TIDAK terasa cuti semester telah pun tiba dan Rasha dalam perjalanan ke lapangan terbang dihantar oleh Amanda dan Sagara. Sejak berangkat, Amanda memeluk erat tangan Rasha. "Sha, aku bakal kangen kamu…" Ucapnya dengan manja.
Rasha ketawa kecil. "Manja banget sih. Cutinya 2 bulan aja ya setelah itu ketemu lagi kalian." Sagara menjawab Amanda dan apa lagi, terus lah dijeling Sagara oleh Amanda.
"Bukan kau balik Bandung ke lepas ni?" Soal Rasha. Amanda menganguk lemah. "Iya sih, pualng Bandung. Tapi gak enak di Bandung. Ga punya temen aku. Mummy sama daddy pasti sibuk kayak biasa, abang juga pasti di suruh daddy buat turun ke office buat belajar ngurusin syarikat sementara libur. Nah terus aku sendirian dirumah." Adunya dengan nada sedih.
Rasha memahami perasaan Amanda. Posisi mereka lebih kurang sama, Cuma bezanya dia memang anak tunggal. Jadi memang sudah biasa dengan kesepian sejak kecil. Ibu dan ayahnya masing masing sibuk bekerja dan sejak kecil, mereka selalu berpindah randah mengikut ayahnya. Dan sebab itu dia tiada kawan. Amandalah kawan pertamanya.
"Alah, aku pun sama. Bapa aku hari hari kerja, ibu aku pula hari hari sibuk dengan kedai dia. So, aku sendiri je lah selalu dekat rumah dengan bestfriends aku."
"Emang kamu punya bff lain selain aku?" Tanya Amanda dengan wajah yang serius.
"Ha'ah. Nama dorang, Bubble dan Boba. Kucing aku" Rasha ketawa. Sagara juga. Amanda memukul bahu Sagara yang sibuk ikut ketawa. "Sakit Mand…"
"Eh Manda, nanti one week before habis cuti datang la Malaysia. Cuti-cuti kat Malaysia." Usul Rasha.
"Ide bagus. Nanti aku izin dari mummy dan daddy."
"Abang ikut!" Sagara dengan pantas menawar diri sendiri untuk mengikuti Amanda datang ke Malaysia. "Boleh! Bawa Iefan pun boleh. Hehe…"
"Asyik!!" Teriak Amanda dengan gembira.
***
SEPERTI janji mereka, seminggu sebelum cuti mereka tamat Amanda, Sagara, Iefan, Esa dan Gio datang ke Bintulu, Sarawak. Mereka di jemput oleh Rasha di Lapangan Terbang Bintulu dan nasib baik keluarga Rasha mempunyai kereta 6-seater, jadi muatlah mereka di satu kereta. Tidak lama menunggu, tiba tiba Rasha mendengar teriakan dari jauh, suara itu memang tidak asing.
"RASHAAA!" Teriak Amanda dan terus berlari kearah Rasha. Mereka berpelukan seperti sudah bertahun lamanya tidak berjumpa. Sagara hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah Amanda yang seperti budak-budak tetapi lalu tersenyum setelah melihat Rasha melambai tangan padanya. Dia membalas lambaian Rasha dengan senang hati dan senyuman lebar.
"Hi Sha! Sorry ya, rancangan mendadak. Tiba tiba banget bawa banyak temen." Kata Sagara setelah mendekati Rasha. Rasha tersenyum manis. "Eh, tak pa lah. Best juga beramai-ramai macam ni. Tapi.."
"Ahh, kamu cuma kenal Iefan ya. Ini Mahesa tapi dipanggil Esa aja dan ini Argion dipanggil Gio aja." Rasha menanguk tanda faham. "Erm, Rasha." Singkat, padat, kenalan.
"Ga usah heran ya kakak-kakak semua. Rasha introvert soalnya."
"Ya. Ga kayak kamu, pusing mikirinnya." Sambung Iefan, mengusik Amanda.
"Dah, jom Rasha hantar kamu semua pergi hotel. Tapi Amanda tinggal dengan Rasha eh? Boleh tak abang?"
"Bisa kok." Jawab Sagara dan setelah itu mereka terus menuju ke kereta Rasha. Setelah selesai mengangkat barang, mereka pun berangkat pergi dari lapangan terbang. Nasib baik lah kereta Rasha muat dengan barang barang mereka yang sepertinya mahu bercuti sebulan di sana.
