Di satu tempat yang berbeza, terdapat sebuah rumah sebesar istana. Di sebuah lorong terlihat seorang lelaki yang dengan rambut berwarna perang sedang berjalan dengan gaya selamba. Sekali-sekala dia menyanyi-nyanyi kecil.
Pekerja-pekerja yang berada melihat lelaki berambut perang itu melintasi mereka, akan menunduk dan memberi salam hormat.
Si lelaki berambut perang atau dikenali sebagai Cassian itu hanya membalas sapaan mereka dengan sebuah anggukan dan senyuman lebar di bibirnya.
Dan setiap kali dia melemparkan senyuman, pasti para pekerja perempuan yang dibalas sapaannya akan terpesona. Ada yang ingin pengsan di sana setelah melihat senyuman Cassian.
Cassian sudah terbiasa dengan hal tersebut kerana sejak kecil dia sudah terdedah dengan situasi seperti ini. Mungkin pada pertama kali, Cassian akan terkejut tapi sekarang tidak lagi.
Alasan mengapa setiap pekerja perempuan itu terpesona dengan senyuman Cassian adalah kerana dia memiliki raut wajah yang tampan dan senyuman yang mempesona. Apatah lagi statusnya sebagai seorang Putera Raja di kerajaan ini membuatkan semua orang mengaguminya.
Lalu dia terus berjalan sehinggalah dia tiba di sebuah kawasan latihan yang dibina tidak jauh dari kawasan rumah istana tadi. Kawasan latihan itu terletak di belakang rumah istana tersebut dan dikelilingi dengan hutan-hutan kecil.
Ketika Cassian melintasi kawasan latihan, dia melihat seorang dari rakannya sedang berlatih dengan menggunakan elemen Air. Rakannya yang berambut biru tua itu dikenali sebagai Desmond dan memiliki otot lengan yang menonjol.
Kerana Desmondn hanya memakai pakaian yang tidak mempunyai lengan baju jadi, setiap kali dia bergerak, ototnya juga ikut bergerak. Jika ada kumpulan perempuan yang berada di kawasan ini, tentu mereka sudah pun berteriak kerana teruja.
"Hei Desmond!" Cassian menyapa Desmond.
Lelaki berambut biru tua itu menoleh ke arah Cassian. Diangkatnya tangan kanannya ke atas untuk membalas sapaan Cassian. Walaupun dia tidak bersuara, Cassian sudah berpuas hati dengan balasan dari Desmond tadi.
Setelah itu, Cassian menuju pula ke arah sebuah pondok terbuka. Kawasan tempat duduk itu dibina dengan membentuk sebuah cincin dan terdapat meja bulat di tengah-tengahnya. Di atas meja kecil tersebut, dihidangkan makanan ringan seperti biskut manis, buah-buahan dan juga minuman yang beralkohol.
Di sana terdapat beberapa orang lelaki sedang berkumpul dan berehat. Saat mereka melihat rakan mereka sudah tiba di sana, mereka segera menyapanya. Walaupun Cassian ialah seorang Putera Raja, namun dia tidak disapa secara rasmi oleh rakan-rakannya. Ini kerana Cassian yang tidak mahu mereka menyapanya dengan cara rasmi.
Hanya seorang saja yang tidak menyapa. Dia dikenali sebagai Roan dengan rambutnya yang berwarna mahogany. Wajahnya terlihat kosong dan dingin, seolah-olah dia ini seorang robot yang tidak memiliki perasaan.
Namun si lelaki berambut perang tadi tidak tersinggung pun jika rakannya yang satu ini tidak menyapanya. Kerana memang Roan bersifat seperti itu sejak dahulu lagi.
"Cassian, awak dari mana sahaja? Kenapa sekarang baru sampai?" tanya Zion. Selain Roan, Zion juga memiliki rambut yang sama dengannya kerana mereka berdua adik-beradik. Zion hanya muda setahun dari Roan.
Namun berbeza dengan Roan, Zion tidak memiliki sifat yang dingin dan tidak peduli dengan sekeliling seperti Roan. Zion seorang yang ceria seperti seorang kanak-kanak riang.
Lelaki yang duduk di sebelah Zion ialah Arzhel. Walaupun rakan-rakannya memiliki rambut yang berbeza warna, hanya Arzhel sahaja yang memiliki rambut yang berwarna hitam. Tapi yang membezakan dia dan rakan-rakannya ialah Arzhel memiliki tahi lalat di bawah mata kirinya dan mempunyai sifat badboy.
Cassian duduk di kerusi yang berhampiran dan segera mencapai gelas yang sudah berisikan minuman alkohol. Meskipun minuman itu beralkohol namun kekuatan alkohol itu tidaklah kuat sangat sehingga memabukkan mereka. Mereka boleh minum minuman tersebut dalam berpuluh-puluh botol tanpa rasa mabuk pun.
"Saya baru kembali dari Akademi dan nampak sesuatu yang menarik."
Zion yang sedang membaringkan badannya ke bantal pada kerusinya segera bangkit. Dengan wajah teruja dia memandang ke arah Cassian. "Spill the tea."
