webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

Hanya untuk malam ini.

Kirania berdiri mematung dipintu bilik hotel. Dia tidak berani melangkah lebih dalam kerana Aarav sudah pun melepas pakaiannya yang basah dan bersedia untuk membersihkan diri. Detak jantungnya semakin laju, ini adalah kali pertama dia melangkahkan kaki kedalam bilik hotel dengan seorang lelaki dan lebih-lebih lagi dalam ramai-ramai lelaki diluar sana, aku kehotel dengan lelaki ini?!... Kepala Kirania memanas kerana mula berfikiran kotor. Dia menggelengkan kepalanya dan mencuba menenangkan diri.

Tak, lelaki ni takkan berbuat apa-apa. Dia masih berhubungan denganku hanya kerana hutang ayah lagipun dia mempunyai kekasih yang cantik dan seksi. Kirania mula teringat tentang sosok Elly yang dilihatnya didalam bilik Aarav dan entah kenapa mengingat kejadian itu dia merasa tidak senang, walaupun dia tahu Aarav hanya mengambil berat tentangnya hanya kerana hutang tapi dia juga tidak dapat menipu diri sendiri yang merasa gembira seperti orang bodoh. Wajahnya berubah sayu.

''Awak nak berdiri dipintu sampai esok pagi ke?'' Aarav yang baru sahaja keluar dari bilik air mengejutkan Kirania lebih-lebih lagi dengan keadaan tubuh Aarav yang tidak berpakaian membuat Kirania salah tingkah dan terus mengalihkan pandangannya kearah lain. Dia tidak dapat membuang pandangannya terhadap tatto dileher Aarav. Tanpa banyak bicara, Kirania terus mencapai handuk dan berjalan kearah bilik air. Keadaan tidak akan lebih kaku sekurangnya itu yang difikirkan Kirania sehingga dia keluar dari bilik air dia mula menyedari kalau hanya terdapat satu katil didalam bilik tersebut dan Aarav sedang merebahkan diri diatas katil empuk dan hangat itu, membuat dirinya selesa. Mata Kirania membesar dan wajahnya memerah hebat melihat tubuh Aarav yang polos tidak beralas. Lelaki itu seakan tahu kalau Kirania sedang menutup rasa malunya jadi sengaja memanggil Kirania supaya menghampirinya dan mengajaknya untuk menghangatkan diri bersamanya. Bagaikan gunung berapi yang baru meletup, darah Kirania naik kekepala kerana menahan amarah. Dia sengaja!, fikir Kirania lalu dia berjalan kearah sofa dan duduk disana sendirian.

''Awak nak tidur kat sana ke malam ni?. Cuaca akan jadi lebih sejuk tau sebab malam ni ribut.'' Pancing Aarav dengan nada naif.

Kirania tidak menjawab dan berpura-pura telah melelapkan mata.

''Janganlah merajuk, meh la sini.'' Aarav tersenyum sinis, seronok melihat Kirania sedang bergelut dengan kesejukan. Dia menepuk-nepuk katil disampingnya dengan mengisyarah Kirania untuk berbaring disampingnya. gadis itu tidak mengendahkan dan terus mendiamkan diri. ''Ok, kalau awak tak nak. Tapi, saya tak kisah kalau awak nak merangkak masuk dalam selimut nanti bila saya dah tertidur. Selamat malam.''

Kirania terus mencoba menutup matanya dan mencoba untuk tidur tapi, seperti kata-kata Aarav cuaca menjadi semakin sejuk dan Kirania mula menggigil kesejukan. Dia sempat melirik kearah Aarav yang masih sibuk memainkan smartphonenya dan dia merasa sangat cemburu dengan selimut dan katil hangat yang ditempatinya. Kirania menggelengkan kepala mencuba menyedarkan diri supaya tidak tergoda dan dia kembali memejamkan mata tapi kenyataan lebih teruk. Aarav masih mencuba menghubungi Lian tapi nampaknya tangan kanannya itu masih tidak dapat menjawab panggilannya. Aarav meletakkan smartphone miliknya dan bersedia untuk tidur tapi dia sempat melihat kearah Kirania dan berencana untuk mengusiknya sekali lagi tapi nampaknya gadis itu tidak meghiraukannya dan sudah pun terlelap. Aarav membetulkan posisi bantalnya dan terus tertidur. Sebenarnya, hari ini adalah hari yang sangat menyusahkan baginya, Lian memberitahu keberadaan Annam kepadanya dan nampaknya lelaki tua itu masih berkeliaran mencari masalah. Tak guna! bentak hati Aarav dan dia mula berbalik kerana tidak dapat tidur. Kepalanya masih lagi memikirkan sebagaimana terdesaknya Kirania barusan apabila melihat bayangan yang diyakininya sebagai Annam.

