webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Xue Rou’er Terpedaya (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu lagi?" Wajah comel Ye Qi berkerut. Wajah comel Ye Qi muram. Dia menjeling bengis ke arah perempuan berjubah merah itu lalu bertanya, "Kenapa kamu suka mengganggu saya?"

Semenjak perempuan ini muncul beberapa hari lalu, perempuan ini selalu memuji Yun Xiao di depan Ye Qi. Tetaipi hati Ye Qi sudah menjadi milik Ye Ximo sepenuhnya, jadi dia tidak akan suka lelaki lain tidak kira betapa hebat pun lelaki itu.

"Cik Ye, saya tidak berniat buruk. Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu! Saya dengar abang kedua kamu yang hilang itu seorang yang sangat baik. Kalau dia jadi milik kamu, dia pasti akan setia kepada kamu, jadi niat saya cuma untuk membantu kamu…"

"Maaf, saya tidak berminat." Ekspresi Ye Qi menggelap. "Jangan cari ganggu saya lagi kalau cuma itu niat kamu. Kalau ayah dan ibu saya dengar apa yang kamu katakan ini, mereka pasti akan hukum saya!"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com