webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

Janji aku pada kau

Suara Kirania seakan tersekat sebaik melihat sosok sahabatnya sedang berdiri kaku melihat kearahnya. Iya, sudah tentu, dia akan sangat terkejut seandainya dia tahu apa yang sudah menimpa dirinya. Fikir Kirania. Mungkin dia akan kehilangan satu-satunya insan yang boleh dijadikannya sebagai sahabat dan dia sudah pun bersedia untuk itu, oleh sebab itu Kirania tidak berganjak ataupun melepas pelukan Aarav dan hanya berlakon seakan menjadi orang lain tapi tanpa sedar Dan melajukan langkahnya dan melepas pelukan lelaki yang berbadan jauh lebih tegap dan sasa darinya semata-mata hanya untuk memastikan kalau gadis yang dipeluk lelaki asing itu betul-betul adalah sahabatnya.

Sebaik wajah sugul gadis itu terlihat, kening Dan mula berkerut dan ekspresinya berubah pucat. Dia sememangnya sudah bersedia untuk menerima kenyataan seperti yang diutarakan oleh polis dibalai beberapa minit yang lalu tapi sebaik melihat wajah sahabatnya yang seakan kosong dia mula merasa hiba. ''Nia... Kirania?'' Suara Dan terdengar serak memanggil nama Kirania seakan ingin balasan dari sahabatnya itu menyedarkannya daripada bayangan mimpi buruk.

Kirania masih diam dan menunduk manakala Aarav yang jengkel apabila seorang pelajar sekolah tinggi berani menolak tubuhnya dengan selamba langsung mencengkam kolar baju Dan dengan kasar dan mengancam dengan pandangan sinis. Saat itu, barulah Kirania bersuara dan mencapai tangan Aarav supaya melepaskan cengkamannya dikolar baju Dan. ''Tolong jangan apa-apakan dia, dia kawan saya.'' Jelas Kirania tapi dia tidak terlihat panik atau cemas seperti pertama kali dia merayu kepada Aarav, suara dan ekspresinya tenang seakan dia tahu kalau lelaki itu akan menurut kehendaknya. Tepat seperti yang dijangkakan Kirania, Aarav sempat merengus kasar sebelum melepas kolar baju Dan. Kirania mendapatkan sahabatnya dengan wajah khawatir dan saat itu Dan melihat mata Kirania mempunyai sinar yang sama seperti sahabatnya.

''Awak tak apa-apa?''

Kening Dan berkerut membayangkan apa sahaja yang sudah dialami gadis rapuh itu dibalik sepengetahuannya. Mereka yang sudah berkawan baik sejak dari kecil dan dia sebagai seorang lelaki sudah membuat janji kepada dirinya sendiri kalau dia akan melindungi Kirania dengan segerap tenaganya, tidak kiralah satu atau kedua dari mereka sudah berkeluarga atau bahkan setelah mereka menjadi orang tua... dia tetap akan melindunginya kerana itu adalah janjinya tapi sekarang dia terlihat sangat lemah dan langsung tidak dapat diandalkan kerana Kirania harus menanggung semua kesakitan ini sendiri. Tanpa sedar air mata sempat mengalir dari pelupuk mata Dan membuat Kirania semakin risau. Dan menggenggam tangan Kirania erat dan meminta maaf, sangat meminta maaf kerana dia gagal sebagai seorang kawan. Melihat sahabat lelakinya yang selalu ceria dan mempunyai senyuman yang selalu memberinya rasa nyaman dan semangat kali ini terlihat sangat sugul dan menyedihkan membuat Kirania juga tidak dapat menahan air matanya dan mereka berdua menangis seperti anak kecil persis seperti saat mereka masih kecil.

Aarav semakin jengkel melihat kedua budak hingusan sedang menangis sehingga membuat setiap mata yang lalu melihat kearah mereka dan semestinya kearah lelaki dewasa dan siapa lagi yang berdiri disana selain dia?. Tanpa membuang waktu dia terus menarik Kirania dan mengangkat tubuh kecil gadis itu dibahunya membuat dia berhenti menangis kerana terkejut dan sudah tentu sedikit malu. Dan pantas berlari mengejar dan memanggil Kirania tapi Aarav dengan pantas menoleh dan mengacu pistol didahi Dan sebagai peringatan. Kirania sudah pun memberontak keras dengan memukul-mukul belakang Aarav yang nyatanya langsung tidak memberi kesan.

