webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Jogos
Classificações insuficientes
856 Chs

Setelah Zhang Yang selesai makan malam dan merehatkan minda seketika, dia log masuk semula. 

"Hei, pahlawan busuk, kau di mana itu?" suara merdu Han Ying Xue terngiang-ngiang di telinganya.

"Aku sedang masuk tingkat tujuh! Macam mana keadaan di atas?" Zhang Yang bertanya dengan bersahaja.

"Keadaan terkawal! Kami sedang tewaskan semua raksasa di tingkat satu dan hampir selesai. Kami akan masuk tingkat dua dalam masa 10 minit lagi!" Han Ying Xue berkata dengan lembut seolah-olah dia tidak dapat menerima kenyataan sekiranya dia gagal memujuk sesiapa dengan gayanya yang lembut dan menawan.

"Oh, ya…" Han Ying Xue terdiam sejenak dan berkata, "Pawang Langit dan Pencari Salji asyik tanya di mana kau berada!"