webnovel

BAHAGIA DULU

SUDAH lama tidak melepak dek kerana kesibukan masing dan pada malam itu mereka berjaya bergumpul semua dan melepak di warung berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Para lelaki sibuk dengan game mereka manakala para wanita sibuk bergosip. Di tambah lagi dengan ahli baru mereka, kekasih kepada Argion.Seorang wanita yang lemah lembut tapi sangat peramah dan mudah berkawan. Devianna Hudson, juga berdarah kacukan seperti Argion pelajar bidang teknologi yang juga sama angkatan Rasha dan Amanda. Sesuai dan serasi bersama! Ini kali pertama mereka berjumpa tapi dia sudah dapat berkawan dan menyesuaikan diri dengan Amanda dan Rasha."Hari minggu, girls time yuk?" Ajak Amanda. Dia senang dan gembira semakin ramai kawan. Jadi mahulah merasa girls time seperti circle lain. "Emang di izinin sama mas pacar?" Tanya Devianna. Mereka bertiga lansung menoleh kearah pasangan masing-masing."Emang mau kemana aja? Ga usah jauh-jauh." Sagara mengeluarkan bunyi. Lama mereka bertiga berfikir untuk menjawab soalan Sagara. "Erm... Gimana kalau kita nginap di Hanging Garden? Back to nature gitu." Devianna memberi cadangan.Argion mengerut dahi. "Itu udah masuk dalam kategori jauh ya, babe." Ujarnya sambil menatap lama wanitanya itu. Devianna mencebik bibirnya. "Boleh sih kalau mau kesana, tapi kita juga ikut." Iefan menyambung."Kalau korang ikut, bukan girls time dah tu." Balas Rasha. Sagara ketawa kecil melihat wajah Rasha dan terus mengusap kepala Rasha lembut. "Ga usah nginap-nginap deh. Mending ke mall aja atau apa gitu. Terus Vivi nginap rumah kalian aja.""Benar!" Balas Iefan dan Argion serentak. Setuju dengan pendapat Sagara. Mereka sebenarnya risau, jika mereka bertiga memandu terlalu jauh. Tambahan pula, mereka semua wanita. "Mending gue pulang aja deh! Kerasa banget jomblonya!" Sampuk Mahesa yang dari tadi diam membuat ketawa mereka pecah.Mahesa menaikkan kedua matanya tanda menyampah. "Makanya, cari pacar." Balas Iefan. Mahesa hanya mengeleng kepalanya. "Hati gue masih ada satu nama yang susah gue hapus.""Jangan ya dek ya... Move on itu harus. Apalagi nama itu, udah punya pemilik." Argion pula membalas. Tipulah kalau mereka tidak tahu siapa wanita yang dimaksudkan oleh Mahesa. Cumanya, wanita itu sudah menjadi milik Sagara walaupun belum sepenuhnya.Mahesa tersenyum kelat. "Ya, masih usaha walaupun susah. Semoga setelah ini ada deh wanita yang sama seperti orang itu datang di hidup gue." Sagara mengusap lembut bahu Mahesa. Rasa bersalah mungkin kerana menyukai wanita yang sama."Siapa sih orang itu?" Tanya Amanda. Tapi tiada jawapan dari keempat mereka.***PETANG itu, seperti yang sudah dijanjikan Rasha balik dari kampus bersama Sagara dan meninggalkan Amanda kepada Iefan. Rancangannya untuk keluar berjalan di pusat membeli belah untuk membeli hadiah Amanda kerana hari jadi Amanda menjelang tidak lama lagi."Abang, Amanda suka jewelry kan? Macam mana kalau kita belikan gelang Swarovski ataupun Cartier?" Cadang Rasha kerana rambang mata mencari hadiah untuk si Amanda. Jadi lebih baik mereka, mencari dan membeli sesuatu yang Amanda suka dan memang akan dipakai.Sagara seakan berfikir. "Kayaknya Amanda lebih suka handbag ga sih?" Tanyanya untuk kepastian. Rasha menggaru kepalanya. Bingung. Tapi memang