HARI itu merupakan hari terakhir mereka di Malaysia. Rasha membawa rakan-rakannya piknik di sebuah pantai yang agak jauh dari pusat bandar pada petang. Walaupun tidak seindah Bali, tapi suasana dan keadaan di pantai itu masih menarik dan dapat memberi ketenangan kepada mereka sepanjang duduk disana.
Amanda dan Rasha seronok bergossip dan bergambar, manakala keempat jejaka sibuk bermain dengan pasir. Tanpa sedar, matahari mulai terbenam. Tidak menyiakan pemandangn, Rasha duduk di pasir sendirian sedikit jauh dari kelompok mereka dan menikmati suasana membiarkan Amanda bermain dengan Iefan. Tidak lama, Sagara tiba tiba duduk di sebelah Rasha. Rasha hanya membiarkan.
"Sha, kamu suka ya?" Soal Sagara memecah keheningan.
"Hm?"
"Suka sunset?"
"Ah, ya. Suka sebab indah sangat."
"Seindah kamu, Sha."
"Abang…"
"Benar Sha. Kamu ga kalah cantik sama sunsetnya. Kalau dipandangan aku, kamu lebih indah sih."
Hampir saja tangan Rasha menampar bahu Sagara namun sempat dielak Sagara. Sagara ketawa kecil melihat muka Rasha yang sudah sedikit kemerahan. Adakah ini yang dikatakan blushing? Hehe…
"Kapan Sha? Kapan kamu bisa move on dari masa lalu kamu dan sadar kalau aku suka kamu? Saingan aku banyak, Sha. Aku udah ga bisa nahan hati aku jadi aku jujur aja sekarang. Aku suka kamu, sejak awal Amanda kenalin kamu ke aku. Tapi setelah dengar kamu udah punya pacar, aku hanya bisa suka dalam diam dan menganggap perasaan aku bisa hilang sendiri dan setelah kamu putus, aku usaha buat selalu ada didepan mata kamu, Sha. Aku ga maksa kamu ya buat suka sama aku. Tapi usahain ya. Aku tunggu kok." Sagara senyum manis sebelum meninggalkan Rasha sendirian. Rasha tiada kata-kata. Terkejut mungkin.
Sepanjang jalan balik, Rasha hanya memndiamkan diri. Begitu juga dengan Sagara. Amanda menyedari kecanggungan mereka. "Kalian kenapa?" Soalnya tanpa basa-basi. Kedua mereka menoleh menatap Amanda. Sagara berdehem tapi tidak menjawab soalan Amanda, mana mungkin dia mengaku yang dia sudah menyatakan perasaannya kepada sahabat adiknya sendiri. Melihat Sagara tidak menjawab, Amanda menyenggol lengan Rasha.
"Apa yang kenapa? Tak ada apa-apa, Manda." Jawab Rasha dengan sedikit gagap. Amanda menjeling Sagara.
"Kalian kok diam-diam. Ini pas abang yang tiba-tiba duduk di sebelah Rasha. Abang apain Rasha?" Tidak puas hati, dia menyoal dengan nada keras yang dibuat-buat.
"Ga diapa-apain Mand. Cape aja. Kamunya aja yang mikir aneh-aneh. Semua yang disini cape kecuali kamu. Tuh lihat yang lain udah pada ketiduran." Jawab Sagara dengan tenang. Berharap adiknya itu tidak lagi bertanya lebih banyak soalan.
***
PAGI itu, mereka dihantar oleh ayah dan sepupu Rasha kerana Rasha juga akan kembali ke Bali bersama mereka. Tiba di lapangan terbang, sedang mereka sibuk mengurus bagasi tiba-tiba seseorang mendekati dan menegur ayah dan sepupu Rasha.
