Aisyah meregang-regangkan otot dan sendi-sendinya selepas selesai mengemaskan di ruang tamu. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan menjawab panggilan itu.
"Hello, doktor?! Ada apa?" jawab Aisyah bersahaja.
"Hello, Aisyah. Pergi kat meja aku, ada nampak fail yang tulis sulit, tak, kat situ?" arah Haris saat berdiri dengan gelisah di sisi mejanya dalam pejabatnya itu.
"Kejap," ujar Aisyah lembut sambil berjalan ke meja kerja Haris seperti yang diarahkan.
"Ah, ada!" balas Aisyah lagi sebaik melihat fail yang dimaksudkan oleh Haris.
"Tolong hantarkan fail tu ke hospital sekarang, boleh?" pinta Haris sopan.
"O~~~. Okey," jawab Aisyah akur.
"Cepat-cepat kau hantar. Urgent ni," gesa Haris lagi.
"Okey, sabarlah!" omel Aisyah yang gemas dengan gesaan Haris itu.
"CEPAT! Kau lambat, aku potong bonus kau." Haris mengugut Aisyah namun ia hanya sekadar usikan Haris yang suka mendengar sungutan comel Aisyah itu.
"YA! YA!" comel Aisyah yang akur dan termakan akan usikan Haris itu.
"Sabar!" rayu Aisyah.
Haris memutuskan talian panggilan mereka itu. Sambil menantikan Aisyah, Haris terimbau kejadian sebentar tadi.
"Dr. Haris, direktor tanya bila surat rasmi tentang kolabrasi research dan borang permohonan untuk akses arkib hospital akan diberikan kepada beliau? Sebab lagi cepat doktor hantar, lagi cepat direktor luluskan." Linna menyampaikan pesanan yang ditinggalkan dari seorang orang atasan kepada Haris ketika berselisih dengannya di koridor ketika Haris dalam perjalanan ke pejabatnya.
"Oh, surat tu dah ada. Kejap lagi saya hantar kepada dia," beritahu Haris bersahaja.
"Ok, doktor." Linna meminta diri meneruskan kerjanya selepas selesai memberitahu mengenai perkara itu.
Dr. Haris masuk ke pejabatnya dan mencapai fail dari beg sandangnya. Kemudian, dia mengeluarkan isi kandungan fail itu untuk memeriksa surat dan borang itu untuk terakhir kali. Dia tidak menduga dokumen dalam fail itu bukanlah surat dan borang yang sepatutnya berada di dalam fail itu sebaliknya hanya terdapat kontrak kerja Aisyah dan dokumen berkaitan Aisyah.
Dia menyedari dia telah memasukkan fail yang salah ke dalam begnya. Dia ingin segera menyelesaikan urusan itu secepat mungkin dan disebabkan itu dia segera menghubungi Aisyah untuk menghantarkan dokumen kepadanya.
Aisyah tiba di pejabat dan tercungap-cungap mendapatkan nafas.
"Nah!" ujar Aisyah sambil menghulurkan fail itu.
Haris segera mencapai fail itu dan langsung memeriksa dokumen di dalamnya. Selepas memastikan ia adalah dokumen yang betul, dia pantas berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Dia hilang dari pandangan Aisyah sepantas kilat ketika Aisyah masih terpinga-pinga mendapatkan nafasnya.
Aisyah kebengangan. Dia mendapatkan duduknya di kerusi dan cuba mendapatkan nafasnya dan bertenang. Sedang Aisyah berehat, selepas seketika Haris muncul semula sambil berkata, "Thanks."
"Huh?" Aisyah terpinga saat Haris tiba-tiba mengucapkan terima kasih terhadapnya dan tersenyum padanya.
"Sorry. Tadi tu aku too focus. Thanks sebab kau cepat hantarkannya," jelas Haris yang tidak bermaksud untuk berkelakuan sedemikian kepada Aisyah.
"O! It's fine," ujar Aisyah yang cuba memahami.
"AH~~~!" Aisyah tiba-tiba mengadu kesakitan dan tangannya memeluk perutnya. Wajahnya berkerut menahan kesakitan.
"Kenapa?" tanya Haris yang kaget melihat reaksi Aisyah yang tiba-tiba mengerang kesakitan itu.
"Ah~, that's red moon is coming! AH~~~!" omel Aisyah yang masih menahan kesakitan itu serta ketidakselesaan akannya.
