webnovel

Kisah aku mengenalinya

Mel bertemu dengan jejaka iaitu Sam ketika mereka belajar di Universiti.Pada awalnya Sam merupakan lelaki pendiam.Namun di sebaliknya terdapat 1 tragedi yang menyebabkan dia tidak berkawan dengan mana-mana pun perempuan ,dia hanya berkawan dengan lelaki.Pada 1 saat Mel dan Sam berkawan ,Mel telah membuatkan sikapnya berubah dan tidak lagi menjadi pendiam malah Sam berkawan dengan mana-mana pun orang tidak kira perempuan atau lelaki.Akan tetapi Sarah yang telah lama menyukai Sam telah menghancurkan hubungan mereka berdua.Dapatkah Mel dan Sam bersama semula?Hanya takdir yang dapat menemukan mereka kembali

zur_nie · Adolescente
Classificações insuficientes
20 Chs

Tidak berakhir

Sam berbaring di sofa sambil mengingati kenangannya bersama Lucy.

****

"Temankan aku jumpa Lucy"

"kau kan lelaki mesti berani takkan nak dating pun kau malu jumpa dia tanpa aku?"

"Alahh kau ni tolonglah aku cover dating dengan dia, kalau kami berdua je nanti cikgu displin denda kami berdua"

"Yelah2 jom"

Sam mengajak Amir untuk berjumpa dengan Lucy di pondok sewaktu rehat.

"Hi"

"Hi Sam, duduklah"

Lucy senyum melihat Sam dan Sam membalas senyumannya.

Setelah habis waktu rehat,mereka bertiga masuk ke kelas masing-masing,Sam bukan rakan sekelas dengan Lucy.

Disebabkan itu Sam hanya dapat berjumpa dengan Lucy sewaktu rehat dan ditemani oleh Amir.Sam akan meminta pertolongan daripada Lucy untuk mengajarnya topik2 yang tidak difahami.

Lucy merupakan pelajar terbaik di sekolah dan mengambil aliran sains tulen.Lucy dan Sarah adalah rakan sekelas.Sarah telah lama menyimpan perasaannya terhadap Sam sebelum Lucy.Sarah cemburu melihat Sam bersama Lucy dahulu.

Sarah memarahi Lucy dan mengugut Lucy untuk memutuskan hubungan bersama Sam.

"Aku takkan kawan dengan kau lagi kalau kau masih bersama Sam faham!"

"Ok Sarah"

"Now pergi jumpa dia dan minta putus!"

Lucy menganggukkan kepalanya dan berjalan menuju ke pondok untuk berjumpa dengan Sam.Sam bersembunyi di sebalik dinding dan mendengar perbualan Lucy dengan Sarah.

Sam berlari menuju ke pondok dan ternampak Lucy telah pun duduk di sana.

Lucy menundukkan kepalanya dan berdiri sewaktu Sam berjalan menuju ke arahnya.

"Kita putus"

"Why?"

"Takde sebabnya Sam,sekarang saya nak masuk kelas"

Sam masih berdiri di sana walaupun Lucy telah pun masuk ke kelas.

Lucy menukar nombornya dan Sam tidak dapat menghubunginya.

Lucy meminta Sam berjumpa dengannya untuk kali terakhir kerana kesihatannya makin teruk.

Akhirnya Lucy meninggal dunia.Sam melawat kuburan Lucy dan menangis.

*****

"Bilalah kau nak bertaubat Sarah..berhentilah ganggu hubungan aku dengan Mel,aku sayangkan dia..dan aku dah mula cintakan dia"

Sam mengeluh dan turun ke bawah.

"Sikit lagi nak menang!"

Amir fokus main game 'mobile legend'.

Sam senyum melihat Amir dan berjalan menuju ke dapur.

Semasa Sam minum air milo,terdapat panggilan daripada nombor seseorang yang tidak dikenali.

Sam menjawab panggilan tersebut.

