webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasia
Classificações insuficientes
1241 Chs

Keluarga Ning (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

Seorang pengawal Keluarga Ning mengangkat Ning Xin lalu pergi kepada Tuan Tua Keempat dan bertanya, "Tuan Tua Keempat, bagaimana dengan lelaki itu?"

Tuan Tua Keempat diam seketika sebelum mengarahkan dengan suara yang dingin, "Abaikan dia. Mereka tidak akan jadi ancaman kepada kita. Sekarang mari pulang." Setelah berkata begini, dia terus berjalan keluar dari Pavilion Perubatan tanpa memandang ke belakang.

Selepas orang-orang Keluarga Ning itu pergi, Fang Ya cub untuk berdiri dan tersandung ke arah Yun Qingya yang sedang terbaring kecewa. "Bagaimana keadaan kamu, Tuan Muda Yun?" tanya Fang Ya.

Yun Qingya tidak menjawab, jarinya mencengkam debu di lantai dan matanya penuh dengan kesedihan yang mendalam.

"Kamu cedera teruk. Biar saya rawat kamu." Fang Ya mengeluh kerana dia tahu, dengan kekuatan mereka, mereka memang tidak mampu halang orang-orang Keluarga Ning itu.

Sekarang mereka dia mampu berbuat apa-apa kecuali melihat mereka bawa Ning Xin pergi.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com