Selepas mengutip hasil rampasan, bangkai Rogaili menghilang tanpa dikesan. Mereka berlima pulang ke tempat di mana mereka mula-mula bertembung dengan bos dan meneruskan perjalanan ke tingkat empat Teluk Harta Karun.
"Adik Yang! Biar aku beritahu kau satu berita yang baik!" Sejurus selepas Zhang Yang dan para perempuan memijakkan kaki ke dalam laluan, Zhang Yang menerima satu mesej suara daripada Han Gemuk.
"Ada apa?" Zhang Yang tidak berminat sangat untuk tahu kenapa, kerana dia sangat mengenali Han Gemuk untuk tahu berita 'baik'nya sama ada khabar angin yang tidak berasas atau gosip kosong. Beritanya tidak membantu.
Han Gemuk ketawa dan cuba untuk menyampaikan ceritanya dengan dramatik, tetapi dia sentiasa menjadi seorang yang selalu 'bercakap besar'! Jadi, dia mula berkata selepas seketika, "Hayunan Sebilah Pedang dan Liu Wei telah berpaling antara satu sama lain!"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com