"Huh??" Haris terpinga-pinga.
` "Doktor, can help me get it? It's an emergency," ujar Aisyah tersenyum segan sambil berlari ke tandas wanita.
"It? What's it?" tanya Haris kebingungan.
"Did she means that?" omel Haris yang mula menangkap perkara yang dimaksudkan oleh Aisyah itu.
Tiba-tiba, dia mendapat mesej di aplikasi telefon pintarnya. Dia melihat pesanan serta gambar yang disertakan sekali, "In case, doktor tak tahu, ini rupanya plastiknya."
"Doktor, please help me." Bait mesej yang seterusnya muncul.
Secara terpaksanya, Haris ke kedai serbaneka di bangunan sebelah. Walau dia keseganan, dia mendapatkannya jua demi Aisyah. Dia berdiri di hadapan tandas. Kemudian, lalu seorang jururawat dan dia meminta jururawat wanita itu untuk memberikan beg plastik yang berisi tuala wanita itu kepada Aisyah yang berada di dalam tandas wanita.
"Puan Aisyah? Puan Aisyah?" panggil jururawat itu sebaik berada di hadapan deretan tandas.
"Puan dia panggil aku? Aku kahwinpun belum," sungut Aisyah dalam hati.
"Husband puan minta saya pass kan plastik ni kepada puan. Puan kat mana?" ujar jururawat itu dengan polos kerana seruannya tidak bersahut.
"Yang kedua dari kiri awak," sahut Aisyah bersahaja.
Aisyah menjenguk di pintu tandasnya dan menerima beg plastik serta mengucapkan penghargaan, "Terima kasih."
"Ya, sama-sama," balas gerangan jururawat itu dan berlalu pergi.
Haris menanti dengan setia berdekatan dengan tandas itu dan kemudian Aisyah keluar dari tandas itu dengan segan silu kerana situasi itu terlalu memalukan baginya.
"Kau okey, ke?" soal Haris sambil menghulurkan sepapan ubat senggugut dan air mineral kepada Aisyah yang dibelinya sekali semasa di kedai serbaneka tadi.
"Thanks," ucap Aisyah lembut sambil menerimanya. Dia menelan sebiji pil ubat senggugut itu dan meneguknya dengan air mineral.
"So, sekarang ni kita pergi makan. After that, aku hantar kau balik. Hari ni, half day je." Haris berkata selamba.
"O~~, okey." Aisyah hanya mengiyakannya.
"Esok kalau tak larat, tak payah datang kerja. Aku bagi cuti," ujar Haris lagi dengan lembut sambil menatapi wajah Aisyah.
"O~, okey." Aisyah akur dengan arahan Haris itu.
Mereka pergi makan tengah hari bersama-sama dan kemudian Haris menghantar Aisyah pulang ke rumahnya. Haris terkejut saat melihat rumah Aisyah yang merupakan banglo mewah namun dia tidak mahu berkelakuan tidak sopan dengan lantang mempersoalkannya walau dia panasaran. Dia hanya mampu berdiam dan tidak berkata apapun tentang persoalan yang sedang bermain di fikirannya.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, Aisyah berlalu masuk ke dalam rumahnya melalui pagar kecil di sisi pagar utama. Dia melambaikan tangannya dan Haris turut menyambut lambaian, kemudian keretanya beransur pergi meninggalkan rumah itu.
"Dia anak orang kaya, ke?" soal Haris sambil memandu keretanya kembali ke hospital
"Takkanlah?!" Haris menyangkal persoalannya itu.
"Maybe, her parents works at there. Maybe, maybe." Haris cuba mengandaikan sesuatu baik dan masuk akal baginya.
Sementara, Aisyah segera melemparkan badannya ke atas katil sebaik masuk ke dalam biliknya. Dia menyelimutkan tubuhnya dan mendapatkan rehatnya. Seluruh tubuhnya terasa lemah. Bahagian bawah perutnya dan tulang belakang terasa amat gering akibat senggugut itu.
Namun, dia tersenyum saat terkenang akan perbuatan baik Haris terhadapnya sepanjang tengah hari itu. Dia tidak menyangka Haris yang selalu mengarah dan banyak songeh itu mempunyai sisi yang lain yang baik serta santun. Dia cuba lena untuk mengurangkan kesakitan itu.