webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Geral
Classificações insuficientes
33 Chs

Bab 17

"..." sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri selari mengekorinya dengan akur sehinggalah kami sampai ke satu tingkat yang menempatkan bilik pesakit vip membuatkan aku mulai panik lagi..

"Er...abang? kita buat apa disini?"

"...sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana tapi... eh? Laila!" langkahnya yang dari tadi laju tiba-tiba terhenti apabila kami ternampak akan kelibata yang kebiasaan terlihat olehku disitu.

"Itu..."

"Laila!" sekali lagi suaranya lantang selari muali berjalan meninggalkan aku dilorong koridor hospital dalam keadaan terpinga-pinga.

"Amier?"

"Laila, how glad i am to see you! Aku...?!?!?"

"Amier! Apa yang you buat disini? Bukankah I dah cakap dengan you sebelum ni, jangan datang sini lagi! I tak nak ada orang mula syak dengan kita nanti!"

"Eh?...kau kenal aku, Laila?"

"Apa yang kau merepek ni? Walaupun kita dah putus, kita tetap kawan; takkan I nak buat macam tak kenal dengan you pula? Eh...ini..."

"Pu...tus?"

"Hah? Er...saya...Mia...adik Amir..."

"Ah...Mia, I remember you...by the way, apa you guys buat disini? Setahu I, Emil dah keluar hospital malam semalam lepas you balik tu. Ke...dia tak beritahu pada you?"

"Emil?"

"Amir? Kenapa ni?"

"...."

"Abang?" aku menarik lengan baju lelaki itu dengan perasaan keliru; melihatkan reaksiku itu, dia bagai mendapat satu akal apabila secara tiba-tiba dia memegang kedua bahuku dari belakang menghadap ke arah Laila.

"Eh?"

"Oh...ya kah? Dia tak beritahu pula I semalam... I dengar adik sepupu you sakit, kan? Dah okay?"

"Oh...Syah? Dia masih tak bangun lagi dalam bilik tu; mungkin masih tidur lagi. You nak jenguk dia?"

"Bolehkah?"

"I okay saja...tapi...jangan buat bisinglah; dia tengah berehat tu."

"Okay! I janji...tapi, biar Mia ikut sekali; boleh?"

"Eh? Er...tak apalah...?!?!" aku yang dari tadi mendiamkan diri cuba mengelak tapi terdiam apabila tanganku disentap sekali lagi olehnya; ternyata dia ingin aku ikut sekali.

"Okay...tapi janji jangan buat bising dan jangan tangkap gambar, ya?"

'Tangkap gambar? Macam nak pergi pameran muzium pula dilarang tangkap gambar bagai... pak cik pula apahal nak sangat aku ikut dia ni? Ada apa pula dalam bilik tu? Siapa mamat Syah tu?' aku mulai dihurung pelbagai persoalan dalam kepalaku selari hanya akur dengan permintaan lelaki yang menyerupai abang dan perempuan yang pernah menjadi kekasih abang Amir ini.

"..tapi, kenapa you beriya nak jumpa dengan adik sepupu I ni?"

"Adik I ni...peminat setia dia...so, bila dapat tahu pasal dia masuk hospital ni; teru dia jadi panik dan minta I bawa dia ke sini."

"Eh?Ap...?!?!?"

"Ikutkan saja...saya akan terus terang nanti." Aku terdiam apabila lelaki ini mula berbisik ditelingaku dengan nada yang hanya aku dan dia mampu dengar lantas menjeling ke arah kak Laila yang mendahului kami sejak tadi dengan lagak curiga.

'Siapa dia ni sebenarnya? Kenapa dia...' walaupun agak cuak, aku hanya akur dengan permintaan selari mengangguk perlahan; langkahku ku selarikan dengannya apabila ditolak dari belakang.