''Dengar sini, budak.'' Aarav bersuara dengan suara yang terdengar lebih parau dari biasa dan Kirania dapat merasakan kalau luka didadanya lebih teruk dari apa yang dia lihat. ''Aku bukan kisah pun kalau kau nak libatkan diri dengan hal-hal haram dari kongsi gelap dan aku lagi tak kisah kau nak mati kat tangan sesiapa pun tapi... ''

Dan dan Kirania terdiam mendengar amaran Aarav. ''Disebabkan kau kawan Kiran, aku akan berbaik hati memberi kau satu peluang untuk melarikan diri dan jangan pernah tunjukkan diri kau dihadapan dia lagi.'' sambung Aarav.

''Aku akan kira satu hingga tiga dan sebaiknya kau mula berlari sekarang...''

''AARAV!! APA YANG BUAT? DIA KAWAN SAYA, SAYA TAKKAN MAAFKAN AWAK KALAU AWAK APA-APAKAN DIA!!...'' Suara Kirania terdengar bergema ditelinga Aarav tapi dia langsung tidak mengendahkannya.

''1...'' Aarav memulai kiraannya.

Kirania kembali meronta-meronta diatas bahu Aarav dan sempat tubuhnya hampir terjatuh tapi Aarav kembali membetulkan posisinya supaya tidak terjatuh manakala Dan terdiam kaku dan langsung tidak dapat bergerak dan walaupun kakinya boleh berlari dengan sendiri tapi dia tetap akan memilih utnuk tetap dan bersama Kirania. ''Saya takkan tinggalkan Kirania!'' Ujar Dan tegas dan tanpa sedar bibir Aarav mengukir senyum sinis mendengarnya seakan dia menjangkakan jawapan daripada Dan tapi dia tetap melanjutkan kiraannya.

''2...''

''AARAV!!'' air mata Kirania kembali mengalir dan sepenuh hati dia menjerit meminta Dan untuk terus melarikan diri. Dia tahu kalau lelaki yang mengangkatnya bukanlah seseorang yang memepunyai hati perut dan dia takkan segan-segan menekan picu pistolnya dan langsung tak rasa bersalah setelah itu. ''DAN!!'' Air mata Kirania mengalir deras sebaik mendengar suara Aarav yang terdengar samar diikuti dengan bunyi tembakan setelahnya. Separuh nyawa Kirania seakan hilang dan dia terus menangis sambil memejamkan mata dan memukul-mukul belakang Aarav.

''Nampaknya awak jauh lebih tangguh dari yang saya sangkakan.'' Aarav menyimpan pistolnya dengan seukir senyuman diwajahnya. Kirania pantas menoleh untuk melihat sahabatnya dan betapa terkejutnya dia apabila mendapati kalau tembakan Aarav meleset dan hanya mengiris kulit pipi Dan tapi sahabatnya itu langsung tidak berganjak. Kirania menghela nafas lega dan kembali menangis kerana terharu. Aarav menurunkan tubuh gadis itu lalu bersuara dengan sangat perlahan.

''Saya akan tunggu awak ditempat parking, cepat ucapkan selamat tinggal dan jumpa saya kat sana. Saya bukan memberi simpati tapi kalau awak gembira untuk terus berhubungan erat dengan orang yang awak ambil berat... Tembakan selanjutnya mungkin saja bukan ditangan saya dan awak tahu peluru selanjutnya takkan meleset.''

Kirania menelan ludahnya dan menghentikan esakannya. Aarav meninggalkan mereka berdua. Dan melihat wajah Kirania lekat-lekat dan walaupun baru beberapa jam mereka berpisah hanya saja Dan dapat merasakan kalau Kirania sudah semakin jauh dengannya.

''Awak tak apa-apa?'' Kirania membuka bicara lalu menghulur sehelai sapu tangan untuk Dan menekup luka dipipinya, walaupun tembakan itu hanya melukakan kulitnya tapi Kirania tahu kalau rasanya pasti sangat pedih.

''Sepatutnya, saya yang tanya awak. Awak tak apa-apa? kenapa awak tak bagitahu saya apa-apa?. Saya boleh...''

''Awak tak boleh tolong, Dan...'' Kirania memotong kata-kata Dan dengan pandangan sayu. Dia tetap tersenyum dan sahabatnya itu tahu kalau senyuman Kirania yang dilihatnya ikhlas tapi juga tersirat kepedihan. Dan terdiam.