Pada masa yang sama, Desmond juga muncul di sana. Dia mencapai tualanya yang diletakkan di tepi meja. Walaupun dia hanya diam, namun matanya sudah pun memandang ke arah Cassian.
"Apa? Kau jumpa mangsa untuk aku rasa lagi ke?" Ujar Arzhel sambil melontarkan sebiji buah anggur ke dalam mulutnya.
Cassian memandang Arzhel dengan wajah kesal. Begitu juga dengan Zion. "Arzhel, berhenti bercakap seperti, tak boleh ke? Perempuan bukan barang mainan awak..."
Arzhel sekadar menjungkitkan bahunya. Dia memang terkenal dengan perangainya yang suka mempermainkan perasaan wanita dan meluangkan masa bersama mereka hanya kerana suka-suka.
Sikapnya yang seperti itu sering bertentangan dengan Desmond memandangkan Desmond sangat menghormati wanita. Mereka sering bergaduh kerana wanita namun Arzhel tidak pernah mengubah perangainya.
Cassian yang harus menjadi orang tengah dan meleraikan mereka jika mereka sudah mula bergaduh.
"Apa yang awak jumpa? Ceritalah cepat. Saya nak dengar..." Zion melompat-lompat di atas kerusinya yang berbantal kerana tidak sabar hendak mengetahui siapakah orang yang dimaksudkan oleh Cassian.
Cassian memandang setiap wajah rakan-rakannya. Lalu dengan wajah bangga dia berkata, "Ada seorang pelajar di Akademi Percivus mempunyai kekuatan Healing. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana dia menyembuhkan sebuah pokok bunga yang hampir mati..."
BANG!
Gelas yang dipegang oleh Roan terjatuh ke atas lantai. Ini membuatkan semua orang yang berada di sana memandang ke arahnya. Suasana menjadi hening saat itu kerana masing-masing tidak tahu hendak berkata apa.
Menyedari semua mata rakannya menatap ke arahnya, Roan hanya mampu berdehem kecil sambil memandang ke arah lain. Dia hanya dia tanpa mengatakan apa-apa lagi.
Zion mengambil gelas yang terjatuh dari tangan abangnya tadi. "Brother, do you want another drink?" Nasib baiklah gelas itu diperbuat daripada besi, jika tidak sudah lama pecah.
Roan menggelengkan kepalanya dan terus diam.
"Seorang pelajar dari Akademi kita memiliki kuasa Healing? Siapa orangnya? Adakah itu ialah Kimberly Demika? Atau Greta Tinnely? Hanya mereka berdua sahaja yang aku tahu menguasai Elemen Air dan punya potensi untuk mendapatkan kuasa Healing," kata Arzhel sambil mencadangkan beberapa nama yang terlintas di fikirannnya.
Cassian tersenyum dengan nama yang dicadangkan oleh Arzhel. Ini kerana nama-nama yang dicadangkan oleh Arzhel itu semuanya salah.
Cassian menyilangkan kedua tangannya ke dada sambil kepala digeleng-gelengkan beberapa kali.
Semua orang menjadi hairan melihat reaksi Cassian. Mereka tidak menyangka jika bukan Kimberly atau Greta yang mempunyai kuasa Healing tersebut. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang terkuat diantara pengguna Elemen Air, mustahil jika ada orang lain yang memiliki kuasa tersebut.
"Bukan dari Akademi kita? Jadi siapa?" akhirnya Desmond yang hanya mendengar dari tadi menyuarakan persoalannya.
Zion sudah pun menerpa ke arah Cassian dengan wajah ingin tahu. "Siapa orangnya?!"
Cassian menolak wajah Zion yang sangat hampir dengan wajahnya. Kalau ya pun nak jawapan, janganlah dekat sangat! "Awak tu sudah jadi pekak ke nak dekat-dekat sini cuma nak dengar? tak bolehkah kalau awak cuma duduk di tempat awak duduk saja?"
Zion hanya tersengih dengan teguran dari Cassian itu. Lalu dia kembali ke tempat dia duduk semula.
"Jadi, beritahulah kami siapakah orang itu..." ujar Arzhel dengan wajah tidak puas hati. Dia ingin tahu siapakah pengguna Elemen Air yang berjaya mendapatkan kuasa Healing tersebut.
"Saya pun tidak kenal..."
Jawapan dari Cassian itu sekali lagi mengundang suasana sunyi diantara mereka.
Tambahan lagi, Roan yang sedari tadi buat tidak peduli, kini memandang Cassian dengan sebelah keningnya diangkat ke atas.
Arzhel menghembuskan satu nafas berat. Dengan santai dia berdiri sambil meregang-regangkan ototnya. Langkah demi langkah diaturnya ke arah Cassian. Sebaik sahaja Arzhel tiba di dekat Cassian, Arzhel segera mengunci leher rakannya itu dengan otot lengannya yang sasa.
Yang lain hanya memandang Cassian yang 'dicekik' oleh Arzhel.
