Lutut Nangong Lan jadi longlai lalu dia rebah ke lantai. Matanya terbeliak menderita, kosong dan tidak menentu.
"Teh Susu, saya serahkan tugas menguruskan hukuman orang-orang ini kepada kamu. Ratu Hamster, kamu bawa Puak Hamster pergi jaga dua keluarga terkuat yang lain. Saya akan pulang untuk merawat Nangong Yunyi sebelum teruskan membalas dendam!"
Tindakan Yun Luofeng terhadap Keluarga Nangong akan cepat sampai ke telinga dua keluarga yang lain. Justeru itu, dia arahkan Ratu Hamster dan Puak Hamster untuk menjaga dan menghalang mereka daripada melarikan diri.
"Hiss!" Apabila Yun Luofeng membongkok untuk mengambil Nangong Yunyi, dia mengetap gigi menahan sakit. "Yun Luofeng, kamu masih lagi perempuan? Kamu tidak boleh lembut sedikit?"
Yun Luofeng menjeling dia. "Saya tidak berlembut terhadap kamu."
Wajah Nangong Yunyi menggelap lalu merungut sendiri, "Kamu dan pengikut kamu sama sahaja."
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com