webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · Geral
Classificações insuficientes
37 Chs

HARI BAHAGIA ZEIN & JANE

1 minggu yang SANGAT SIBUK berlalu.

Majlis perkahwinan Zein dan Jane diadakan di Sangkot The Garden Wedding Place, Hulu Langat. Bertemakan ala-ala taman dan berkonsepkan moden.

Tempat ni cantik sangat! Nyaman je dengan kehijauan alam, hiasan lampu gantung-gantung pada pokok, memang tambah perasaan romantik masa acara nikah tu nanti.

Jemputan untuk majlis perkahwinan mereka tak terlalu ramai, hal-hal jemputan ni Jane serahkan pada Zein sebab dia lebih ramai kenalan dan family.

Jane pula uruskan tempat majlis, tapi mereka berdua sama-sama membuat keputusan dan berikan pendapat masing-masing, gaduh kecil tu biasa, lain pendapat tu pun biasa.. tapi benda boleh setel sama-sama kan..

Fitting baju kawen pun terkejar-kejar, nasib baik Zein ramai kenalan yang boleh terima bakal penganting yang suka buat kerja last minit macam mereka berdua.

Dari satu baju ke baju pengantin lain dicuba mereka berdua secara bergilir-gilir.

"Sayang, cantik tak?" soalan yang sama ditanya Jane setiap kali keluar dari fitting room pengantin itu.

'Zein mengangguk mengiakan setiap pertanyaan Jane dengan tangannya yang masih sibuk mengambil gambar Jane dengan mulutnya tak henti memuji kecantikan Jane'

Gaun putih antara dijadikan persalinan Jane semasa majlis bersanding nanti. Baju akad nikah mereka berdua juga bertemakan putih supaya nampak ringas tapi mewah.

Malam berinai diadakan di kampung Zein, berdekatan dengan Sangkot The Garden Wedding Place, tempat dimana akad dan persandingan berlangsung esok.

Bayangkan, malam berinai pun sudahpun meriah dengan sanak saudara Zein yang sanggup datang dari jauh. Seakan malam raya ala kampung. Best!

Sedikit pun Jane tak kekok dengan family Zein, mereka semua peramah dan kelakar!

Membuatkan Jane merasakan tak kekurangan apa pun.

Inai putih yang dipakainya bersorak rose ringkas. Tak mahu terlalu serabut. Itu pilihan Jane. Setelah bakal pengantin usai memakai inai ditangan, sanak saudara Zein pun turut beratur menunggu giliran. Termasuklah Elaine yang ikut sama teruja dengan setiap perjalanan majlis mereka berdua.

Jika masa sebelum dia mengenali Zein, Jane selalu terfikir, bagaimana dengan acara majlisnya, siapa yang paling teruja, siapa akan hadir, pelamin dan baju pengantinya dan paling penting.. yang paling Jane cemburu dan sedih pabila melihat pengantin lain tika di majlis mereka ialah kehadiran kedua ibubapa mereka. Sedangkan dia tak ada.

Tapi kini, setelah dia mengenali Zein, dan juga wanita yang kini bergelar mama padanya, Elaine. Jane mampu tersenyum bahagia dengan detik-detik dia akan bergelar seorang isteri. Tak terasa lagi dirinya kosong.

"Pstt...sayang...Oooo sayang!" panggil Zein yang mengintai kesayangannya di sebalik pintu.

"Amboi.....pengantin kita ni, tak sabar betul nak jumpa bidadari dia ni. Kan besok dah nikah..Dah rindu ke..?" usik salah seorang makcik Zein, diikuti ketawa sanak saudaranya yang menunggu giliran untuk memakai inai di ruang tamu itu.

'Merah padam wajah Jane'

'Zein menunduk malu sambil mengaru kepalanya yang tak gatal itu'

"Alah makngah ni, saya nak jumpa sekejap...je. Boleh lah ye? Ada benda saya nak cakap dengan dia. Please.." rayu Zein tak malu, janji dapat tengok Jane sekejap pon jadilah!

'Ketawa mereka semakin menjadi-jadi, ada yang mengeleng kepala dengan sikap anak saudaranya itu'

'Makngah nya memandang ke arah Jane, memberi peluang kepadanya untuk berjumpa dengan Zein'

'Laju saja langkah Jane beredar dari situ'

"Sayang ni.. malu saya tau" rajuk Jane.

"Alah..sorrylah sayang. Sebenarnya...nak cakap.." kata Zein.

"Cakap apa? Besok kan boleh..." pelik Jane.

"Em, actually.. saya tak percaya yang besok kita akan nikah dah. Semua ni.., macam mimpi. Is this real sayang? Esok kita dah jadi husband and wife. After banyak benda jadi pada kita." tanya Zein tak percaya.