Cassian kehilangan nafasnya kerana tindakan Arzhel. Wajahnya menjadi merah dan nafasnya tersekat-sekat. Cassian memukul tangan Arzhel beberapa kali sebagai tanda meminta Arzhel untuk melepaskan lehernya.
"Arzhel, lepas! Lepaskan saya!!"
Zion yang melihat situasi itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Kau cakap benda yang betul sikit, boleh tak! Kau ingat kami nak percaya jawapan kau tu!"
"Betullah saya tak tahu siapa perempuan tu! Saya tidak pernah nampak dia di bangunan kelas kita. Saya rasa dia dari kelas lain..."
"Maksud awak? Dia bukan pelajar dari Kelas S?" tanya Desmond pula.
"Arzhel, lepaskan Cassian..." Suara Roan yang dingin itu bergema sedikit.
Arzhel akhirnya melepaskan Cassian setelah ditegur oleh Roan. Dia kembali ke tempat duduknya tapi matanya masih merenung Cassian dengan pandangan tidak puas hati.
Setelah dilepaskan oleh Arzhel, barulah Cassian merasa sedikit selesa di bahagian lehernya. Hampir pengsan dia tadi kerana tidak mendapat cukup oksigen. "Awak tak perlulah marah sehingga begitu sekali. Memang betul saya tidak kenal perempuan tu. Saya kenal dengan semua perempuan yang ada di kelas S tapi perempuan yang saya nampak tu tidak tersenarai dalam kelas kita pun..."
"Maksudnya, dia jadi pelajar baru di Kelas S nanti ke?" tanya Zion pula.
"Aku tidak dengar akan ada seorang pelajar nak pindah ke Kelas S. Saya rasa dia bukan pelajar baru," balas Arzhel pula.
"Siapa tahu dia memang pelajar baru," bidas Zion lagi.
"Awak sudah dapat maklumat lebih pasal perempuan itu?" Giliran Roan pula bertanya.
Soalan itu dibalas oleh Cassian dengan sebuah gelengan kecil. Terdengar bunyi Zion mengeluh dengan kepalanya ditundukakkan ke lantai.
"Jangan risau, Zion... Jika Cassian melihat dia di kawasan bangunan Kelas S, bermakna perempuan itu adalah salah satu dari pelajar di Akademi kita. Kita hanya perlu mencari dia di mana saja," Desmond memujuk Zion yang terlihat sedih itu.
"Kita hanya perlu cari semua perempuan yang ada di kelas Elemen Air. Saya masih ingat dengan wajahnya jadi senang saya untuk mengenalinya jika kami bertemu lain kali."
"Baiklah, Cassian. Kita harus cari dia dengan segera. Tidak lama lagi, Bulan Merah akan terjadi," Roan berkata. Lalu dia memegang dadanya dalam masa beberapa minit. Walaupun, Roan tidak mahu memperlihatkan perbuatannya itu, tapi semua orang tahu apakah yang dimaksudkan oleh Roan di sebalik perkataan 'Bulan Merah' itu.
"Jangan risau, abang. Kami pasti akan menjaga abang dan tidak membiarkan apa-apa yang terjadi kepada awak," Zion memegang bahu Roan dengan erat. Wajahnya terlihat penuh dengan simpati dan perasaan sedih.
Roan tidak memberi reaksi apa-apa. Lalu dia pun berdiri dan meninggalkan pondok tersebut tanpa mengatakan apa-apa. Yang lain hanya memandang Roan pergi.
Zion memandang ke arah Cassian lagi. Kali ini wajahnya sudah bertukar menjadi serius. "Cassian, kita harus mendapatkan pertolongan dari perempuan Healer itu. Hanya dia satu-satunya yang boleh membantu menyembuhkan abang saya..."
Tiada lagi sifat keanak-anakan yang terlihat pada sikap Zion saat ini.
"Awak yakin perempuan tu boleh sembuhkan abang awak? Bagaimana kalau dia sendiri tidak dapat menyembuhkan abang awak? Untuk menyembuhkan Roan, seorang Healer harus belajar satu mantera kuno yang sangat susah untuk dikuasai," kata Cassian pula.
"Saya akan lakukan apa sahaja jika itu mampu membantu abang saya meringankan rasa sakitnya. Abang saya sudah menderita selama bertahun-tahun... Saya tidak mahu melihat dia bertukar menjadi naga setiap kali Bulan Merah muncul..."
Cassian menghembuskan nafas berat. Dia memahami maksud Zion. "Baiklah, saya berjanji akan menolong awak dan abang awak. Roan juga sahabat saya selama bertahun-tahun. Saya juga ingin mengurangkan rasa penderitaannya selama ini."
Arzhel dan Desmond hanya mendengar dan memandang interaksi diantara mereka berdua. Mereka tidak mahu mencelah apa-apa kerana mereka juga memahami masalah yang dihadapi oleh dua orang adik-beradik ini.
Apakah rahsia yang disimpan Roan dan adiknya?
Rahsia ini akan diceritakan di episod lain. Stay tune, everyone!