webnovel

Kisah aku mengenalinya

Mel bertemu dengan jejaka iaitu Sam ketika mereka belajar di Universiti.Pada awalnya Sam merupakan lelaki pendiam.Namun di sebaliknya terdapat 1 tragedi yang menyebabkan dia tidak berkawan dengan mana-mana pun perempuan ,dia hanya berkawan dengan lelaki.Pada 1 saat Mel dan Sam berkawan ,Mel telah membuatkan sikapnya berubah dan tidak lagi menjadi pendiam malah Sam berkawan dengan mana-mana pun orang tidak kira perempuan atau lelaki.Akan tetapi Sarah yang telah lama menyukai Sam telah menghancurkan hubungan mereka berdua.Dapatkah Mel dan Sam bersama semula?Hanya takdir yang dapat menemukan mereka kembali

zur_nie · Adolescente
Classificações insuficientes
20 Chs

Indah

Sewaktu cuti,Zain mengajak Mel bertemu dengan ibunya.Sarah bersedia berdiri di depan pintu dan menegur Mel.

"Hi Mel masuklah"

Sarah mempelawa Mel dan Zain masuk dan berjalan ke ruang tamu.Sementara menunggu ibu Zain pergi ke ruang tamu,Sarah mengajak Mel bercerita.

"Mel awak dah terima cinta abang saya ke?"

"Saya akan cuba untuk buka hati saya pada abang awak dan sekarang saya hanya menganggap dia sebagai kawan saya sahaja dulu"balas Mel dengan lembut untuk tidak menyakitkan hati Zain yang tengah mendengar jawapan daripadanya.

"Ok Mel,saya gembira sebab awak tak berkawan dengan Sam dia tu hanya talam dua muka dengan awak"

Mel hanya menganggukkan kepalanya dan mengeyakan sahaja kata-kata Sarah.

Tidak lama kemudian,Ibu Zain tiba di ruang tamu lalu Mel berdiri dan bersalaman dengan ibu Zain.

"Kenalkan ini Mel yang saya ceritakan pada mamy"

Ibu Zain senyum melihat Mel.

"Cantik orangnya"

"Taklah aunty saya biasa2 je haha aunty pun cantik"balas Mel.

Mereka berempat duduk dan Ibu Zain mengajak Mel bercerita dengannya.

Tiba2 Zain mendapat panggilan daripada pekerjanya lalu dia pergi ke luar rumah untuk menjawab panggilan tersebut.

Kini hanya tinggal mereka bertiga di ruang tamu.

"Panggil je saya aunty Lin boleh aunty tau tak siapa ibu bapa kamu?"

"Ibu saya Ros dan bapa saya adalah Khairul"

Puan Lin terkejut mendengar nama ibu bapa Mel kerana dia kenal ibu bapanya.

Muka Puan Lin berubah menjadi masam. "Aku ada salah cakap ke?"bisik hati Mel.

"Kamu..kamu? So maksudnya kamu kembar Sarah?"

Mel dan Sarah terkejut apabila mengetahui mereka adalah kembar.

"What? Kembar?! Kenapa selama ni mamy tak pernah ceritakan pada saya yang saya ada kembar?"Sarah tanya.

"Kau diam!"Balas Puan Lin dengan suara yang amat garang sehingga Sarah takut untuk bertanya sekali lagi.

Puan Lin merenung tajam muka Mel.

"Pergi berambus dari sini!Aku tak nak nampak kau jejak lagi kat rumah ini!Dan 1 lagi jangan bagi tau kat mak bapa kau tu yang kau dah jumpa Sarah kembar kau!Aku tak akan serahkan balik Sarah ni pada keluarga kau faham!Aku tak nak kau berjumpa dengan Sarah sekali lagi!Jadi sekarang kau berambus aku menyampah tengok kau kat sini lagi berambus!!"

"Kenapa aunty tak nak Sarah jumpa dengan ibu bapa saya?Please aunty ,benarkan Sarah jumpa dengan ibu bapa kami"balas Mel.

Puan Lin menolak Mel sehingga jatuh di lantai.Zain baru sahaja selesai menelefon pekerjanya tadi dan dia terus berlari ke ruang tamu kerana terdengar suara ibunya tadi menjerit.

"Kenapa mamy marah kat Mel?"

"Kau suruh dia balik jalan kaki sekarang!Jangan kau hantar dia!Ikut cakap mamy!"

"Kenapa pula ?Apa salah dia?"

"Kau jangan nak banyak tanya sekarang suruh dia balik !Dan jangan bawa dia kat sini!"

"Mamy janganlah macam itu"

"Kau diam buat je apa yang aku suruh!Jangan kurang ajar Zain!!"

Zain hanya menganggukkan kepalanya dan mengikut sahaja arahan ibunya.

Zain membawa Mel ke luar rumah mereka.

"Sorry Mel..saya terpaksa ikut cakap mamy saya "

Mel hanya menganggukkan kepalanya dan berjalan meninggalkan Zain.Zain menyesal kerana membawa Mel bertemu dengan ibunya dan membiarkan Mel berjalan kaki semasa balik.

Air mata Mel keluar saat dia meningat peristiwa tadi."Rupanya betullah apa yang aku teka yang Sarah itu kembar aku..."bisik hati Mel.Rumah Zain agak jauh dari flat..Mel ingin mencari teksi tetapi tiada.Hujan mula turun dan Mel pergi ke stesen bas untuk berteduh.

Mel mengigil kesejukan dan duduk di stesen bas manalah tahu ada bas yang akan berhenti di sana.

Tiba-tiba pula ada 2 orang lelaki mendekati Mel dan menegurnya.

"Hi cewek nak ke mana je?"

