webnovel

-5-

Eizriena mengemaskini status instagramnya.

'Cuti-cuti Jujugan'

Send! Puas hati. Eizriena bergolek-golek di atas katilnya. Dia tidak ingin bergerak ke mana-mana tetapi sudah pastinya Rayyan telah merancang sesuatu untuknya. Selang beberapa minit, seseorang menghantar pesanan ringkas kepadanya.

'I nak masuk bilik you.' - Rayyan

'Sinilah.' - Eizriena

Seketika kemudian, Rayyan masuk dan menghampiri Eizriena yang masih berguling di atas katil. Rayyan kemudian turut serta untuk baring di sebelah Eizriena.

"Rugi je you beli dua suite. Satu suite ni besar kut." Eizriena berceloteh.

"I nak you selesa. Besar pun tak apa." Rayyan tersenyum sambil melihat Eizriena.

"Tak. Sebenarnya you takut you buat benda tak elok dekat I kan? Baguslah you. I puji niat you. Tambah satu point." Eizriena tertawa kecil.

"I sanggup buat apa-apa pun untuk you sayang." Rayyan mencapai tangan Eizriena dan menciumnya lembut.

"Rayyan, you tak pernah cerita tentang hidup you dekat I."

"Sebab you tak pernah tanya." Rayyan tertawa kecil.

"Ceritalah. Kalau you dah ready, I dengar." Eizriena kelihatan teruja ingin mendengar cerita Rayyan.

"I lahir sebagai anak tunggal. I dibesarkan oleh seorang lelaki yang sangat sibuk dengan kerja dan tak ada masa dengan I. Then, I sambung study and I ambik alih half of company yang my father ada sekarang. I dulu playboy tau. Tapi entah kenapa bila I jumpa you, I obses tau. I obses sangat dengan you sampai I dah tak nak tengok perempuan lain." Kata-kata Rayyan membuatkan Eizriena sedikit tersentuh.

"Rayyan, I tak kaya macam you. My parents cikgu biasa. I ada adik-adik yang tengah belajar jugak. I hidup dan membesar dalam keadaan sederhana. I pun tak adalah pandai. I ada apa yang I ada sekarang sebab I usaha. You boleh ke terima I?" Soal Eizriena lagi.

"I tak kisah. Siapapun you, daripada mana you, I cuma tahu, I dah jatuh cinta dekat you." Rayyan dan Eizriena bertukar padangan.

Cinta! Itu perasaan Rayyan yang ada pada Eizriena. Dia hanya inginkan Eizriena seorang. Eizriena tersenyum kembali pada Rayyan. Dia kemudian bangun dan merapikan rambutnya.

"Jom. Kita jalan-jalan." Ajak Eizriena.

"Ok. Kejap I nak pergi ambil barang dalam bilik."

----

Eizriena dan Rayyan berjalan disekitar pekan. Mereka mengambil gambar, bersembang dan kemudian duduk sebentar di sebuah gerai. Sedang mereka duduk berehat, Rayyan mendapat panggilan daripada Kim. Mungkin hal penting. Rayyan menjawab panggilan tersebut jauh daripada Eizriena.

"Ya Kim."

"Tuan Rayyan, saya tak dapat text tentang penggunaan kad kredit tuan lansung. Tuan okay?" Kata-kata Kim membuatkan Rayyan tersenyum.

"Eizriena kata dia tak perlukan apa-apa. Kami pusing-pusing sambil tangkap gambar dan beli air dekat gerai tepi jalan." Kata-kata Rayyan membuatkan Kim sedikit terkejut.

"Wah, ini kali pertama." Kim sedikit terkejut.

"Kan. Tak apa Kim. Paling banyak pun saya guna duit untuk makan. Eizriena lain Kim. Dia tak tengok duit saya, dia cuma nak masa dengan saya."