''Saya tak apa-apa. Aarav... Lelaki itu tampak bahaya dan jahat tapi jangan risau, dia takkan apa-apakan saya. Dan, saya sangat gembira sebab awak sudi berkawan dengan saya tapi... Sebaiknya awak lupakan saya, jangan pernah cari tahu tentang keberadaan saya dan anggap saja kawan awak sudah tiada. Saya...''

''Apa awak mengarut ni?...''

''?!...'' Kirania terkejut mendengar nada suara Dan yang terdengar dingin dan sinis. Dia faham, sudah tentu Dan akan marah.

''Jadi, bagi awak hanya sebatas ini sahaja persahabatan kita?!''

Kirania tersentap.

''Saya nak tolong awak dan nak selalu berada disamping awak. Saya tahu awak hanya nak lindungi saya dengan putuskan hubungan dengan saya tapi awak tak sepatutnya suruh saya anggap awak dah mati!!'' Nafas Dan naik turun dan kata-katanya cukup membuat Kirania terharu dan matanya kembali berkaca-kaca.

Dan pantas mencapai tangan Kirania dan menggenggamnya erat. ''Saya ni kawan awak, sudah tentu saya akan sentiasa mengenang awak dan berfikir tentang awak walau kemana awak pergi sekalipun! Saya tak mungkin anggap awak sudah mati dan melanjutkan hidup seperti biasa tanpa merisaukan dimana dan bagaimana keadaan awak. Kalau awak nak kita putuskan hubungan sekarang semata-mata awak risaukan keselamatan saya, saya pun lebih risaukan awak sebab awak akan bersama dengan orang yang sangat bahaya... Awak faham tak? Rasa risau saya apabila terfikirkan awak akan bersama lelaki seperti itu untuk setiap hari dan entah apa yang awak akan hadapi seterusnya... Saya hanya nak awak selamat, hidup bebas dengan gembira, berkahwin dan mendapat ramai anak... Awak tak sepatutnya hidup seperti ini...'' Suara Dan pun mula tersekat kerana air mata terus-terusan mengalir tanpa henti dari pelupuk matanya. Mereka berdua kembali menangis dan terduduk ketanah. Dan masih setia menggenggam tangan Kirania erat seakan takut jikalau dia melepas tangan rapuh itu sekarang mereka akan berpisah untuk selamanya.

Setelah beberapa minit mereka terdiam dan tenggelam dalam air mata masing-masing, Dan kembali membuka bicara. ''Lelaki itu... Encik Aarav tu, awak yakin kalau dia boleh dipercayai?...''

Kirania mengangkat wajahnya meliat kedalam mata sahabatnya lalu tersenyum diikuti dengan anggukan. Dan dapat membaca dari riak wajah gadis itu kalau dia tidak terpaksa ataupun terlihat seperti sedang ketakutan. Dan menghela nafas lega. ''Kalau macam tu, saya boleh harapkan dia kan? Dia... takkan apa-apakan awak kan?.''

Sekali lagi Kirania mengangguk dan kali ini dengan senyuman yang lebih lebar. Dan ikut tersenyum dan mengesat air mata yang masih belum kering dipipi sahabatnya. ''Kalau macam tu, janji dengan saya... kalau awak akan bahagia, tak kiralah macam mana gaya hidup awak selepas ni atau dengan siapa pun yang awak nak hidup tapi yang penting... awak mesti bahagia.'' Dan mengeluarkan jari kelingkingnya. ''Dan kalau awak perlukan apa-apa atau seseorang untuk bantu awak bila awak dah tak boleh bertahan... walaupun mungkin lepas ni kita akan berpisah untuk waktu yang lama dan saya sendiri tak yakin bila kita akan berjumpa lagi... Awak tahu saya akan tetap menjadi sahabat awak dan akan selalu ada untu awak. Awak boleh cari saya dan pastikan awak telah bahagia ataupun sempat bahagia, walau hanya sesaat... saya sangat harapkan awak untuk bahagia.''

Sekali lagi butir bening mengalir dipipi Kirania, dia turut mengeluarkan jari kelingkingnya kemudian mengaitkan jarinya dijari Dan. ''Saya janji... Sebabkan ini adalah janji saya kepada awak... Saya akan berusaha untuk menunaikannya.''

Creation is hard, cheer me up!

Charlotte_97creators' thoughts