"Hi darling,ni Sarah.I miss you so much!"

"kat mana kau dapat nombor aku ni?"

"Ish darling ni kan takde adablah cakaplah Hi dulu ni tak!"

"Kau yang takde adab perempuan sundal!"

"Darling ni tak baik cakap macam tu tau,I ni dahlah rindukan you tapi you buat tak tahu je"

"Stop lah Sarah aku geli faham aku geli!Kat mana kau dapat nombor aku ni?"

"Kalau bakal suami I memang I tau cari nombor u kat mana...darling muahh"

Sam memutuskan panggilan daripada Sarah.Kali ni Sam tidak mengabaikan panggilan Sarah walaupun Sarah berkali-kali menelefonnya.

Amir menegur Sam.

"Kenapa kau stres sangat ni Sam?"

"Sarah tu tetiba call aku entah dari mana dia dapat nombor aku geli aku dengar bila dia panggil aku darling"

"Bukan ke kau pernah tinggalkan telefon kau di kelas dulu?"

"Eh betul juga tu mungkin masa tu dia masuk kelas dan ambil nombor telefon aku"

"Kau lock ke telefon kau masa tu?"

"Tak"

"Dari situ kot dia senang ambil nombor telefon kau"

"Cis!tak guna perempuan tu!"

"Locklah telefon kau"

"Ok"

Sam mengenggam penumbuknya kerana marah terhadap kelakuan Sarah.

*****

Mel berasa kasihan melihat Jes terpaksa memadam gambarnya bersama Alan.

"Kau ok ke Jes?"

"Ok je"

Jes hanya menjawab dengan ringkas.

"Sabar ye Jes"

"Ok..besok kau masuk kelas ke?"

"Yes"

"Oh kau dah bagi tahu ke kat ibu dan ayah kau ke yang kau sakit sekarang?"

"Tak"

"Kenapa?"

"Aku tak nak mereka risaukan pada aku,aku ada call ibu aku tadi,tapi ibu aku cakap yang ayah aku sakit dan terpaksa berhenti kerja buat masa sekarang"

"Apa?ayah kau dah dihantar ke hospital ke?"

"Dah..tapi kan Jes aku rasakan aku nak berhenti belajarlah"

"Kenapa pula?"

"Aku tak nak susahkan ibu dan ayah aku,aku nak tolong ibu aku kerja kat gerai dia"

"Tak boleh macam tu Mel,apa kata kau ikut aku kerja sembilan nanti"

"Kat mana?"

"Ikut je ,hari Sabtu ni kita pergi mohon kerja kat sana ni kawan aku yang bagi info pada aku ada jawatan kosong tempat dia kerja tu"

"Emm..ok"

Mel gembira melihat Jes yang tidak berputus asa walaupun Jes masih bersedih kerana Alan meninggalkan dia.

PAGI HARI RABU.

Seperti biasa,Mel akan berjalan bersama-sama dengan Jes menuju ke Universiti dan ketika mereka berdua berlalu di depan rumah Amir,Sam dan Amir menegur mereka berdua.

Sam mengajak Mel dan Jes berjalan bersama-sama dengan mereka.

Amir memberi cadangan dia akan berjalan beriringan dengan Jes,manakala Sam pula berjalan beriringan dengan Mel.

Sam memandang Mel tetapi Mel memandang ke arah lain.

Mel menoleh melihat Sam dan Sam berpaling ke arah lain.

Mel berpeluk tubuh dan menjeling Sam.

"Awak dah kenapa tengok2 saya tadi?"

"Saya happy"

"Sebab?"

"Happy awak ada kat sebelah saya"

Sam senyum melihat Mel dan Mel membalas dengan senyuman paksa.

"Awak tak nak berkawan dengan saya lagi ke?"

"Entah"

"Ok"

Jes dan Amir berasa kasihan melihat Sam tidak dilayan oleh Mel seperti dulu.