webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Menggunakan Teh Gantian Kelas Kedua

Editor: EndlessFantasy Translation

Ketika ini, dalam dewan utama sebuah kedai teh, wajah seorang lelaki tua penuh kemarahan. Dia sangat marah sehingga rambutnya yang sebelum ini rapi kini meremang. Jika bukan disebabkan dia cuba mengekalkan adab yang baik, dia pasti sudah membelasah pelayan itu.

Memikirkan dia cuba ditipu oleh pelayan itu! Tidakkah pelayan bangsat itu tahu dia guru turun temurun dalam dunia penipuan?

"Saya tidak peduli siapa majikan kamu, panggil dia ke sini. Saya tidak pernah dengar siapa Isteri Agung Mu itu!"

Pelayan itu memandang lelaki tua itu dari atas ke bawah sebelum berteriak kepada orang ramai di dalam dewan utama itu, "Orang tua siapa kah ini? Lekas bawa dia pergi! Dia berani menuduh yang tuan muda sulung kamu menipu; orang tua ini sememangnya sudah penat hidup! Jika kamu tidak bawa pergi orang tua ini, jangan salahkan saya jika bertindak kurang hormat pada orang tua!"

Semua orang di sekeliling mereka mengeluh, memandang orang tua itu dengan pandangan kasihan.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com