webnovel

Dalam 1,000 tahun sejarah Tang, empayar tersebut telah diberkati dengan kemakmuran yang kemegahan yang tidak terhingga. Akan tetapi, hari ini merupakan hari di mana wanita itu bakal menyaksikan kejatuhan empayar agung itu ke dalam jurang kemusnahan.

Cahaya mentari menyinari wajah pucat Chu Qiao semasa dia mengambil nafas panjang dan menutup matanya bersahaja sementara wajah bermata sepet bak musang itu menghiasi fikirannya sekali lagi.

Saya dah cuba sebaik mungkin, Li Ce.

Bukan semua yang awak lakukan dalam kehidupan ini baik-baik belaka, tapi awak tak mempunyai apa-apa pilihan dulu.

Selamat tinggal, Zhuge Yue.

Tubuh-tubuh pihak musuh yang tidak terhitung ramainya segera memanjat ke atas tangga tali yang telah disediakan terlebih dahulu bagaikan sekumpulan belalang. Chu Qiao pantas menghunus pedangnya sebelum menyerbu ke arah mereka.

"Lindungi Cik Puan!" Para askar Xiuli segera meluru ke hadapan untuk melindungi Chu Qiao.

Pasukan Tentera Xiuli yang sedang berperisai hitam lengkap itu telah bersiap sedia dalam formasi serangan mereka sebelum terus meluru ke arah pihak musuh dengan beraninya. Selapisan kabus berwarna merah mewarnai tanah, memancarkan cahayanya pada wajah para askar semasa matahari mula terbenam dan malam mula menjemput langit. Darah mula meresap ke dalam tanah manakala bunyi peperangan masih kuat bergaung di sekitar kawasan dengan badan-badan manusia tertimpa sesama sendiri sementara cuba membunuh pihak lawan.

Pasukan berkuda berperisai lengkap itu merebak ke seluruh bandar, telapuk kaki kuda mereka menggegarkan bumi. Mata setiap orang askar dalam pasukan yang sungguh dahsyat ini kemerahan. Pada masa lalu di Bandar Beishou, mereka telah mempertahankan kota daripada serangan Pasukan Tentera Xia yang berjumlah lebih banyak daripada ahli tentera mereka. Sewaktu pertempuran di Sempayan Longyin, mereka telah berganding bahu dan berjaya menentang pasukan berkuda berperisai lengkap milik Zhao Yang.

"Bunuh!" Perintah yang bergemuruh itu berjaya menenggelamkan segala jenis bunyi lain, lalu para tentera pun mula mengangkat senjata mereka. Mereka segera menyerang pihak musuh bagaikan tsunami yang menghentam badai, menghancurkan segala jenis makhluk yang terdampar di hadapannya. Tanah bandar itu tidak lama kemudian diliputi dengan senjata logam sementara pedang pula berterbangan di serata tempat bagaikan kabus yang meliputi seluruh pemandangan. Cebisan darah dan daging manusia terpelanting ke seluruh lapisan bumi. Tubuh para pahlawan muda yang sedang berlawan itu merebah seorang demi seorang. Perisai-perisai yang menghalang badan pula dilenyak-lenyakkan dek sekumpulan kuda yang menderap laju.

Sinaran matahari senja yang kemerahan menerangi seluruh bandar sewaktu pasukan tentera melepaskan panahan bertubi-tubi, membuatkan pasukan tentera hadapan musuh semuanya ditembak mati sebelum mereka mampu melaungkan sorakan peperangan mereka pun. Bunyi rintihan kuda-kuda yang tercedera lantas memenuhi ruangan udara sementara askar-askar yang kepanikan memijak satu sama lain. Tetapi, tiada seorang pun di antara mereka yang mampu terhalang daripada terkena tikaman berbagai-bagai jenis senjata seperti anak panah, pedang, atau lembing. Dewa maut sudah tiba untuk menjemput seorang demi seorang pahlawan sementara darah mereka melumuri pedang pihak musuh. Para askar yang sedang berada dalam pertempuran itu kini hanya mempunyai satu prinsip sahaja, iaitu untuk membunuh seberapa ramai yang mereka mampu. Membunuh seorang musuh itu sudah dianggap sebagai pembalasan dendam, manakala membunuh dua orang itu dikira sebagai bonus.

Pengalaman itu sememangnya seperti sebuah mimpi ngeri. Namun, dalam mimpi ngeri ini, tiada siapa yang mampu bangun.