Setelah hampir tiga puluh minit perjalan menuju ke bandar, mereka pun sampai di hotel yang telah ditempah oleh Rasha untuk mereka beberapa hari yang lalu. 'Harap-haraplah hotel ni sesuai dengan budak budak kaya ni semua' gumam Rasha dia dalam hati.
"So, kakak-kakak semuanya. Ini hotel yang Rasha book untuk kalian. Jadi erm harap-harap selesa lah."
"Terima kasih ya Rasha! Ga usah khawatir ya, kami seadanya aja. Dan kamu Manda, jaga tingkah di rumah orang. Jangan berkelakuan seperti kamu dirumah sendiri." Sagara sempat memberi pesan kepada Amanda sebelum mereka Amanda dan Rasha bergerak meninggalkan perkarangan hotel. Sagara sedikit risau tentang adiknya yang menginap dirumah orang, risau menyusahkan keluarga Rasha kerana selama ini Amanda dirumah sendiri tidak pernah berbuat apa apa. Semua diurus oleh pembantu dan apa saja yang dia mahu akan dituruti.
Sepanjang perjalan ke rumah Rasha, Amanda hanya mendiamkan diri dan mukanya sedikit gusar dan cuak. Seperti ketakutan. Rasha yang menyedari hal tersebut terus menegur Amanda kerana risau dia tidak selesa tinggal bersama keluarga Rasha.
"Mand, are you ok?"
"Yeah, I'm good. I just feel a little scared to meet your parents. Gimana kalau mereka gak suka kamu temenan sama aku setelah ini?"
"Hahaha…. Kenapa kau overthinking? My parents okay la and they will be very happy because this is my first time bawa kawan balik rumah and my first time ada kawan yang sangat rapat dengan aku. By the way, boleh tak kau mesej abang kau, bagitahu mereka my parents ajak makan malam dirumah malam ni. Semua tau! Dalam pukul 7 macam tu, my cousin will pick them up."
"Yea sure." Ujar Amanda. Dia sedikit lega mendengar kata kata Rasha. Sekurang-kurang ibu ayah Rasha tidak segarang keluarganya yang lebih memilih dalam berkawan. Abangnya saja hanya di benarkan berkawan dengan Iefan, Gio dan Esa kerana semuanya anak kepada konglomerat di Indonesia. Sedangkan Rasha, dia belum berani kenalkan kepada keluarganya kerana dia juga kurang tahu latar belakang keluarga Rasha. Rasha pula seorang yang sedikit tertutup, jadi dia kurang bercerita tentang keluarganya kepada Amanda melainkan jika Amanda bertanya.
"Eh tahu tak, masa flight balik sini aku terserampak dengan Dani." Amanda terus menoleh ke arah Rasha dengan muka sedikit terkejut. "Are you ok?" Soalnya dan Rasha hanya mengangguk. "Cerita dong gimana kejadiannya." Sambung Amanda.
FLASHBACK
"Rasha! Hi, lama tak nampak. Sihat?" Rasha memandang muka Danial lama, sedikit terkejut setelah disergah begitu semasa berjalan masuk ke kapal terbang. "Rasha." Danial memanggilnya semula.
Rasha berdehem, "Erm sorry, aku terkejut kau tiba tiba sergah aku and yea aku sihat." Jawabnya sambil tersenyum walaupun sebenarnya dia merasa sedikit canggung berdepan semula dengan bekas kekasihnya itu. Dan jujur, hatinya masih sakit setiap kali melihat wajah Danial. Peristiwa beberapa bulan yang lalu masih terngiang ngiang di ingatan Rasha.
Danial tersenyum tipis. "Aku kau? You've changed a lot." Dia tidak biasa dengan perubahan Rasha walaupun sudah lama terputus hubungan.
"I'm not. Cuma ya lah, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi jadi logik lah kan aku tukar cara bercakap dengan kau."
Danial cuba memegang tangan Rasha namun sempat di tepis oleh Rasha. "Kau tahu kan aku tak suka kena pegang, ingat sikit aku bukan Lydia."