"Saya faham tuan. Saya hanya akan hubungi tuan bila perlu. Maaf saya dah ambik masa tuan dengan cik Eizriena." Kim menamatkan panggilan itu.

Rayyan berjalan kembali menemui Eizriena.

"Dah ke sayang? Jom." Ajak Rayyan.

"Jom." Eizriena mencapai tangan Rayyan dan mereka kembali berjalan.

Rayyan tidak puas mengambil gambar Eizriena. Dia gembira kerana dia dapat meluangkan masa dengan seorang wanita yang rendah diri dan tenang. Seketika dia terimbas kembali saat mereka pertama kali bertemu dahulu.

----

"Arghh, apa awak dah buat ni?" Eizriena menjerit kemarahan.

"Maaf cik. Tuan saya tak sengaja." Kim meminta maaf bagi pihak Rayyan.

"Hey you senyap. I nak dengar maaf daripada mulut kawan you ni." Eizriena menunding jarinya kepada Rayyan.

Rayyan tersenyum sinis. Dia memberi isyarat supaya Kim tidak melawan. Rayyan mengeluarkan beberapa keping not duit RM100 dan meletakkannya di hadapan Eizriena.

"Cukup ke nak ganti baju you tu? Kalau tak cukup I boleh tambah." Rayyan berkata dengan sombong.

"That's it. I just need you to say sorry. I don't need your money." Eizriena menjerit kemarahan.

"Just consider this money as my act of appologize to you." Kata-kata Rayyan membuatkan Eizriena semakin marah.

"You know what? Buang masa I cakap dengan manusia macam you. Save your money. I don't need it." Eizriena melempar kembali duit itu kepada Rayyan.

Rayyan tergamam. Itu kali pertama dia lihat duit tidak boleh menyelesaikan masalah.

"Kim." Rayyan memanggil Kim.

"Ya tuan."

"Cari tahu tentang perempuan tu. Siapa dia dan apa dia buat."

"Baik tuan."

Seketika kemudian, maklumat awal sampai kepada Rayyan.

"Nama penuh dia Eizriena Aiyura. 19 tahun dan merupakan pelajar jurusan undang-undang. Dia datang bercuti dengan 3 orang kawan baiknya dan dia belum ada teman lelaki."

"Menarik. Kim, teruskan cari maklumat tentang perempuan tu."

"Baik tuan."

----

Kini, dia tergila-gilakan Eizriena. Dia ingin perhatian Eizriena sepenuhnya pada dirinya. Sedang dia 'mabuk' cinta, Eizriena menyedarkan lamunannya.

"Rayyan, saya lapar." Eizriena memuncungkan mulutnya.

Rayyan terkejut. Itu pertama kali dia melihat sisi lain Eizriena. Comel! Dia sepertinya ingin menjerit.

"Jom kita pergi makan. Awak nak makan apa?" Soal Rayyan dengan mukanya yang kemerahan.

"Tomyam."

"Are you sure? Awak tak boleh makan pedas kan. Ingat sikit."

"But I want to eat tomyam." Sekali lagi, Rayyan kalah dengan pujukan Eizriena.

"Tomyam we go." Rayyan sudahpun hanyut di dalam lautan cintanya.

Mereka menikmati tomyam di tepi pantai. Sedap dan pedas. Itu reaksi yang mampu diberikan oleh Eizriena kepada Rayyan. Setelah selesai makan, Eizriena sepertinya sudah tidak mampu berjalan kerana terlalu pedas. Dia berjalan sambil bersandar pada Rayyan.

"Pedas. Pedas." Eizriena tak habis mengadu.

"Do you want some ice cream?" Soal Rayyan lagi.

"No. I need to cut on sugar."

"Are you sure?"

"Hmm." Eizriena nekad.

Rayyan tersenyum. Terima kasih tomyam. Sebabkan pedasnya tomyam, Eizriena kini lebih rapat dengan Rayyan.