Walaupun pintu gerbang bandar telah dipecah masuk, namun pihak musuh tidak menyerbu seperti yang dijangkakan. Sebuah pertempuran ganas dan tidak berperikemanusiaan telah tercetus di hadapan pintu gerbang bandar, mengakibatkan terjadinya sebuah dinding yang diperbuat daripada manusia setelah lebih banyak mayat dikumpulkan. Chu Qiao berdiri di tengah-tengah khalayak ramai itu sambil menggenggam erat pedangnya dan perisainya pula kini yang sudah dilumuri darah segar. Dia sedang tercungap-cungap bernafas, namun kawalan pedangnya amatlah menakjubkan.

Semakin lama dia dapat bertahan, semakin lamalah dia boleh melengahkan masa buat He Xiao dan yang lain-lain untuk beredar jauh.

Teriakan membunuh memenuhi sekitar kawasan apabila keheningan malam menjelma dan menyelubungi bumi. Chu Qiao tiba-tiba berasa letih, pergerakannya tidak lagi selincah dulu. Malah, semangat juangnya juga telah terjejas dengan teruk. Walaupun dia sedar yang hari ini akan menjadi hari terakhirnya di muka bumi ini, namun nalurinya sebagai seorang ibu membuak-buak apabila hasrat hatinya kini diselubungi dengan perasaan ingin menyelamatkan kandungan di dalam perutnya.

Seorang askar pihak musuh tiba-tiba ternampak akan kelelahan yang dirasai oleh Chu Qiao, lantas dia pun bersiap-sedia di dalam formasi rusukan untuk menentang wanita itu. Akan tetapi, sebaik sahaja cahaya obor api menyinari wajah dan perisai unik Chu Qiao, askar tersebut serta-merta mengenali wanita itu dan terus berasa terpana. Mulutnya terlopong, seolah-olah dia ingin berlaung meminta pertolongan.

"Ah!" Satu teriakan yang membingitkan tiba-tiba berkumandang di udara sebelum pemuda itu dapat mengelak serangannya pun. Pedang yang berada di dalam genggaman telah dihayun pantas dan kuat sebelum sebuah pemandangan yang dipenuhi dengan warna merah darah menghiasi kawasan. Sesaat selepas itu, satu dentuman yang kuat dapat didengari semasa tubuh pemuda itu rebah di atas tanah dengan bahu kanannya yang hampir terputus sepenuhnya. Tidak lama kemudian, makin bertambahlah angka jumlah mayat untuk disusun menjadi sebuah dinding mayat di pintu gerbang bandar.

Buat seketika, Chu Qiao telah menarik perhatian ramai pihak musuh yang terpana setelah melihat kekejamannya sebentar tadi. Wanita itu menggenggam pedangnya dengan sebelah tangan sementara berdiri tercegat di tengah-tengah medan pertempuran itu, perasaannya telah menguasai diri. Pada saat itu, setiap deruan angin, setiap rintihan yang dibuat oleh para tentera yang tercedera, setiap romokan ketakutan oleh para askar dan kadar putaran bumi juga telah dapat ditangkap dengan telinganya saja.

Bum! Bum! Bum! Kelelahan yang tidak terhingga ini mula menyelubungi dirinya dan merasuk setiap sendi dan tulangnya. Ia telah membuatkan matanya terasa semakin mengecil dan akhirnya tertutup akibat ketenatan ini.

Kini, He Xiao sepatutnya telah berada dalam jarak yang cukup jauh bersama Maharaja Tang untuk bertemu dengan Sun Di, bertujuan untuk menyelamatkan keturunan Li Ce.

'Tiada gunanya kalau kau terus kekal tinggal di sini. Tidurlah, pejamkan mata kau. Apa yang kau lalui ini sudah mencukupi.

Sendi-sendi kakinya terasa lemah sementara mindanya mula berlari-lari. Namun, pada saat itu, pasukan tentera pihak musuh mula berundur bagaikan air laut yang surut. Sebuah siren yang lantang tiba-tiba berkumandang dari tengah-tengah formasi mereka, manakala komander-komander mereka berteriak sekuat hati. Akan tetapi, jarak di antara kedua pihak tentera ini terlalu jauh untuk seorang ahli pasukan mendengar arahan komander pihak yang lain. Obor-obor api telah dinyalakan sebelum ia dilambaikan ke udara, menghantar sebuah mesej.

