webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Merawat Penyakit (6)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Untuk serap tenaga rohani."

Sudut bibir Yun Luofeng melengkung ke atas. "Sediakan mandian perubatan segera dan orang yang tiada kaitan boleh pergi."

"Baiklah." Lelaki itu percaya kepada Yun Luofeng lalu mengangguk. "Saya akan sediakan bahan-bahan perubatan ini dan hantar nanti."

Setelah bercakap, dia melambaikan tangannya lalu bawa Dai Li keluar dari dewan belakang itu.

Orang tua kecil itu agak ragu. "Yatou, benarkah kamu mampu sembuhkan dia?"

"Saya enam puluh peratus yakin." Yun Luofeng mengecilkan matanya. "Tetapi saya akan cuba sebaik mungkin."

"Hehe." Orang tua itu gelak dua kali. "Kamu memang pandai bersembunyi, saya sendiri tidak tahu mengenai kebolehan perubatan kamu. Kalau betul kamu boleh sembuhkan Lin Ruobai, ia tidak akan apa-apa walau pun saya panggil kamu guru saya."

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com