webnovel

YOU TU ISTERI I

" Yes??"

" What?? Where??

" Where is she now?" James pandang Nick tak tahu bagaimana nak bagitau berita yang dia dapat sebentar tadi

" What happen " Nick bersuara bila tengok James macam serba salah

" Sir.... Madam accident " James bersuara perlaham

" What????" Nick terduduk disofa. Kakinya tak semena-mena lemah tak mampu nak menampung berat badannya sendiri

" Diaorg dah bawa madam ke Gleneagles. Kita pergi sekarang ke sir? " Nick cuma mengangguk...dah tak mampu bersuara. Masing - masing melangkah pantas ke arah pintu keluar KLIA menuju kearah kereta yang tersedia menunggu bagaikan tidak sabar untuk sampai ke hospital. Kalau Nick vampire dah lama Nick bertukar jadi kelawar dan terbang.

SELEPAS 6 BULAN

-----------------------------

Nadira cuba buka matanya...Payah tul nak buka mata ni..aku ngantuk sangat ke? tapi aku rasa macam aku dah tido lama sangat dah. Apsal bau macam dettol? Mesti mak baru mop lantai.

Setelah bersusah payah..akhirnya Nadira berjaya membuka matanya... Dia pandang keliling biliknya dan keningnya mula berkerut..Aku kat hospital ke ni..Apsal aku kat sini?? Aku sakit ke??? Sedang Nadira bermonolog sendiri pintu bilik dibuka dari luar. Nadira menyorot matanya ke arah pintu tersebut dan seorang lelaki berseluar slack dan berbaju kemeja jalur - jalur masuk ke dalam bilik.

" Madam! Madam dah sedar?? Nanti saya panggil doktor ya" Lelaki terbabit tidak menunggu jawapan dari Nadira sebaliknya bergegas keluar. Terkebil-kebil Nadira pintu yang dah ditutup. Mangkuk betul!!! tanya lah aku nak apa ke dulu..aku dah la dahaga giler. satu telaga pun aku boleh minum tau..ni dia blah camtu aje.. Eh sapa lelaki tu tadi??? Apsal dia panggil aku madam? hmmm...Madam tengkorak dia..aku miss la...aku sket la punya muda, ada ke patut dia panggil aku madam..haihh.

Tak sampai 5minit..Pintu bilik Nadira dikuak lagi sekali. Kali ini masuk lelaki dan seorang wanita..Lelaki tersebut ada stetoskop di lehernya...Mesti doktor dengan jururawat ni.

" Puan minum air ni dulu. Lepas tu boleh puan bagitau nama puan? " Tanya doktor Alif..Itu yang tertera di tanda namanya sambil memberikan segelas air kepada Nadira dan selepas itu Doktor Alif buat pemeriksaan ringkas keatas Nadira.

" Nadira " Jawab Nadira setelah meneguk segelas air.. Segelas jer ke?

" Ada rasa sakit mana-mana, tak selesa atau pening kepala? " Tanya Doktor Alif sambil mencatat sesuatu di fail ditangannya dan Nadira cuma menggeleng kepalanya.

" Puan tau kenapa puan ada disini? " Lagi sekali soalan doktor Aliff dan hanya gelengan juga yang diterima sebagai jawapan

" Puan...Untuk pengetahuan Puan, Puan seben1arnya terlibat dengan satu kemalangan 6 bulan lepas " Terang Doktor Alif sambil memberi fail yang dipegang ke Jururawat di depannya.

" Apa??? 6 bulan lepas???? Jadi saya koma selama ni? " Tanya Nadira terkejut dengan matanya yang bulat..Bulatnya

" Ya puan..Puan koma selama 6 bulan..Dari pemerhatian saya puan tiada apa-apa complication tapi kalau ada apa-apa puan boleh tekan loceng kat tepi puan tu ya..saya minta diri dulu" Bagitau Doktor Alif sambil ibu jari kanannya menunjuk kearah butang yang dimaksudkan dan beredar dengan Jururawat tadi. Nadira yang masih terkejut...terpaku dan berkerut-kerut dahinya. Aku accident??? koma..6 bulan??? Lamanya...Patutlah tak de orang dengan aku...Mesti diaorangpun tak pasti yang aku boleh sedar..Wajah Nadira berubah sedih..

Setelah lebih 4 jam bersendirian..Nadira mula kebosanan . Dia perlahan-lahan turun dari katil dan bergerak kearah pintu. Sebelum tangannya sampai untuk memulas tombol pintu. Pintu dibuka dari luar. Tindakan spontan dari arah luar itu menyebabkan Nadira yang berada dekat dengan pintu tak sempat berundur dan

" Aduhh..." Nadira memegang dahinya yang terkena pintu dan jatuh terduduk di lantai.

