webnovel

chapter:2

Cahaya terang menyinari kain lace yang menutup wajah Elin membuatnya merasa sedikit tenang ia menghembus nafas perlahan .

" Sudah pagi " .Elin berkata di hati.

Gadis itu pun mencari cari apa yang mengganggunya saat tidur Elin melirik mata ke kiri ke kanan di sebalik kain lace itu . Merasa tubuhnya dalam keadaan berdiri sambil berpegangan tangan . Elin mencuba menarik balik tangannya tetapi orang itu pegang sangat kuat .

" Aik..??" ucap Elin sampai mengerut kening merasa hairan.

Elin melihat dari dalam penutup wajahnya di depan seorang lelaki wajah tidak kelihatan kerana lebih tinggi daripada diri nya . Memakai sepasang jas hitam kemeja dalam putih juga bunga di kelipkan di saku jas dan kasut kulit hitam .

" Penampilannya fomal Ha ..ha..seperti nya lelaki di depanku ini sedang berkahwin " . Berkata kata di hati Elin merasa lawak.

" Hey ! tunggu se.. ke ..jap... kahwin..!! ". Elin seperti kepalanya di ketuk lantas memerhati di mana ia berdiri terus melihat penampilan nya berguling kepala Elin di dalam tudung lace nya melihat sekeliling .

" Bila masa aku berpakaian pengantin "

Seketika terdiam mulut Elin sedikit terbuka fikirannya terpaku mata berkali kali di kedipkan Elin tidak ingin mempercayainya bahawa dirinya sedang berkahwin .

" What !!! " Ucap Elin sehingga terdengar para tamu yang sedang menyaksikan acara .

Lelaki depannya juga turut mendengar tetapi hanya memandang sekilas ke Elin. Elin tidak menyedari saat ini jari manisnya sedang di pasangkan cincin .

Elin berusaha bergerak pergi dari situ tangan kanannya mula mengangkat rok , dan tangan yang satu lagi mencuba untuk ingin dilepaskan . Berkali kali Elin menarik tangan nya sehingga lengannya bertolak tolak tetapi lelaki itu tidak memberi reaksi .

Malahan lelaki itu memegang hujung kain lace itu membuat Elin berdiri tegak membeku dengan bebola matanya mengekori tangan lelaki itu yang sedang membuka kain penutup naik ke atas sehingga terlihatlah wajah Elin yang mungil dihiasi makeup tidak terlalu tebal tetapi memancar pesonanya .

Dengan tiba tiba lelaki itu perlahan lahan mendekatkan hidungnya hampir menyentuh hidung Elin , sehingga merasakan bau aroma lelaki yang di miliki lelaki itu.

Lalu lelaki itu membelok wajahnya ke tepi mendekat telinga Elin sejenak hembusan nafas lelaki itu membuat Elin merasakan perasan yang aneh Elin tanpa sedar pejamkan matanya.

" Cukup... di sini lakonannya memuaskan " .Bisik lelaki itu dengan senyum tersengih diikuti sudut matanya melirik tajam ke wajah Elin.

Langsung Elin membuka matanya membeku seketika . Elin mengundurkan sedikit wajahnya menjarakkan wajah nya dengan lelaki itu .

Para tamu yang menyaksikan bertepuk tangan kerana ini saat adalah acara kucupan selepas memakai cincin . Adegan tadi terlihat seperti berkucup pipi malahan yang sebenarnya berbeza .

Cepat cepat Elin memandang sekeliling mencari wajah wajah keluarganya , sahabatnya kerana Elin sangat bingung bahkan dirinya kahwin ia tidak tahu tetapi hampa kecewa tidak ada seorang pun yang dikenalnya .

Setelah acara itu Elin di hantar ke hotel saat ini berada di bilik sedang mengganti baju fikirannya masih tertanya tanya Elin melangkah tepat berhenti di depan cermin terpantul diri nya memakai off shoulder dress navy.

" Hu!...apa ini saja baju yang ada ??." Sambil kepalanya melihat ruang itu ke kiri ke kanan Elin menoleh malahan tiada hanya dress itu sahaja .

Elin menarik nafas dalam dalam melangkah menuju di ranjang yang hanya beberapa langkah ia pun duduk di atas nya.

Merenung jauh dari tingkap , langit yang sudah gelap diterangi lampu jalan lampu bangunan terlihat suasana kota Elin memandang dari biliknya kerana ia berada di tingkat atas. Elin mengkilas balik saat acara perkahwinan itu.

