Rupanya Andros bukannya nama lokasi. Itu sebenarnya nama Dewa Labah-labah. Mengikut lagenda, nenek moyang Orang Labah-labah ini telah lama mengikuti Dewa Cahaya dari zaman purba lagi. Memandangkan salah satu nenek moyang mereka dapat berkhidmat dengan sangat bagus kepada Dewa Cahaya, ia telah dianugerahkan sebahagian Kesucian Para Dewa.
Apabila perang besar antara para dewa berakhir, para dewa telah kecundang satu demi satu. Andros telah bersembunyi di Kerajaan Labah-labah dan hidup dengan senyap sejak itu. Sudah tentu lokasi ini tidak dinamakan Kerajaan Labah-labah semasa ia mula-mula tiba di sini. Apapun, 'Abang' labah-labah ini tidak tahan bersendirian lama-lama. Jadi, ia pun 'menembak' 'pancutan' kepada beberapa labah-labah perempuan.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com