Nick mengeleng-geleng kepalanya bila tubuh Nadira yang duduk dilantai terpampang didepan matanya. Tangan Nick mencapai kedua-dua lengan Nadira dan ditariknya Nadira bangun. Nick memandang Nadira yang berada didepannya. Tangan Nick masih memegang kejap kedua-dua lengan Nadira..

" You nak pergi mana ni? " Tanya Nick

" Huh" Nadira pandang Mata Hazel didepannya.

" I tanya..You nak pergi mana? Yang you terkebil-kebil tu apsal? " Pandangan Nick masih diwajah Nadira...Cantik juga

" You sapa?" Tanya July..Soalan Nadira mengejutkan Nick.

" What??? You tak kenal i siapa? " Jawab Nick sambil mengerutkan dahinya tanda tak puashati. Saja la tu.

" Kalau i kenal tak payahlah i tanya..sengal.." Protes Nadira sambil mlepaskan diri dari pegangan Nick.

" Really??? " Tanya Nick..tak de siapa berani panggil dia macamtu dan perempuan didepannya baru berbuat demikian. Nick memandang wajah Nadira tajam

" Kenapa i kena kenal you? You bukan artis pun?" Sanggah Nadira sambil menjeling.

" Oh God " Nick mengusap mukanya dengan kedua2 tapak tangannya..Dia buka pintu dan bercakap sesuatu dengan seseorang di luar dan masuk semula kedalam dan berjalan ke arah Nadira. Nadira mula berundur dan Nick mengikuti langkahnya sehingga kakinya terhenti dikatil dibelakangnya..

" Apa you buat kat bilik i? " Tanya Nadira tak puashati sambil tangannya bersedia untuk menolak tubuh Nick.

" Abis tu you nak suruh i melawat sapa kat sini? " Jawab Nick perlahan sambil mendekati Nadira hingga tangan Nadira menyentuh dadanya.

" Melawat la sapa- sapa pun..Ada i peduli?? " Nadira cebirkan bibirnya sambil meletakkan satu lagi tangannya didada Nick. Keras macam batu, ni dada ke dinding..Nick telan air liur.

" Melawat orang lain? Ha. I datang hospital ni pun sebab you tu isteri I.. Ingat ni betul-betul dalam otak you yang kecik tu...You tu isteri i" Bagitau Nick tegas.

" isteri? Sapa nak jadi isteri mamat sengal cam you..tak nak i " Nadira tergelak..Kedua-dua tangannya masih didada Nick.

" Hei! you ni dah hilang ingatan ke apa?? " Nick pandang Nadira dengan wajah tandatanya..Biar betul.

Soalan Nick tak sempat dijawab oleh Nadira bila pintu bilik dibuka dari luar.. Doktor tadi...Nick berpusing dan bergerak ke arah pintu. Tangannya dihulurkan dan bersalam dengan doktor Alif.

" Doc, tolong check wife i? Kenapa dia tak ingat I sapa? " Nick menarik tangan Doktor Alif kearah Nadira. Setelah Doktor Alif betul betul didepan Nadira baru Nick melepaskan pegangannya.

Doktor Alif "....."

Nadira " ... "

Nick membantu Nadira naik ke atas katil. Kali ini Nadira tidak membantah. Setelah belakangnya disandar ke kepala katil.

" Puan Nadira, apa perkara terakhir yang puan ingat" Nadira kerutkan dahinya cuba mengingati peristiwa terakhir didalam kepalanya..

" Haaa...Saya kat airport baru balik dari Uk. Masa saya nak pergi ke teksi saya terlanggar seseorang..tak sempat saya nak minta maaf dia dah blah.. Lepas tu saya naik teksi tu...Saya accident masa naik teksi tu ke doc?? " Tanya Nadira lurus.

" Nadira, you dah 5 tahun balik dari uk. You dah kerja pun " Bagitau Nick ringkas

" Really?? " terkejut Nadira mendengar jawapan dari Nick

" What happen to her, doc " Tanya Nick memandang Doktor Alif

" I m really sorry Mr Nick. Dari pemerhatian saya Puan Nadira mengalami Retrogade Amnesia..Hilang sesetengah memori disebabkan oleh trauma. Dalam kes Puan Nadira..kita boleh katakan yang dia kehilangan 2 tahun memorinya"

" Arghhhh...no " Kali ini Nadira mengusap muka dengan kedua-dua tapak tangannya...Tak boleh terima berita yang baru didengar.

" Boleh dia ingat balik tak Doc ?? " Tanya Nick dan tanpa sedar mengusap belakang Nadira dalam masa yang sama menarik Nadira ke dalam pelukannya untuk menenangkan Nadira. Patutlah dia tak ingat aku..

" Depend..Ada yang dapat balik.memori mereka dalam waktu yang singkat dan ada juga lama. " Jawapan Doktor Alif membuatkan Nick memicit ditengah-tengah keningnya...Macamana ni...