webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Menjadi Terkenal dengan Hanya Satu Rawatan (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Sudah tentulah kamu yang kalah," kata Mu Wushuang dengan sangat yakin. "Kamu yang mencadangkan pertandingan ini, tapi topiknya saya yang tentukan. Jadi kalau kamu berjaya menjadikan Sida-sida Lin seorang lelaki semula, saya mengaku kalah. Kalau tidak, kamu yang kalah."

Sesiapa sekalipun akan menyedari syarat ini tidak adil. Hal ini membuatkan semua menteri yang hadir saling berbisik-bisikan, tetapi tiada siapa yang berani mempersoalkannya.

Yun Luo mengerutkan keningnya sedikit dan hampir hendak membantah ketika ketawa yang sangat kuat tiba-tiba terdengar dari arah Gao Tu.

"Jeneral Yun, cucu kamu yang mencadangkan pertaruhan ini, jadi tidak mungkin Keluarga Yun akan mengalah, bukan? Tambahan pula, memandangkan Mu Wushuang yang dicabar, tidak kira sama ada topik atau syaratnya, dia yang patut tentukan. Tiada apa yang salah di situ."

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com