" Ha..ha.. perkahwinan macam apa ? Suami langsung pergi .." tertawa Elin bertanyakan diri sendiri.

" Yaa .. tidak apa lah ini ada kad nya aku bebas " terukir senyuman iblis Elin ingin menghabis isi kad itu.

Tetapi tiba tiba reaksi wajah Elin berubah sekilas memikirkan dirinya yang saat ini masih mencari tahu apa yang terjadi .

" Merasa dunia yang sama tetapi mengapa sangat asing " ucap Elin seorang diri ia menekan nekan kepalanya yang sedikit pening.

Lelaki itu yang sudah menjadi suami Elin telah pergi sebelum para tamu pulang setelah selesai acara Elin di jemput pengawal dan di hantar ke hotel juga di berikan kad bank.

" Satu lagi .." kata Elin sambil bebola matanya ke kiri ke kanan .

" Mengapa diri ku berkahwin tetapi tidak mengenal calon suamiku...em.. dan siapa lelaki itu apa aku lupa ingatan ..ah ...?." . Pertanyaan terus pertanyaan Elin seorang diri .

" Tetapi pandangan tajam mata lelaki itu merasa tidak asing ..di mana ya??." Elin mencari di ingatan tetapi kecewa ia tidak menjumpai .

" Ting ..tong..Ting..tong.. "

Pintu biliknya berbunyi loncing seseorang membunyikan alam pintu. Sementara Elin menatap tajam pintu biliknya sedikit cemas.

Ia turun dari ranjang melangkah sebesarnya langkah kakinya dengan di dahulukan jari kakinya mendarat lantai lalu perlahan mendaratkan seluruh tapak kakinya menuju pintu bilik . Elin mendekatkan telinga ke badan pintu ingin mendengar di luar tetapi tidak mendengar apa apa ia pun mencuba bersuara.

" Siapa ? ?" Teriak Elin dari dalam bilik.

" Makanan untuk nona !" Balas suara perempuan.

" Aik..di tanya siapa malah jawab makanan " gumam Elin langsung ia merasakan perutnya berbunyi ingin di isi semenjak ia membuka mata di acara perkahwinan ia belum makan apa apa . Elin pun memberanikan diri membuka pintu bilik sambil tangan sebelahnya memegang heels terus sembunyikan di sisi pinggangnya.

Maka masuklah seorang gadis muda menghantar makanan tetapi hanya melimpasi pintu terus Elin menyuruh pelayan itu berundur . Dengan cepat Elin menutup pintu ia membuka penutup makanan berjalan air liur Elin di lehernya .

" Emm..apa boleh aku makan, sangat merisaukan " Elin menatap makanan itu dalam dalam .

" Kering ...kering... "

Tiba tiba telefon berbunyi yang tersedia di atas meja tepi ranjang.

Sementara Elin terlompat mengejut sampai penutup makanan yang dari tadi di tangannya terbaling. Panggilan itu masih berterusan berbunyi perlahan Elin mendekat tangan memegang genggang telefon di letak di telinganya sambil duduk di ranjang .

" Hello nona Elin ..saya secretary tuan muda Sam " kedengaran suara lelaki di genggang telefon.

Mengerut kening Elin campur fikiran tertanya-tanya terus berubah reaksi wajah Elin harapannya bersemangat mendengar namanya di sebut .

" Hey kamu ..menyebut nama saya..kamu kenal saya , tolonglah ceritakan apa yang terjadi " tukas Elin .

" Maaf nona saya hanya secretary " balas suara dari genggang telefon . Seketika hilang senyuman Elin yang hampir terukir .

" Tuan muda Sam meninggalkan pesan , Nona Elin boleh tinggal di hotel beberapa hari , makanan dan minuman akan di hantar ke bilik nona Elin mengikut waktu nya jikalau ada perlu boleh berhubung dengan pengawal di luar ." Sambung suara secretary itu .

Sementara Elin berdiam diri seperti mendengar seperti tidak kerana harapannya tiba tiba menurun sedih hatinya ia menatap kosong di lantai.

" Baiklah ..nona Elin selamat berehat"

"...tuttt..."

Kedengaran bunyi genggang telefon di letakkan . Tangan lemas Elin meletakkan genggang telefon ia menyandarkan badannya di ranjang dan keadaan kaki terjuntai kebawa.

***********