"Assalamuaikum ayah, Haikal." Ucapnya sambil bersalaman dengan mereka berdua. Rasha dan mereka yang lain terus menoleh setelah ayah Rasha menyebut nama Danial. Haikal, sepupu Rasha menarik tangan Danial agar menjauh sedikit dari Rasha dan kawan-kawannya. Ayah Rasha hanya membuntuti mereka.
"Ngapain tuh anak disini?" Kata Esa tapi matanya masih melihat Danial yang sedang berbual dengan Haikal dan ayah Rasha.
"Di abaikan saja Rasha. Kalau nanti kita flightnya sama, kamu sama aku ja. Nanti di ganggu lagi." Tegas Sagara.
Tidak lama, mereka mendekati Danial dan yang lain. Dengan gugup, Danial menyapa mereka. "Hi Sha, Manda and…?"
"Sagara."
"Mahesa."
"Iefan."
"Argion."'
Mereka menyebut nama mereka satu persatu dan dengan sedikit kasar. Danial hanya mengangguk. Dia memerhati Sagara dan Mahesa. Muka mereka seakan tidak menyukai kehadirannya disitu. "Oh, ya. I'm Danial. Nice to meet you guys."
Haikal dan Raidi, ayah Rasha kemudian beredar setelah mereka memasuki dewan perlepasan. Melihat mereka beredar, Danial memberanikan diri menyapa Rasha yang dari tadi dia ingin sapa. "Sha, apa khabar? And since when you boleh berkawan dengan ramai orang. Lelaki pula tu." Ayatnya kedengaran agak sinis.
Rasha hanya senyum malas membalas. Danial melihat itu sedikit sakit hati. "Sha… Saya nak kita kembali macam dulu boleh? Saya dah tanya ayah dan Haikal. Mereka tak kisah yang penting saya berubah. Saya janji saya akan berubah."
Dan sekali lagi Rasha hanya berdiam diri. Amanda dan Sagara berdecak serentak. Belum sempat Amanda membuka mulut, Sagara mendahului. "Bro, she doesn't want to talk with you, so please stop disturbing her." Ucapnya tegas. Danial tidak berpuas hati dan tidak mempedulikan pesanan Sagara.
"Sha…" cuba menarik tangan Rasha tapi Rasha laju beralih berdiri dibelakang Sagara.
"I don't think you understand what I'm saying just now. Let me repeat. Dia ga mau ngomong sama bajingan kayak lo. Jijik dia." Belum sempat Danial membalas, Sagara menarik tangan Rasha menjauhi Danial. Amanda dan yang lain mengikuti mereka. Mahesa sempat menarik kolar baju Danial dan memberi ugutan kepada Danial.
"Stop disturbing her and stay away from her sight. You hurt her again, bukan Cuma Sagara aja yang bakal turun tangan. Gue dan teman-teman Sagara yang lain juga bakal turun ya. Awas lo!"
"Thanks ya guys. Dan maaf merosak suasana." Ujar Rasha sambil menunduk. Dia malu dan sedih. Kenapa ayahnya dan Haikal membenarkan Danial untuk mendekati diri lagi? Adakah mereka mahu dia tersakiti sekali lagi?
"Ga apa-apa kok, Sha. Udah seharusnya kan kita saling jaga teman." Sagara mengusap kepala Rasha lembut. Cuba menenangkan wanita itu. Dan yang mengembirakan hatinya, Rasha tidak menepis tangannya. Kerana kata Amanda, Rasha tidak suka disentuh oleh orang melainkan dia sudah selesa dengan orang itu. Amanda yang melihat kejadian itu hanya tersenyum.
***
RASHA sedikit kepenatan setelah mengemas bilik yang sudah ditinggalkan selama lebih sebulan sepanjang cuti semester. Amanda yang sepatutnya juga terus balik kerumah sewa mereka terpaksa menemui keluarganya terlebih dahulu. Kebetulan keluarganya datang ke Bali dengan urusan kerja.