Huru-hara! Sememangnya huru-hara!

"Jeneral?" Seorang askar yang bingung lantas memandang Chu Qiao dan bertanya.

Chu Qiao berhenti seketika sebelum berpaling dan meluru ke arah menara seolah-olah dia baru tersedar akan sesuatu.

"Jeneral! Kita ada pasukan bantuan yang datang!" Walau dia belum tiba di puncak tembok bandar tersebut, seorang pengutus telah bergegas ke bawah dan melutut di hadapan Chu Qiao. Raut wajahnya telah kemerahan dengan emosi-emosi dahsyat semasa dia berteriak, "Pasukan bantuan dah datang"

Chu Qiao langsung tidak memberi sebarang reaksi semasa dia meluru ke atas tembok kota. Semua orang yang berada di atas tembok kota itu sudah mula berasa bersemangat, masing-masing berpelukan sesama sendiri dan melaungkan sorakan yang gemuruh.

Selapisan senjata berbaris di kaki langit.Tidak lama kemudian, lapisan tersebut merebak lebar dan lebih lebar sehingga menjadi selautan senjata berwarna keperakan yang meliputi permukaan bumi. Pasukan tentera berperisai lengkap itu terus menyerbu medan pertempuran, membawa bersama dewa maut bersama mereka.

"Bunuh mereka!"

"Itu Pasukan Tentera Qinghai!"

Laungan tersebut kedengaran dari merata tempat sehingga tidak tahu dari mana punca suaranya semasa ramai askar berkumpul bersama sambil bersorak ceria. Malah, ada juga yang menangis ketidakpercayaan. Para tentera yang baru sahaja diselamatkan dari cengkaman maut ini segera bersorak riang apabila melihat pasukan tentera yang sedang mara menghampiri mereka. Pasukan Tentera Qinghai telah membalas kembali budi yang telah diberikan tidak lama dahulu, melepaskan amarah mereka dalam laungan peperangan.

"Jeneral! Kita dah diselamatkan! Tang dah diselamatkan!"

Komander Pasukan Tentera Serigala yang telah lencun dek darah itu mara dengan penuh gembira ke arah Chu Qiao sebelum berkata, "Raja Qinghai dah datang membawa pasukan bantuan!"

Namun, Chu Qiao masih berdiam. Wanita tersebut berdiri tegak di bawah cahaya obor yang menerangi sekelilingnya sebelum merendahkan pedangnya ke sisi. Air mata perlahan-lahan mengalir ke pipinya yang lembut.

Sungai Hanshui.

Walaupun mereka berada dalam jarak yang jauh daripada pertempuran kejam yang sedang berlaku di bahagian timur, para askar Yan Bei yang ditugaskan di kawasan Hanshui masih dapat mendengar suara-suara peperangan yang bergema di seluruh permukaan tanah.

Mu Lang bergegas ke sisi Yan Xun yang sedang menunggang kudanya, melaporkan, "Tuanku, kita patut berangkat."

Yan Xun mengangguk dengan acuh tak acuh sementara anggota tubuhnya yang lain masih kekal dalam posisi yang sama. Pemuda itu sedang memerhatikan api yang sedang membara di bahagian timur.

Lelaki itu datang juga.

Namun pada masa yang sama, perasaan tertekan dan terganggu segera menyelubungi dirinya, bergema di seluruh anggota tubuhnya dan mencarik-carikkan hatinya. Mungkin, jauh di sudut jiwa raganya, dia masih berharap yang wanita itu tidak akan terkorban. Tetapi, dia juga berharap yang pemuda itu tidak akan muncul ke sini.

Ia amatlah sukar untuk memilih di antara cinta dan juga empayar. Segala perihal yang mampu dilupakan oleh orang lain, tidak akan dilupakan olehnya.

"Tuanku, semenjak Zhuge Yue pergi, pasukan tentera kita dah lancarkan serangan di Sempadan Yanming. Jeneral Lu baru saja memecah masuk pintu gerbang sempadan."

"Tuanku, Zhao Che sedang memimpin sasi-baki tenteranya ke arah sempadan utara. Jeneral Cheng Yuan dah mengambil alih 18 daerah di bahagian timur laut dan juga sedang memenangi pertempuran di sana."

"Tuanku, hanya pasukan tentera Zhao Yang sahaja yang masih berada di tanah Xia. Kini, mereka sedang mendekati Pergunungan Fangcun."

