sebab Erin nak terima job ni walaupun tak setaraf dengan taraf nama dia sekarang, bukannya banyak songeh macam ni..."

"Bersyukur? Patutnya korang yang bersyukur dengan kami sebab bagi job ni pada Erina, tahu? Kalau diikutkan skandal dan gossip pasal model you tu, dia takkan dapat satu job pun, tahu?"

"Tak ada adab langsung! Wa, kita blah; jom! Tak payah nak terima job dengan orang macam ni..."

"Diorang...bergaduh, kah?"

"Jenny, dah lah tu...maaf; Kay...jenny ni moody sejak pagi tadi... i harap you tak ambil hati dengan apa yang dia cakapkan tu."

"Hmm...kalau ikutkan, memang i tawar hati nak kerja dengan you... tapi, i tahu you ni baik dan you pernah tolong i dulu... sebab tu bila i tahu you sekarang tengah tak ada job, i cari dan panggil you."

"I tahu, Kay...terima kasih sangat sebab masih ingat pada i... dah, mana wardrobe room? I nak bersiap ni...kejap lagi event nak mula, kan?"

"Ah...ya, disini.."

"?!!?"

'Alamak, diorang nak masuk sini kah? Buat bodoh...buat bodoh...' bagai membaca mantera dalam hati, aku membelakangi mereka selari kelihatan kelibat ketiganya menuju masuk dari pintu kaca hadapan.

"Mana si Agnes ni? Sepatutnya dia dah sampai, kan?"

"Agnes?"

"Dia stylist cik Erina kita ni...selalunya dia yang datang dulu...tiba-tiba hari ni tak nampak pula batang hidung."

"Er...cik Najwa Erina?" dari arah luar pintu masuk itu, kelihatan seorang lelaki memakai pas pegawai keselamatan mendekati model itu dengan teragak-agak.

'...Najwa....Erina? Kenapa macam pernah dengar nama tu sebelum ni?' aku mengoomel dalam hati selari masih memasang telinga.

"Ya, saya?"

"Tadi ada seorang cik ni bernama Sum Bing Lee?"

"Ah, Agnes lah tu!"

'Sum..Bing? Agnes? Apa ke jauh sangat namanya?'

"Kenapa dengan dia?"

"Cik tu kata, dia terpaksa balik sebab ada kecemasan...hal keluarga katanya."

"Hah? Takkanlah!"

"Oh, mak kau!"

'Ops...!?!?'

"Er... awak pasti?"

"Sempat lagi..." aku perasan satu jelingan di layangkan kepadaku oleh wanita yang dikenali sebagai Jenny tadi.

"Ya, cik Erina.. cik Agnes dah balik pun..." lelaki itu bersuara lagi dengan nada agak ragu.

'Buat malu saja aku ni..baik aku blah dari sini...' lantas aku menundukkan kepala dan terus bergerak keluar dari bilik itu; langkahku terhenti apabila kelibat Amry kelihatan mendekatiku.

"Eh? Am, kenapa lama sangat?"

"Saya tolong abang awak tu...dia...!?!?" ayatnya tergantung apabila pandangannya teralih ke arah belakangku.

"Am? Kenapa ni?"

"Erina..." perlahan omelan lelaki itu selari matanya masih tak beralih sejak tadi.

"?"

'Amry kenal perempuan tu?' pandanganku teralih kepada wanita tadi yang masih kelihatan tenang sambil rakan wanita yang lain kelihatan agak resah dengan keadaan itu.