webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Meminta Izin untuk Bersara

Editor: EndlessFantasy Translation

Semua orang memang Yun Luofeng, emosi pada wajah mereka bercampur terkejut, ragu dan kagum.

Mereka fikir Yun Luofeng menang pertandingan perubatan dan bertarung itu sudah cukup hebat. Tetapi mereka tidak sangka rupa-rupanya kehebatan sebenar Yun Luofeng adalah menjinakkan satwa rohani.

Yun Luofeng cuma berdiri di situ tanpa melakukan apa-apa dan semua satwa rohani itu melutut dan tunduk kepadanya!

Siapa lagi yang mampu buat begini di dunia ini?

"Adakah pertandingan ini tamat?"

Suara malas Yun Luofeng akhirnya membuat pengadil itu kembali sedar.

Pengadil itu lap peluh di mukanya lagi dan berkata dengan senyuman kekok, "Kamu sudah jadi juara."

Bagaimanapun, disebabkan kejadian istimewa ini, pengadil itu tidak mampu menilai dan memberikan kedudukan anak tangga kepada peserta negara lain. Nampaknya dia perlu maklumkan hal ini kepada Maharaja dan meminta Baginda mengadakan satu lagi pertandingan untuk peserta-peserta negara lain.

"Jom."

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com