'Jane tersenyum'

"Look, saya pakai inai kan? Selalu bakal pengantin je yang pakai macam ni. Ada majlis macam ni. It's real sayang. Esok kita nikah dah. Like for real. Sayang... thanks tau. Sayang buatkan saya tak rasa kekurangan langsung. Saya bahagia. Saya bersyukur sangat, Allah pertemukan kita, pertemuan saya dengan Elaine. Tak tahu macam mana saya nak ekpress perasaan ni." kata Jane terharu dengan perkara yang terjadi pada dirinya setelah banyak liku dirinya tempuhi.

'Zein mengusap air mata Jane yang hampir saja mengalir ke pipi gebu milik Jane itu'

"Shh..dont cry sayang. Saya pun, syukur sangat-sangat! Awak wanita pertama dan terakhir yang sangat istimewa tak terganti, yang saya sangat-sangat cintai. Dont cry, nanti orang ingat saya buli sayang, nanti,.mata bengkak...esok mata macam panda! Macam mana?" sempat lagi Zein mengusik Jane.

'Jane menghentak kakinya tanda protes. Ikutkan hati mahu saja tangannya mencubit Zein, tapi niatnya dibatalkan bila menyedari inai di tangannya masih basah.

'Sorry.' isyarat Zein.

"Sayang tidur awal tau. Biar esok fresh, family saya tu tak apa, biarkan diorang. Mesti dioorang faham punya. Tak sabar hari esok! Good night sayang." kata Zein sebelum pergi.

'Jane membalas lambaian Zein'

'Setelah memastikan Zein pulang ke homestay yang bersebelahan rumah nenek Zein, Jane melangkah masuk terus ke ruang tamu tadi'

'Setelah beberapa minit, inai ditanganya kering, Jane meminta diri untuk tidur awal'

Seperti yang dikatakan Zein, keluarga Zein malah beria menyuruhnya untuk segera berehat.

Malam itu,kedua bakal pengantin melelapkan mata dengan senyuman di bibir masing-masing. Berharap yang hari esok cepat tiba.

Usai mandi, Jane disuruh bersarapan pagi oleh nenek Zein.

Jane dilayan bagai puteri.

Disuap sendiri nenek Zein!

Jane hanya layankan saja kerana dirinya sendiri tiada siapa melainkan Elaine sebagai familynya.

Usai makan, Jane segera masuk ke dalam bilik pengantin untuk bersiap-siap setelah mak andam tiba.

Majlis nikah akan berlangsung pada 9 pagi nanti.

Usai siap memakai baju nikahnya, wajahnya ditata cantik natural oleh mak andam.

Telefon bimbitnya dicapai.

Nombor Zein ditekan.

Beberapa minit, panggilan itu dijawab Zein.

"Assalammualaikum sayang.. sayang dah siap ke? Dah sarapan? Nanti takut lapar pula.." laju je Zein bertanya.

"Walaikumusalam..dah siap pun. Risau sayang tak bangun lagi tu yang saya call. Dah sarapan tadi dengan nenek, siap dia suap tau. Special tau!" menyempat lagi Jane ish2.

"Eleh..orang dah bangun awal tau. Exited punya pasal..Alah..sayang lepasni kena suap saya hari-hari. Wajibun gunah!" kata Zein jelous.

"Em..yelah..Orang taulah lepasni dah tak boleh lawan sayang, kena dengar cakap sayang, hormat sayang. Isteri kan" akur Jane.

"Good girl. Okay la sayang. Saya nak kena gerak ke masjid ni. Takut imam tunggu pula nanti. See you soon wife to be, muah!" kata Zein sebelum mematikan panggilan.

'Jane mengeleng kepala'

'Tak sempat aku nak balas dia dah matikan call.. sayang, sayang...' rungut hati Zein.

Kereta Alphard hitam berhenti betul-betul di hadapan pintu masjid.

Zein dari dalam masid berdiri, meninjau-ninjau, mencari-cari sosok bakal isterinya itu.

Perlahan2 langkah sosok tubuh yang dinantikannya masuk ke dalam masjid dengan lemah lembut sehingga tiba dan berdiri di hadapannya.

'Slow mo moment gitewww heheh'

'Zein berdiri terpaku melihat kelejitaan Jane dengan pakaian pengantin pilihannya'

"Cantiknya.." tanpa sedar kata-kata didengari orang dikeliling mereka.

'Bahunya ditepuk sahabat baiknya'

'Orang yang hadir di majlis akad nikah mereka tersenyum-senyum, ada yang berbisik-bisik dan ketawa'

'Tersedar yang apa dikatakan tadi didengari, Zein hanya mampu menundukan wajahnya. Malu'

'Jane yang turut mendengar kata-kata Zein tadi merona merah mukanya, membuatkan seri penggantinya semakin menyerlah'

'Kawan-kawan Jane yang baru tiba tadi,Lieya,Chloe dan Miya mengusik-usik sahabatnya itu'

'Usikan dan tawa mereka terhenti apabila imam tiba-tiba bersuara'

"Pengantin kita nampak dah tak sabar..jom lah kita mulakan majlis akad nikah mereka berdua ya hadirin.." kata imam yang turut tertawa dengan telatah Zein tadi.