"Larat ke tak nak tengok concert Jujugan malam ni?" Soal Rayyan lagi.

"Mestilah larat. We must go. I need to see Jujugan with my eyes." Eizriena kelihatan teruja dan hilang terus rasa pedas yang dirasainya tadi.

Rayyan mengulas manja kepala Eizriena. Mereka kemudiannya berjalan perlahan menuju ke resort semula.

----

Aidan tidak senang duduk. Dia cuba menelefon anak buahnya daripada pagi namun panggilan tidak dapat disambungkan.

"Apa yang aku nak risaukan sangat? Biarlah dia. Aishh. Apa kena dengan aku ni?" Aidan merengek seorang diri.

"Kenapa Aidan? Nampak risau." Soal Tuan Ismail yang datang dari ruang tamu.

"Ohh, tak ada apa-apalah papa. Aidan cuba call Rien tapi dia tak jawab." Balasnya ringkas.

"Rien kalau dia bercuti dia memang tak peduli sapa-sapa dah. Cubalah lagi dua tiga hari. Papa dengar dia pergi Thailand." Terkejut Aidan mendengar kata-kata Tuan Ismail.

"Thailand? Alone?"

"Tak. Kak Hanisah cakap dia pergi dengan kawan-kawan sekolah rendah. Entahlah. Papa pun tak tahu. Tak apa jangan risau. Dia tahu nak jaga diri. Dia dah 21 tahun." Tuan Ismail menepuk lembut bahu Rayyan.

"Hmm." Perlahan Rayyan hanya mengaiakan jawapan Tuan Ismail.

'Betul cakap papa. Biarlah dia. Yang aku risau kenapa?'

----

Eizriena duduk kepenatan. Konsert Jujugan sebentar tadi sangat menarik. Dia bahkan dapat bergambar dengan mereka. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin akan dia lupakan.

"Thank you Rayyan. You really made my day." Eizriena tersenyum manis.

"Aik, terima kasih je."

"Yelah. What do you accept from me?"

Rayyan perlahan-lahan mendekati Eizriena. Mereka semakin dekat. Sepertinya Rayyan ingin mencium Eizriena namun, Eizriena segera sedar dan menolak lembut Rayyan.

"No Rayyan. Not the right time yet. Goodnight." Eizirena berlalu pergi ke biliknya.

"Gosh Rayyan Aciel. Apa yang kau fikir? Sabar. Tunggu Rien, aku akan halalkan kau dan waktu tu, tak ada perkara yang membataskan kita." Rayyan menggengam tangannya kuat.

Sementara itu, Eizriena yang sudah berada di biliknya masih lagi terkejut. Andai sahaja dia tidak cepat sedar tadi, mungkin sebuah ciuman mampu menjurus ke arah yang lebih teruk.

"Rayyan, I like you too. But, I'm too afraid." Eizriena terbaring di atas katilnya.

----

Eizriena dan Rayyan menghabiskan sisa cuti mereka yang masih berbaki. Seronok kerana dapat menghabiskan masa dengan orang tersayang.

"Sayang, you nak beli apa-apa lagi ke? Or you nak makan anything?" Soal Rayyan.

"I tak tahu. Lepas tengok Jujugan semalam, I rasa macam I dah tak ada apa nak buat. I ikut you lah. Anywhere you go." Eizriena tersenyum lagi.

"Then, jom kita pergi light up tanglung nak?"

"Uwah, nak nak." Eizriena mengangguk laju.

Menjelang waktu malam, ditemani cahaya mentari yang semakin menghilang, Rayyan dan Eizriena menerbangkan tanglung bersama impian mereka yang tertulis di situ.

'Semoga Rayyan dan Eizriena berjodoh sehingga ke akhirnya.'

Tanglung itu diterbangkan dan mereka berdua tersenyum gembira. Seketika mereka berdua bergerak meninggalkan kawasan itu dengan harapan impian mereka berdua yang terbang bersama.