"Ok, I'm sorry. Tapi Sha, awak tak bagi saya peluang pun untuk jelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Saya dan Lydia…"
Belum sempat Danial menghabiskan ayatnya, Rasha terus memotong. "I don't need any explanation from you. Mata aku tak salah. Apa yang aku tengok dekat taman tu pada hari tu, itu lah penjelasan kepada semua yang berlaku. Dan aku terima. Aku anggap sampai situ saja jodoh kita. Tolong jangan ganggu aku lagi. Kalau kita bertembung sekali lagi, jangan tegur aku, senyum pun jangan. Anggap saja kau tak pernah kenal aku. Aku dah terlanjur benci kau." Rasha terus meninggalkan Danial yang terkebil-kebil mendengar ucapannya.
FLASHBACK OFF
Sepanjang makan malam, Rasha hanya mendiamkan diri dan sekali sekala tersenyum melihat keadaan diruang makan keluarganya sekarang. Begitu riuh. Ibu, terutama ayahnya sangat 'syok' bercerita dengan Sagara dan kawan-kawannya yang lain. Mereka juga sangat pandai dan mudah bergaul dengan ibu ayah Rasha. Tidak seperti yang Rasha bayangkan. Dia risau mereka tidak selesa dengan keluarganya.
Setelah selesai makan, mereka dibawa oleh Rasha untuk duduk di kawasan kolam renang rumah mereka. Masih awal untuk menghantar mereka balik ke hotel. Tidak lama, ibu Rasha menghantar buah-buahan dan snack lain kemudian terus beredar.
"Sha, kamu kok diam aja tadi waktu makan. Ga suka ya rame rame?" Sagara membuka topik.
"Eh, tak adalah! Rasha memang tak banyak cakap." Jawabnya sambil senyum. Dalam hati Sagara, 'susah banget ngajak ni anak ngomong. Di tanya satu, di jawab setengah.' Sagara mengaru kepalanya
Mereka semua bercerita sepanjang malam hingga lupa waktu dan pada akhirnya, Sagara, Gio, dan Esa menginap dirumah Rasha kerana Rasha takut untuk menghantar mereka lewat malam. Sepupunya yang mengambil mereka tadi pula sudah balik sejak tadi. Mereka bertiga bergelimpangan di ruang tamu. Bukannya tiada bilik tetamu, tetapi mereka lebih suka dan memilih untuk tidur diruang tamu.
Setelah Rasha dan Amanda beredar, Gio yang dari tadi memeharti Sagara dan Iefan tanpa bas abasi terus menemplak mereka berdua. "Eh Fan, Gar. Gue tuh curious ya. Curious banget. Fan, lo suka sama adek Gara? Dan lo Gara, lo suka ya sama Rasha?"
"Apaan sih lo? Ga jelas banget."
"Ga jelas gimana. Gar? Dari tatapan lo aja bisa ditebak ya lo suka sama Rasha. Sejak kapan?" Kata-kata Iefan membuat Sagara terbatuk kecil.
Esa menampar bahu Iefan. Bukannya menjawab soalan Gio tapi malah turut menyoal Sagara. "Lah Kalau lo gimana? Suka ya sama Manda?"
"Kalau gue sih, jujur. Emang suka. Gue juga udah pernah bilangin ke calon kakak ipar gue dan katanya sih gak mau masuk campur yang penting adeknya gak boleh disakiti aja."
Sagara mengangguk. Beberapa minggu yang lalu Iefan sudah menghubunginya dan memberitahu dia ingin mendekati Amanda. Sagara tidak peduli selagi adik kesayangannya itu tidak disakiti dan dia pasti keluarganya juga akan menerima Iefan kerana keluarga mereka saling kenal.
"Ya jujur, gue suka sama Rasha tapi bingung aja gimana gitu. Tau aja keluarga gue gimana. Gue takut ujungnya nanti gue malah nyakitin anak orang. Mana anak tunggal lagi, temennya cuma Amanda dan kucing. Ga tega gue."
"Saran gue sih, masalah itu bisa diselesaikan kalau lo bener bener mau dan tulus sama Rasha. Effort lo yang penting. Dan kata gue, lo harus cepat-cepat deh ambil hati dia. Lo lambat, lo kalah. Saingan lo banyak." Esa memberi nasihat dan berharap Sagara faham apa yang dia maksudkan.
"Lo kan, salah satu saingan gue?" Sagara menatap Esa dan Esa hanya tersenyum. Tidak menjawab.