'Zein terus duduk'

'Dadanya dipegang, laju detak jantungnya, berdebar'

Imam menghulurkan tangannya, tangan imam digapai.

"Aku nikahkan dikau dengan Eryna Jane Binti Abdullah, dengan mas kahwin sebanyak RM 2500 tunai..." kata imam sambil menggoyangkan tangan Zein berkali-kali.

"Aku terima nikahnya Eryna Jane Binti Abdullah, dengan mas kahwin sebanyak RM 2500 ringgit tunai.." balas Zein dengan yakin.

"Sah?" tanya imam kepada orang di sekeliling mereka.

"Sah..sah.." sahut beberapa orang.

Maka sahlah hubungan mereka berdua kini.

Jane dan Zein berbalas pandangan dan senyuman.

Zein mendekati Jane untuk sesi pembatalan air sembahyang.

Cincin yang dipilih mereka kini tersarung di jari wanita kesayangannya yang kini sudahpun bergelar isterinya.

Jane turut melakukan perkara sama, cincin yang dipilihnya disarungkan ke jari Zein.

Setelah itu, beberapa suara yang pastinya di antara mereka adanaya makngah Zein., menyuruhnya untuk mencium dahi Jane.

Zein mendekati Jane, dahi isterinya dicium lama

Beberapa gambar mereka diambil sebagai kenangan.

"Sayang, you know what ...I been dreaming this moment since I know you" kata Zein sambil mengelus manja pipi isterinya.

"Me too sayang.. and now, this time it's really happening! Kita dah sah husband and wife!" balas Jane sambil memandang bahagia lelaki yang kini telah menjadi suaminya.

Perbualan mesra pengantin baru terganggu apabila jurugambar mereka meminta mereka untuk menukar pakaian kali ke tiga untuk sesi photoshoot luar pula setelah usai majlis bersanding tadi.

Ramai yang mengucapkan tahniah pada mereka, ada yang memint untuk bergambar bersama-sama,katanya peminat.

Peminat??

Ya...mereka berdua ada peminat. Kisah percintaan mereka, apa yang terjadi pada mereka di luar negara kini heboh di sosial media, ada yang kata seperti kisah cinta Wattpad!

Jane mengenakan gaun pengantin muslimah berwarna putih ala princess, Zein pula sut hitam. Simple tapi elegant.

Semasa dalam perjalanan ke tempat photoshoot,mereka sempat berbual mesra.

"Finally sayang, I can hold your hand like this. I dah boleh share dekat Tiktok, macam couples buat. Selama ni mampu tengok je, heheh" kata Jane, sebelah tangannya menggenggam erat tangan Zein, sebelah lagi sibuk merakam.

"Kan... finally saya dah boleh pegang awak, peluk awak, kiss awak..Sayang nak share boleh, tapi dont too show off okay.. bukan apa, I takut nanti ada orang dengki. Sayang faham kan.." pesan Zein, tangan Jane genggamanya dicium lama.

'Jane mengangguk mengerti'

Mereka tiba di tempat photoshoot, sesi photoshoot mereka berjalan lancar. Setiap detik dirakam sebagai kenangan, setiap gurau senda mereka, setiap kerenah mereka, setiap posing ala pengantin mereka berdua dirakam untuk kenangan.

Tiba satu posing, seperti yang diajarkan jurugambar, tangan Jane diletakkan di dada Zein, suami tercinta.

"Sayang, can you feel my heartbeat? Laju kan..You dont know how much I feel right now. Like I said, this is just like a dream." bisik Zein ke telinga isterinya.

"Lajunya degup jantung sayang. Relax..,i know.., I feel the same. Im here, your wife. You dream came true,nope..not only yours my dream also came true. I found true love, someone that love me a lot, like you. I love you sayang, dunia akhirat" balas Jane, berbisik di telinga Zein.

Sampai one moment, ketika photoshoot, Zein tiba-tiba bersuara, berkata pada isteri tercintanya, Jane.

"Sayang, I won't let you go this time sayang..no matter what happen. This is my promise, and you know im gonna make it happen. Right what happen now. Love you too sayang, dunia akhirat." kata Zein romantis,genggaman tangan Jane dipereratkan lagi seolah tak mahu dilepaskan.

Suka tak? Tambah ke koleksi!

Kalau korang, majlis perkahwinan impian korang cmne?

JH_Dreamcreators' thoughts