"Ini bilik dia...dari semalam dia tak sedarkan diri...mungkin effect ubat tu ada lagi...you duduklah dulu... I kena keluar uruskan hal sikit. Kejap lagi, I datang dengan manager dia, okay? Just please, Amier....Mia, jangan ganggu Syah. Thanks."

"Okay, don't you worry about it."

"Thanks Amier...bye." Aku hanya melihat dari belakang lelaki ini selari dia dengan berlagak selamba berlakon seperti telah biasa dengan kak Laila sebelum ini; tak ada tanda bersalah mahupun kekok dalam suaranya.

"Abang, apa ni? Apa kita buat disini?" Aku bersuara dengan nada agak lantang sambil mula menjarakkan diri darinya pandanganku meliar disekeliling ruangan dalam bilik itu sebelum berhenti di sekujur tubuh diatas katil berhadapan kami.

"....abang?" aku terdiam apabila lelaki tadi mula mendekati lelaki yang kelihatan tak sedarkan diri sejak tadi dengan reaksi yang aku sendiri tak pasti.

"Jadi...semua ni memang terjadi...ini...bukan mimpi?"

"Apa...maksud abang ni? Siapa dia? Kenapa dia nampak biasa...?!?!? dia...bukan dia ni..." aku mem beliakkan mataku apabila perasan akan lelaki tampan yang masih tak sedarkan diri dihadapanku ternyata lelaki yang sama aku minat sejak 5 tahun yang lalu; malah aku yakin yang aku telah pun jatuh cinta pandang pertama kepadanya sejak kali pertam terlihat kelibatnya di media sosial dulu.

"Ya... Amry Syah Redza, dia model dan pelakon yang selalu muncul di media sosial dan drama petang tu..."

"Macam...mana abang boleh...dan kenapa dia ada dihospital ni, bang? Dia sakit? Mr. Red sakit?"

"Lebih kuranglah...eh? Mr. Red?"

"Ah... tak...maksud Mia...Encik Amry...tapi dia sakit apa?" aku menundukkan wajah selari memperlahan suaraku;cuba menyembunyikan ekspresiku darinya.

'Habislah kalau abang tahu pasal nickname aku bagi pada dia tu...mesti aku kena bahan lepas ni...tapi, dia bukan abang aku; kan? Buat apa aku nak risau...'

"Pfft...Komplikasi hati...dia sendiri tak pernah beritahu hal ni pada sesiapa, sebab tu tak ada orang pernah tahu sebelum ni."

"Masalah...hati? Kasihannya....tapi, macam mana abang boleh tahu pasal hal ni?" sekali lagi aku menjeling ke arahnya dengan perasaan simpati yang makin meluap-luap.

'Kalaulah aku boleh tolong dia...' detik hatiku lagi selari mengalihkan pandanganku kembali kepada lelaki yang menyerupai abang ini.

"Sudahlah tu Mia...saya tahu awak dah perasan sekarang yang saya bukan abang awak, kan?"

"Y..ya... " walaupun teragak-agak, aku memberanikan diri untuk bersuara dengan nada perlahan.

"Kenapa awak biarkan dan ikutkan saja saya sampai sini?"

"Awak yang minta supaya saya percayakan awak, kan? Lagipun, saya dapat rasa yang awak bukan orang jahat."

"Terima kasih...sebab percayakan saya."

"Jadi? Apa yang jadi sebenarnya...dan ...siapa awak? Kenapa awak bawa saya sampai ke sini...dan, apa hubungan awak dengan Encik Amry pula?"

"Awak takkan percaya kalau saya cakap benda ni..."

"Try me." Sengaja aku bersuara dengan nada menduga; makin keliru aku tapi, aku pasti keadaan ini takkan jadi sepelik di rumah tadi.

"Sebenarnya...saya...Amry Syah Redza yang sebenarnya."

"?!?!?" aku terdiam mendengarkan pengakuan lelaki yang berdiri dihadapanku selari mengalihkan pandangan selang seli antara dia dan lelaki yang masih tak sedarkan diri disisinya itu.