Mel mengabaikan pertanyaan mereka berdua namun lelaki tersebut masih tidak pergi dari situ malah mereka semakin menganggu Mel.

Lelaki tersebut memegang lengan Mel tetapi ditepis kuat oleh Mel.

"Don't touch me!"

Mel berasa takut kerana lelaki itu masih belum pergi dan dia berharap akan ada seseorang yang datang membantunya.Hujan masih belum berhenti dan lelaki itu memegang lengan Mel lalu menolaknya.Sudah 2 kali Mel ditolak ,air matanya keluar dan dia tidak dapat melawan 2 orang lelaki tersebut.

Pada waktu ini,Sam masih menunggang motornya untuk balik kerana baru sahaja dari kedai tadi.Sam mencari tempat teduh dan tiba-tiba dia ternampak 2 orang lelaki menganggu Mel di stesen bas tersebut.

Sam menghentikan motornya dan berlari lalu menumbuk 2 orang lelaki itu.Tumbukan Sam itu sangat kuat sehingga menyebabkan 2 orang lelaki itu takut dan berlari meninggalkan mereka.

Sam menuju ke tempat Mel.

"Jangan dekat saya saya takut!"Mel menjerit kerana dia takut.

"Saya Sam ..Mel...yang 2 orang lelaki tadi dah lari"balas Sam.

Mel membuka matanya dan gembira melihat Sam berada di depannya sekarang.Mel memeluk Sam dan terukir senyuman di wajah Sam.

"Jangan takut..saya ada kat sini dengan awak.."

Sam membuka jaketnya itu dan menghulurkan jaketnya pada Mel kerana Sam berasa kasihan melihat Mel mengigil kesejukan,lagi pula Sam juga memakai baju yang berlengan panjang.

Sam mendukung Mel.Mel merenung muka Sam.

"Aku rasa Sam tak pernah talam dua muka dengan aku.."bisik hatinya.

Sam menuju ke tempat duduk di stesen bas itu dan Sam menyuruh Mel duduk di sebelahnya.

Mel dan Sam hanya berdiam dan tidak berbual.Mel menyandarkan kepalanya di bahu Sam.Sam melihat Mel tidur dan dia faham Mel penat.

Sam memegang tangan Mel dengan erat.

"Saya akan jaga awak Mel kat sini..dan saya tak akan pergi mana-mana sebab saya sayangkan awak"

Sam menyangka Mel sudah tidur dan tidak mendengar kata-katanya tadi.Mel hanya senyum dan berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Sam tadi.

Hujan mula reda ,Sam mengejutkan Mel.

Sam memegang tangan Mel dan menuju ke motor.Sam mengambil topi keledar dan membantu Mel memakaikan topi keledar.

Mel memeluk Sam dari belakangnya sewaktu Sam sedang menunggang motor.

Setelah mereka berdua tiba di flat,Sam memegang tangan Mel dan membawanya sehingga ke depan pintu.

Mel membuka jaket dan memberikan jaket tersebut pada Sam.

"Thanks bantu saya tadi"

"You're welcome Mel..boleh saya tanya?"

"Boleh apa dia Sam?"

"Kenapa awak seorang diri je kat stesen bas tadi?awak pergi mana?"

"Tadi Zain bawa saya berjumpa dengan ibunya tapi ibu Zain suruh saya balik sendiri sebab dia marah saya berjumpa dengan Sarah dan dia kenal ibu bapa saya sebab ibu bapa saya adalah ibu bapa kandung Sarah..kami berdua adalah kembar tak seiras"

"Kembar?"

"Ya Sam..saya sedih ibu Zain tak benarkan kami sekeluarga berjumpa lagi dengan Sarah"

"Sabar Mel saya harap ibu Zain benarkan Sarah berjumpa dengan awak sekeluarga lagi"

Mel menganggukkan kepalanya dan senyum melihat Sam.Air mata Mel keluar dan Sam mengelap air mata Mel.

"Maafkan saya sebab percayakan pada Sarah ..dia yang cakap awak talam dua .."

"Takpe Mel tapi secara jujurnya selama ini saya memang tak pernah talam dua muka dengan awak cuma Sarah je yang nak ganggu hubungan kita berdua disebabkan itu dia ceritakan macam itu pada awak supaya awak tak layan saya lagi .."balas Sam.

Mel mengeyakan apa yang dikatakan oleh Sam.

"Saya percaya awak Sam..maafkan saya sebab saya tampar awak"

"It's okay Mel saya faham"

"dan..."

"Dan apa?"

"Takdelah..."

"Awak suka saya?"

Muka Mel merah kerana malu untuk meluahkan perasaannya pada Sam selama ini.

"Saya suka .."

"yes!"Sam menjerit dengan perlahan kerana tidak mahu jiran Mel memarahinya jika dia menjerit dengan kuat.

"Suka kawan je..."

Muka Sam berubah malu dan menyangkakan Mel juga ada perasaan cinta padanya seperti dia.

"Tapi lebih daripada kawan..."Mel menambah lagi... saja dia mahu bergurau dengan Sam dan dia ketawa kecil melihat muka Sam tadi berubah sedih dan malu.

"Ya Sam saya dah lama suka kat awak dahlah jangan sedih"

Mel mencubit pipi Sam dan senyum melihatnya.

"Thanks sayang"

"Eh kenapa sayang ni?"balas Mel.

"Tak boleh ke?Kan kita dah jadi pasangan yang bercinta"

"Saya malulah.."

"Tak perlu malu hihi.."

Sam melambaikan tangan pada Mel dan turun ke bawah.Mel masuk ke dalam dan ternampak Jes sedang menelefon seseorang.Mel gembira melihat Jes senyum seorang diri semasa menelefon seseorang tersebut.Mel terus menuju ke biliknya.