webnovel

Hanya si Dia

Pada minggu pertama bulan puasa, Wanie menjadi isteri Afif. Pertama kali Wanie baru kenal Afif dan pertama kali Wanie jatuh cinta. Baru beberapa minggu Wanie sah jadi isteri Afif, Wanie selalu kena pukul dengan suaminya, Afif. "Sayang dah letak ubat? Macam tak surut ja abang tengok." - Afif "Kan abang buang ubat tu semalam." - Wanie "Sayang... Apa gunanya abang?" - Afif "Abang Fif pernah kah jadi macam ni sebelum ni?" - Wanie "Ini kali pertama baba tengok anak baba macam itu Wanie. Ini kali pertama." - Tuan Shariz Puan Fatimah yang tak sanggup melihat menantunya kena dera dengan anaknya, Afif. Di cuba pujuk anaknya untuk berhenti dari memukul isterinya. "Jangan pukul isteri kamu lagi Fif. Ummi merayu." - Puan Fatimah "Izinkan abang perbetulkan kesilapan abang." - Afif "Abang buat hanya untuk sayang. Abang buat untuk kembalikan senyuman sayang." - Afif "Abang akan usaha buat sayang senyum dekat abang." - Afif Afif yang duduk sendirian di luar rumah, termenung jauh. Di ingat kembali kata-kata terakhir isterinya. "Abang.. Sayang dah tak boleh bertahan dengan abang.. Selama ni, sayang masih bertahan, sebab sayang nak kasih sayang abang.. Tapi.. Abang tetap pukul sayang.. Abang cakap abang cintakan sayang.. Tapi.. Cinta abang adalah pukul sayang ke? Sayang nak kasih sayang abang.. Itu sahaja abang.. Hanya itu." - Wanie

CikRose · Urbano
Classificações insuficientes
20 Chs

Bab 9

Wanie yang duduk berdoa di hadapan sejadah, mengaminkan doanya. Dia termenung lama memandang sejadah, tetiba air matanya menitis, menitis dan terus menitis. Wanie yang tak dapat tahan dengan tangisannya. Dia cekup mulutnya supaya tidak kedengaran terlalu kuat.

▶▶▶◀◀◀

Selepas selesai sahur, Afif tarik isterinya masuk dalam bilik dan kunci pintu biliknya. Wanie memandang tubuh suaminya dari belakang, lama.

"Sayang nak pergi Honeymoon tak?" Tanya Afif tetiba. Wanie memandang suaminya pelik, dia diam seketika sebelum menjawab pertanyaan suaminya.

"Tak." Jawabnya bohong. Dia takut Afif akan pukulnya kalau dia cakap benda betul.

"Jujur?" Tanya Afif sambil pusing badannya perlahan. Wanie menundukkan kepalanya. Dia takut saat ini. Jangan suaminya jadi seperti dulu.

"Ya.. Wanie tak nak pergi." Bohongnya sekali lagi. Afif pandang isterinya yang menunduk.

"Laa.. Abang baru nak pergi Honeymoon dengan sayang." Afif memandang isterinya lama. Wanie diam. Di angkat wajahnya memandang suaminya. Afif cepat-cepat senyum kepada isterinya.

"Bukan abang kata tak nak pergi?" Tanya Wanie pula. Di pandang wajah suaminya.

"Itu tadi.." Kata Afif perlahan. Wanie senyum, hatinya lega.. Suaminya tak jadi seperti dulu.

"Kalau macam tu. Bila?" Tanya Wanie teruja. Terus senyuman Afif mengendur. Di pandang wajah isterinya tajam.

"Tadi cakap tak nak pergi?" Suaranya serius. Wanie garu belakang tekuk kepala sambil tersengeh.

"Ingatkan abang nak marah sayang tadi.. Sebab tu.." Pipi Wanie pedih. Kepalanya terteleng ke kiri. Dia pegang pipinya yang terasa pedih.

"Aku tak main-main Wanie!" Afif menengking geram. Wanie terdiam seketika, dengan tetiba kedua pipinya basah kerana air matanya.

"Maaf.. Maaf abang." Jawab Wanie dengan air matanya. Afif pandang Wanie geram. Dia tak suka kena tipu!

"Aku tanya sekali lagi. Kau nak pergi tak Honeymoon dengan aku?" Afif menyoal sekali lagi, di pandang Wanie yang masih tidak memandangnya. Wanie mengelap air matanya sebelum di jawab soalan suaminya.

"Ya.. Wanie nak pergi Honeymoon dengan abang." Wanie masih mengelap air matanya yang masih mengalir.

"Sebab apa kau nak pergi sana dengan aku?" Tanya Afif lagi, setapak kakinya ke hadapan dan setapak juga Wanie mengundur kebelakang.

"Sebab Wanie nak bersama abang. Wanie nak meluangkan masa dengan abang." Jawabnya dengan tanggisan masih ada, Afif memandang Wanie yang masih dengan tunduk. Afif berjalan menghampiri Wanie. Tapi Wanie juga mengundurkan dirinya setiap Afif melangkah ke hadapan.

"Stop! Berdiri situ." Wanie menggeleng. Dia masih mengundur dia takut Afif akan angkat tangannya lagi. Dia tak sanggup tanggung sakit sendirian dan Afif yang asyik meminta maaf selepas memukulnya.