tidak dinafikan Amanda memang suka mengkoleksi beg tangan. "Kalau macam tu, abang belikan handbag then Rasha belikan bracelet.""Ok setuju! Kamu tau favorite brand nya Manda?" Rasha mengangguk. Kemudian menarik tangan Sagara menuju ke sebuah kedai beg 'branded'. "Easy! She loves Chanel so much! Jom masuk pilih."Hampir tiga puluh memilih, akhirnya mereka kelaur dari kedai itu dan kemudian memasuki kedai barang perhiasan. Disitu mereka juga lama memilih kerana ingin mencari sesuai dengan gaya Amanda. Setelah selesai semuanya, mereka memilih untuk duduk berehat di sebuah kedai aiskrim.Sagara mengelus lembut pipi Rasha yang sedang sibuk makan aiskrim. "Cape ya?" Rasha mengangguk lembut. Kakinya sakit kerana berpusing satu pusat membeli belah itu. Nasib baiklah dia memilih untuk menggunakan kasut pada hari itu. Tidaklah tumit nya terasa begitu sakit."Lepas ni, kita nak pergi mana?" Tanyanya kembali. Lama Sagara berfikir. "Pantai mau? Masih jam 5. Masih sempat nih kalau mau liat sunset." Cadang Sagara setelah meilihat jam tangan. Rasha tersenyum lebar dan kemudian mengangguk laju. Sudah lama dia tidak melihat mata hari terbenam di tepi pantai.Dipantai, mereka duduk di sebuah bangku kosong bersama beberapa makanan ditangan Rasha. Kalau dipantai, wajib dia membeli jagung bakar dan keropok goreng. "Makan pelan-pelan, sayang." Tegur Sagara sambil membuang sisa keropok dibibir Rasha. Rasha hanya tersenyum dan kemudian kembali menguyah."Cantiknya... Nak seribu kali tengok sunset ni pun memang cantik dan tak akan bosan." Gumam Rasha. Matanay tertumpu pada matahari yang semain terbenam tapi mulutnya masih sibuk mengunyah. Sagara pula diam-diam cuba mengambar Rasha. Dua-dua cantik! "Rasha, liat sini." Katanya.Setelah Rasha menoleh, dia terus menangkap gambar tanpa mununggu Rasha bersedia. Rasha, secara refleks memunkul lembut dada Sagara. "Abang, buruklah muka orang belum bersedia lagi." Sagara ketawa sambil memegang dadanya yang dipukul Rasha tadi. "Yang bilang buruk siapa? Cantik loh! Aesthetic juga.""Nak tengok!" Sagara menunjukkan gambar-gambar yang dia ambil dari tadi. Rasha mengerut kening. "Banyaknya gambar." Sambung. Sagara tersenyum. Dia mencubit pipi Rasha, geram. "Cantik soalnya. Sayang kalau ga Digambar. Kamunya cantik. Sunsetnya juga cantik. Aku ganti wallpaperku jadi foto ini ya?"***TYARA kucing kesayangan si Rasha itu tiba-tiba muncul di depan pintu bilik Sagara. Entah muncul dari mana, dan entah bagaimana dia boleh masuk kerumah itu. Mendengar bunyi kucing itu mengiau, Sagara keluar dan mengangkat kucing itu."Loh, kok kamu bisa kesini sih?" Katanya sambil mengelus lembut bulu kucing itu. Dia turun ke ruangan bawah, melihat pintu rumah mereka tertutup rapi. Dia masuk kedapur dan melihat Mahesa dan Argion duduk disana sedang minum. "Kalian baru sampai?""Iya Gar. Tyara ngikutin tadi, jadi gue biarin aja berkeliaran dirumah." Jawab Mahesa. Tyara sudah tahu menghidu bau kawan-kawan Rasha jadi kadang-kadang diselalu berada di perkarangan rumah mereka tapi baru kali ini dia berani masuk kerumah itu.Sagara berlalu pergi meninggalkan kedua kawannya dan membawa Tyara kembali kebilik. Lama dia tidak bermain dengan kucing itu. Dia mengeluarkan telefonnya dan kemudian menggambar Tyara dan menghantar gambar itu kepada Rasha.