Aku tidak akan membiarkan mereka berjumpa, dia akan terus mencari dan akan terus bergantung padaku... Fikir Aarav sambil memerhati Kirania diatas sofa dan seketika dia menyedari kalau Kirania tidak terlihat seperti biasa dan dia kelihatan menggigil hebat. Bukanlah kerana ribut diluar yang membuat situasi didalam bilik hotel merasa sejuk lagipun Aarav sudahpun mengaktifkan penghangat jadi, kenapa dia menggigil seperti itu?. Aarav bingkas bangkit dan berjalan menghapiri Kirania. Dia mencuba memanggilnya dan Kirania hanya membalas panggilan itu dengan suara yang serak dan terdengar sangat lembut. Aarav pun melutut disamping sofa dan meletakkan tangannya diatas dahi Kirania dan dugaannya betul kalau dahi gadis terasa sangat panas. Tanpa banyak bicara, Aarav langsung menyelip tangannya kebawah lutut dan belakang Kirania. Dia megangkat tubuh kecil itu sehingga membuat Kirania sepenuhnya terjaga dan terkejut, dia sempat meronta dan melawan tapi Aarav langsung tidak mengendahkannya kerana dibanding dengan tubuhnya yang sasa, tolakan dan pukulan dari gempalan tangan kecil Kirania langsung tidak memberi bekas terhadapnya. Dia membaringkan Kirania diatas katil dan menarik selimut menyelimutinya sambil turut berbaring disamping Kirania tapi gadis itu masih sempat melawan kerana merasa malu.

''Apa yang awak nak buat ni?!''

''Saya tengah selamatkan awak daripada mati kesejukan kat atas sofa...'' Jawab Aarav dengan ekspresi kosong.

''Apa?! Saya tak minta pun awak untuk selamatkan saya... Saya tak apa-apa dan saya tak nak awak baring disebelah saya...'' Kirania menentang dengan sepenuh hati membuat Aarav sedikit terkilan, dia pantas menarik pistol yang disimpannya dibawah bantal dan menyerahkan pistol tersebut ketangan Kirania sambil mengarahkan hujung pistol kearah dadanya. Kirania tersentap dan dia melihat kedalam mata Aarav yang sedang menatapnya tajam. Tatapan Aarav tampak sedikit... sedih?...Kirania langsung tidak memahami lelaki itu malah mungkin dia tidak akan pernah memahaminya walau berapa lama dia berada disampingnya.

''Awak boleh menembak saya sekiranya saya cuba melakukan sesuatu...'' Aarav mempererat genggaman Kirania pada pistol ditangannya. Kirania terdiam kaku apabila Aarav mendekatinya dan berbisik perlahan. ''Awak boleh juga ambil kesempatan ketika saya tertidur, membunuh seseorang yang sedang melumpuhkan pertahanannya ketika tidur adalah cara yang paling mudah... kan?''.

Suara Aarav terngiang ditelinga Kirania bagaikan ancaman, dia takkan berani membunuh lelaki ini. Tiba-tiba tangannya mula menggeletar dan dia merasa takut, kenapa? Aarav tidak melakukan apa-apa malah pistol berada ditangannya sekarang dan dia mempunyai peluang untuk menembaknya tapi kenapa dia mula merasa takut? kenapa dia tidak berani untuk membunuh lelaki itu? lelaki yang menghina ayahnya dan menjatuhkan maruahnya? selalu merasa bangga dan berlagak sombong dihadapannya. Melihat tangan Kirania yang mula menggeletar, Aarav menurunkan pistol tersebut dan menarik Kirania kedalam pelukannya dan gadis itu akur, entah kenapa merasakan sentuhan lembut dan apabila kulit bahu lelaki itu menempel dipipinya membuatnya merasa nyaman dan hangat sehingga matanya terasa berat untuk terus terbuka. Kirania menyalahkan jadual kerjanya yang padat yang selalu membuatnya cepat merasa mengantuk kerana letih. Kali ini pasti kerana tubuhnya yang merasa letih bukan kerana dia merasa nyaman dan selamat dalam pelukan lelaki ini, iya... pasti bukan kerana lelaki ini... Kirania mengingatkan dirinya sendiri sehingga tanpa sedar dia kembali terlelap dan rasa sakit yang membuat kepalanya berdenyut seketika hilang. Hujan semakin lebat dan Kirania boleh merasakan kalau sosok disampingnya sedang memeluknye erat, dia masih menutup mata dan berpura-pura tertidur walaupun tidak tahu samada Aarav sedang menghangatkannya ataupun sedang mengambil kesempatan tapi hujung sentuhan tangannya yang terasa menggeletar tidak terlihat seperti dibuat-buat. Kali ini Kirania membalas pelukan itu dan untuk pertama kali dia mula melumpuhkan pertahanannya untuk Aarav.

Mungkin aku akan merasa menyesal pada esok hari tapi... Hanya untuk malam ini...