webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Xiao Bai Menyerang (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Kediaman Keluarga Xiao.

DI laman, Yun Luofeng memandang Lin Yue di lantai yang sudah penuh lebam dengan cahaya dingin berkilau pada matanya.

"Saya akan balas semula perbuatan jahat kamu terhadap Yun Xiao dulu."

Lin Yue menggigit bibirnya sambil tubuhnya menggigil dan menjeling Yun Luofeng dengan mata yang kejam dan jahat setajam pisau beracun.

"Yun Xiao, mari pergi."

Tidak lagi memandang Lin Yue, Yun Loufeng perlahan pergi ke Yun Xiao, senyuman yang menawan terukir pada wajahnya. Matanya seperti bintang di langit malam dan dia siapa mampu menahan renungannya. Lelaki itu mengangguk dan ekspresi wajahnya tiada emosi dan dingin.

Ketika Yun Luofeng sampai di pintu, tiba-tiba dia teringat sesuatu lalu berhenti. "Yun Xiao, saya sudah teringat apa yang saya terlupa…"

Yun Xiao memandang gadis itu lalu bertanya, "Apa?"

"Xiao Bai!" Yun Luofeng tersenyum. "Saya terlupa gadis itu…"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com