 Tya ada sama papanya. – Sagara

 Amboi! Pandai pula dia pergi sana. – Rasha

 Nanti aku hantar ya. Mau main dulu. Kangen sama Tya. – Sagara

 Okiee dokiee. – Rasha

Sagara bermain dengan Tyara. Sesekali di ciumnya Tyara. Wangi! Seperti tuannya. Setelah puas bermain, dia kembali membawa Tyara turun kebawah dan menghantarnya ke seberang. "Rasha!" Teriaknya dari luar rumah. Tidak lama, Rasha pun keluar. Rasha mengambil Tyara dari tangan Sagara."Kamu sendiri dirumah?" Tanya Sagara setelah melihat garaj kereta kosong. Rasha mengangguk. "Ya. Amanda keluar dengan kak Iefan." Sagara membulatkan mulutnya. Kemudian terangguk-angguk. Melihat tali tuntutan si Tyara, Sagara terus mengambil dan kemudian mengajak mereka berdua berjalan."Jalan keliling kompleks yuk!" Dia kemudian mengambil Tyara dari rangan Rasha kembali dan memasang tali tersebut membiarkan Tyara berjalan sendiri. Mereka pun berjalan mengikuti arah yang dibawa oleh kucing itu. "Tak lama lagi cuti semester. Tinggal 2 minggu lagi. Abang memang confirm ke tinggal kat Bali saja?" Rasha membuka topik.Sagara mengangguk. "Ya, sayang. Kita semua disini aja. KKN nya didesa berdekatan jadi mungkin kita ga tinggal disana.""Ok lah kalau macam tu. So, Tyara boleh tinggal dengan abang kan untuk 5 minggu?" Sagara mencubit lembut pipi Rasha. "Bisa, sayang. 5 tahun juga bisa." Rasha tersengih. Ada-ada saja jawapan lelaki itu. Sagara mengangkat Tyara kemudian mengajak mereka untuk duduk berehat sebentar di bangku padang basket.Dia mengikat tali tuntutan Tyara pada bangku tersebut dan kemudian membiarkan Tyara bermain. "Sha, erm..." Rasha mengangkat muka, menatap Sagara. Dia mengangkat keningnya. "Kenapa?" Tanyanya."Kenapa kamu manggil aku abang? Ga panggil aku kakak kayak kamu manggil yang lain." Sagara membalas tatapan Rasha. Rasha pula ketawa kecil, kemudian memegang kedua belah pipi Sagara. "Rasha cuma terikut cara Amanda. Amanda panggil abang as abang, so Rasha pun ikut. Kenapa, tak suka ke?"Sagara menggeleng kepalanya laju. "Bukan ga suka, cuma ngerasa aneh aja. Ga mau kah manggil aku kak juga?" Rasha menggeleng kepala nya laju. "Kalau Rasha panggil abang, kakak maksudnya abang sama la dengan yang lain. Kalau Rasha panggil abang seorang as abang, maksudnya abang special.""Hehe... Ya udah deh! Aku terima apa adanya aja yang penting pacar ku yang gemes ini happy." Dia mengusap lembut kepala Rasha. Rasha pula hanya tersengih. "Pacar atau kekasih?" Tanyanya mengusik.Sagara menciut hidung Rasha, geram. "Dua-dua juga bisa. Yang penting, punya aku!" Jawabnya kemudian mengajak mereka kembali berjalan kerana Tyara sudah mengiau kebosanan tidak dapat berjalan jauh.'Ah! Aku harap kita bisa bahagia seperti ini setiap hari!' Bisik hati Sagara.