webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Perpisahan (10)

Editor: EndlessFantasy Translation

'Tiga orang berevolusi dengan serentak dan dia berani kata ini cuma kebetulan?'

Semakin lama Ye Tian fikirkannya, semakin bertambah kemarahannya. "Kamu masih enggan jelaskan apa yang sebenarnya terjadi di sini? Bagaimana kamu semua boleh berevolusi?"

"Ini…" Ye Jingchen berkata dengan senyuman malu, "Ini memang cuma satu kebetulan. Saya juga tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi."

Buat masa ini, Ye Jingchen tidak mahu orang tahu tentang apa yang Yun Luofeng miliki. Jika tidak ia pasti akan menimbulkan kekecohan. Akan tetapi, dia terlalu teruja tadi dan terlupa untuk berevolusi pada masa yang berbeza dengan Jun Fengling.

"Tidak apalah, Ayah tidak akan paksa kamu beritahu Ayah." Ye Tian tahu dia tidak akan dapat jawapan yang betul tidak kira berapa kali dia tanya, jadi dia hanya mampu menjegil Ye Jingchen.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com