"Wanie!" Jerit Afif lagi. Wanie menggeleng, dia takut. Dia takut dengan situasi sekarang, dia tak sanggup lihat wajahnya sendiri di cermin nanti.

"Abang tak akan pukul sayang, kalau sayang tak dengar cakap abang." Dia masih menggeleng, dia tak percaya cakap suaminya. Dia tak percaya! Wanie mengundur dan mengundur akhirnya dia sudah berada di dinding. Dia duduk dengan tanggisannya. Dia dah tak boleh lari mana lagi. Afif berdiri lama di hadapan Wanie, dia ambil tempat duduk di sebelah isterinya.

"Maaf sayang.. Abang tak sengaja." Afif usap kepala Wanie. Wanie menepis perlahan tangan Afif.

"Abang ti-tipu.. Abang cakap nak berubah.."

▶▶▶◀◀◀

Wanie masih dengan tangisannya. Dia dah tak nak Afif jadi seperti dulu. Dia nak bahagia dengan Afif seperti sebelum ni. Dia nak Afif suka bermanja dengannya bukannya suka pukulnya. Wanie menekup mukanya dengan tapak tangannya yang berlapik dengan kain telekung.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie keluar dari bilik dan mencari tubuh suaminya, dia berjalan ke ruang tamu. Apabila dia sampai dia melihat Afif yang duduk bermesra dengan gadis lain. Wanie memandang lama mereka berdua, jaraknya tak jauh. Sungguh hatinya sakit, sakit dengan kemesraan di hadapan matanya. Wanie kuatkan dirinya untuk memanggil suaminya.

"Abang.." Panggil Wanie. Afif menoleh ke belakang dan melihat isterinya sedang berdiri di belakangnya.

"Ha.. Keluar pun. Lama abang tunggu." Afif bangun dari sofa dan turut dengan seorang gadis berdiri di sebelah Afif sambil di peluk mesra pinggang Afif, begitu juga dengan Afif. Wanie rasa ingin nangis juga waktu ini. Apa yang suaminya buat ni? Peluk? Pada bulan puasa ni?

"Ini isteri abang." Afif senyum kepada Wanie dan cium dahi gadis yang di katanya isteri. Wanie diam, tidak berkelip matanya memandang dua insan di hadpannya. Setitis air matanya mengalir dan di ikuti di sebelah lagi. Sungguh hatinya betul-betul sakit. Sakit dengan berita yang dia baru dengar. Apa semua ni, dugaan apa yang dia hadapi ni? Jijik sangatkah dia? Hina sangatkah dia sampai semua orang nak buat macam ni dekatnya.

'Tak Wanie. Kau yang bodoh. Kau bodoh dengan cinta kau. Kau buta. Kau percaya dia bulat-bulat.' Wanie kata sendiri dalam hatinya. Tetiba Wanie terukir senyuman manis di hadapan dua insan di hadapannya. Afif dan Illa memandang Wanie hairan.

Wanie diam di sebelah Ira. Hanya kedengaran suara Puan Fatimah, Tuan Shariz, Ira, Illa dan Afif yang bersuara. Kadang-kadang Wanie hanya senyum mendengar perbualan mereka berlima. Afif pandang Wanie yang dari tadi membisu.

"Sayang.. Bisu ja kenapa?" Tanya Afif, Wanie senyum.

"Ummi, baba Wanie nak ke taman kejap." Wanie bangun dari sofa dan keluar dari rumah. Wanie berjalan menuju ke belakang rumah dan tempat yang dia nampak ialah buaian. Dia senyum nipis dan berjalan menghampiri buaian, dia duduk di buaian dan mengayunkan kakinya. Dia pejam matanya lama. Dia perlukan ketenangan.

Dia baru rasa gembira dengan suaminya dan tetiba suaminya beritahu dia ada isteri lain. Wanie mengambil nafas panjang. Ayunannya semakin laju. Dia baru dapat bermanja dengan suaminya beberapa minggu ni dan dia baru kahwin dengan Afif yang tak sampai sebulan pun. Kenapa Afif buat begini kepadanya. Hina sangatkah dia di depan mata orang dengan suaminya juga. Dia inginkan kasih sayang. Dia ingin itu sahaja, tapi.. Benda lain yang dia dapat.

Setitis air mata jatuh di tubir mata sebelah kiri, sakit sangat hatinya. Hatinya betul-betul sakit. Dia membuka matanya dan dia nampak tubuh Afif berada di hadapannya yang tidak jauh darinya. Ya dia teringat. Hadiah yang ingin suaminya berikan ialah ketibaan isteri baru Afif. Mata mereka bertembung. Wanie berhenti mengayun, di pandang wajah suaminya lama.

"Mengapa abang muncul dulu? Apa yang abang nak dari Wanie? Kalau abang tak suka Wanie, kenapa perlu setuju kahwin dengan Wanie?" Afif hanya dengar ke semua pertanyaan isterinya. Sungguh dia sakit apabila lihat isterinya begini. Dia betul-betul jahat. Jahatnya dia buat begini kepada isterinya yang betul-betul mencintainya.