"Tuanku…"

Tiba-tiba, Yan Xun tidak dapat mendengar sebarang bunyi lagi dari sekelilingnya. Sebaliknya, mindanya telah dikembalikan pada suatu saat bertahun-tahun lalu di mana satu suara lantang bergema di rongga telinganya. Seorang gadis sedang tersenyum riang sebelum mencuit dada seorang pemuda menggunakan jari-jemarinya yang halus dan putih gebu.

"Kau akan buli aku ke?"

Kau akan buli aku ke?

Betul ke?

Dua ekor helang mengelilingi mereka di udara, melepaskan ringkikan nyaring mereka. Dia berpaling namun mindanya sudah merayau ke tempat lain. Mereka yang lain semuanya telah membuat keputusan mereka sementara pemuda itu pula sepatutnya melancarkan serangannya lama dahulu. Lagipun, keputusan terakhir bakal diputuskan olehnya sendiri. Kehidupan ini singkat. Seseorang itu pasti tidak akan mempunyai ruang untuk menggantikan perasaan cinta, ragu-ragu, kecewa mahupun ketidakpastian…

Dalam mindanya, Yan Xun telah mengulangi lagi prinsip keturunanan dan salah-silah keluarganya. Dia terkenangkan bonda dan ayahandanya yang telah dibuang negara dan bagaimana ayahanda dan kakanda-kakandanya telah dibunuh kejam di atas tanah tinggi Yan Bei.

'Dari situ, tanah-tanah Xia bakal menjadi kawasan naungan Yan Bei. Rakyat jelata di sana harus bersumpah setia kepada aku dan tanah itu akan menjadi tanah pegangan aku. Aku akan menjadi pemimpin agung di kawasan-kawasan tersebut. Bagaimanalah seorang wanita boleh dibandingkan dengan pencapaian-pencapaian yang telah aku kecapi? Aku tak akan mempunyai apa-apa kekesalan.' Yan Xun bergegas ke hadapan seluruh pasukan tenteranya sambil diikuti dengan askar-askar dan ribuan askar yang menderap bersamanya bagaikan laut yang bergelora.

Mu Lang hanya mampu berdiri dan memerhatikan sahaja Raja Yan Bei yang sedang menderap pergi. Pada saat itu, jeneral muda itu dapat merasakan kesunyian yang menghurung jiwa dan raga rajanya.

Sorakan bergemuruh bergema di dalam ibu negara Tang.

Chu Qiao sedang berdiri di hadapan pintu gerbang bersama rakyat dan tentera yang tidak terhitung ramainya yang kini sedang berada di belakangnya.

Zhuge Yue yang sedang dipenuhi dengan debu dan sepasang baju yang sudah dilumuri darah itu terus melonjak turun dari kudanya. "Apa yang awak lakukan di sini?"

"Saya nak ambil balik hak saya." Anak mata Chu Qiao bertambah merah kerana dia semakin sukar untuk menampung air matanya daripada berjujuran. Kemudian, wanita itu mengambil selangkah ke hadapan sebelum menumbuk lembut dada bidang milik Zhuge Yue.

"Bodoh."

Zhuge Yue mencapai tangannya sebelum mendakap wanita itu erat di dalam pelukannya. Dia tersenyum sebelum berkata, "Xing'er, ikut saya pulang ke Qinghai."

Chu Qiao meromok di dalam pelukan pemuda itu. Sebaik sahaja dia mendengar kata-kata yang diujarkan Zhuge Yue, air matanya mula berjujuran, membasahi baju pemuda itu setitik demi setitik.

Zhuge Yue menggenggam erat tangan Chu Qiao di bawah sinaran matahari, membuatkan dia terasa hangat sehingga ke tulang sumsumnya. Dengan air mata yang sudah berlinangan, Chu Qiao mengangguk dengan tenaganya yang sedikit itu.

Wanita itu lantas berjengket untuk membisikkan sesuatu dengan lembut namun ceria ke halwa telinga Zhuge Yue.

"Zhuge Yue, saya mengandung."

Tidak beberapa lama berlalu, apa yang patut dihentikan akhirnya berhenti di tanah yang luas ini. Masa depan kini terasa begitu cerah. Walaupun mereka masih berhadapan dengan begitu banyak ketidakpastian, namun mereka masih mempunyai sesama sendiri untuk bergantung harapan.