Selesai makan malam, Amanda dan Sagara di hantar oleh pemandu mereka balik ke rumah sewa. Mereka menyewa berasingan tetapi di kawasan perumahan yang sama dan rumah sewa mereka juga saling berdepan. Sagara sudah pasti menyewa bersam 3 orang lagi sahabatnya manakala Amanda dan Rasha hanya berdua. Dengan alasan Amanda tidak selesa untuk duduk dirumah yang terlalu ramai orang.
Di dalam perjalanan balik, mereka sempat berbincang mengenai Rasha. Amanda ingin memperkenalkan Rasha kepada keluarganya. "Abang, gimana kalau aku bawa Rasha di family gathering kita nanti? Mommy sama daddy kayaknya biasa aja saat aku bilang soal Rasha."
"Mending tanya ke oma dulu. Tau aja oma ga suka kalau ada orang luar ikut family gathering kita."
"Ya sih tapi aku bisa mujuk oma. Aku kan cucu kesayangannya. Hehe… By the way, abang beneran suka sama Rasha?"
"Kamu tau? Tau darimana?"
"Tau dari cara abang, mata abang. Keliatan banget. Aku seneng kalau abang beneran suka Rasha. Aku orang pertama restuin. Hundred-percent! Tapi bisa janji tidak, jangan nyakitin Rasha?"
Sagara tersenyum lebar. Dia mengangguk laju. Dia tidak peduli restu dari orang lain. Itu boleh dia atur. Yang penting Amanda kerana Amanda punya trauma dimana membuat dia susah menerima jika Sagara membawa perempuan balik kerumah. Trauma Amanda membuatkan Sagara takut untuk berkenalan dengan perempuan. Dia takut akan menyakiti adik kesayangannya itu.
Tidak lama, mereka pun sampai di kawasan perumahan mereka. Rasha yang sedang duduk di bangku panjang bawah pokok di hadapan rumah melambai ke arah mereka yang baru keluar adari kereta. Sagara tidak terus pulang kerumahnya, malah duduk bersama Rasha disana. Manakala Amanda terus masuk kerumah, ingin mandi.
"Hai Sha, kok kamu duduk luar sendiri? Ga kedinginan kamu?" Sagara membuka bicara. Rasha yang duduk bersila di atas bangku itu kelihatan sangat comel di matanya. Senyuman kecil Rasha makin membuat hati Sagara tidak keruan.
"Rasha saja ambil angin. Tiba-tiba homesick."
"Kangen sama Bubble sama Boba ya? Kenapa ga coba adopt kucing satu diBali? Mana tau aja bisa hilangin homesick kamu tiap kali balik ke Bali."
"Nanti kalau cuti semester lagi, nak titip kucing tu dengan siapa? Nanti dia mati lapar." Cadangan Sagara sebenarnya dia suka tapi juga risau.
"Erm, titip ke aku. Aku bisa bantu jaga waktu kamu libur. Lagian setelah ini mungkin aku ga bisa pulang cuti semester. Udah tahun akhir, jadi mungkin aku makin sibuk. Nanti juga mau KKN. KKNnya mungkin di sini aja."
"Tapi, Rasha tak tau kat mana nak adopt kucing…"
"Besok kamu kelas jam satu sampai empat kan?" Setelah melihat Rasha mengangguk, Sagara menyambung. "Ya udah kalau gitu, besok aku tunggu kamu di depan hall utama ya. Aku bawain kamu."
"Eh, tapi… Rasha tanya Manda dulu lah. Taku nanti dia tak selesa ada kucing dirumah."
"Okie dokie. Nanti, kalau jadi kamu whatsapp aja. Udah, masuk sana. Makin dingin nih." Sagara mengusap kepala Rasha lembut, dengan hati gembira berlalu kembali kerumahnya. Rasha pula, setelah melihat Sagara makin jauh dia masuk ke dalam rumah. Dan ingin meminta izin Amanda untuk bela kucing. Harap-harap saja Amanda belum tidur dan bersetuju dengan permintaannya.