webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

Awak nak minum apa?

Nyawa Kirania seakan melayang keluar dari tubuh tapi dia pantas membuka mata sebaik mendengar suara tawa yang lantang. Jika saya dah mati, saya tak sepatutnya mendengar suara lagi, atau mungkin tidak. Dia terpana melihat das kosong yang keluar dari pistol ditangan lelaki asing dengan rambut beralun perang dihadapannya.

''Kenapa...''

Lelaki itu masih tertawa dan Aarav melepas pelukan Kirania, menguatkan diri untuk bangun dan mencoba menumbuk lelaki itu tapi luka didadanya nyata dan Kirania yakin kalau tembakan pertama tadi berisi peluru. Lelaki ini terlihat santai melihat mangsa tembakan berbaring mengerang kesakitan dan nampaknya mereka berdua saling mengenali antara satu sama lain.

''Tak guna, apa yang awak buat ni Kevin?!'' bentak Aarav tapi lelaki yang dipanggil Kevin itu hanya menyengih tanpa merasa bersalah.

''Saya tak rasa menjerit akan buat luka awak pulih malah darah akan keluar lebih banyak. Saya cuma datang nak ucapkan hello kepada mainan kecil awak...'' Kevin melihat kearah Kirania sambil tersenyum sinis. ''Apa khabar, cik muda? awak dilayan dengan baik tak?''

Kirania tidak mengerti apa yang diucapkan lelaki itu dan yang membuatnya risau sekarang adalah keadaan Aarav yang mula terlihat pucat dan berpeluh dingin. ''Cepat! kita mesti membawa dia kerumah sakit...'' Ujar Kirania agak cemas tapi Kevin hanya menatap Aarav dengan pandangan kosong. ''Jangan terlalu panik, dia takkan mati hanya tembakan seperti itu.'' Ujar Kevin santai dan kembali tersenyum kearah Kirania setelah menatap tubuh Aarav dengan pandangan dingin. Kirania tak faham apa hubungan mereka berdua. Musuh kah? ataupun sahabat?. Kirania menggelengkan kepalanya membawa dirinya kembali kedunia nyata setelah agak hanyut dalam fikirannya sendiri. ''Tak kisahlah, encik Aarav kehilangan banyak darah. Kita mesti bawa dia kerumah sakit sekarang juga.''

Melihat Kirania yang terlebih risau, Kevin duduk berjongkok dihadapannya dan menata kedalam mata gadis itu membuatnya kaku dan agak bergemetaran. ''Kenapa awak risaukan lelaki ini? bukan ke dia mengancam awak dan mencuba membunuh ayah awak? kenapa awak tak biarkan saja dia terbaring dan mati? kenapa awak kisah nak bawa dia kerumah sakit?''

Kirania seakan terpukul dengan kata-kata Kevin. Iya, sudah tentu dia sangat membenci Aarav dan sangat berharap kalau lelaki itu mati tapi.... Kirania memejamkan matanya seketika dan terus menatap kearah Kevin dengan pandangan tajam. ''Awak dah habis bercakap ke? kalau macam tu, apa kata awak hubungi ambulans supaya kita boleh kejarkan encik Aarav kerumah sakit.'' Ujar Kirania dengan nada agak naik satu noktaf.

Kevin terpana dan tanpa sedar dia tersenyum sendiri melihat ekspresi Kirania. Dia tertawa dan pada masa yang sama dia tetap menghubungi ambulans seperti yang diarahkan Kirania. Usai menutup panggilannya, Kevin menoleh kearah Kirania yang masih memangku kepala Aarav diatas ribanya. ''Baiklah, saya dah hubungi ambulans seperti yang awak nak. Mereka akan tiba tak lama lagi jadi apa kata kalau awak biarkan je mafia timur tengah tu disana dan temankan saya minum?.''

Kirania mengerutkan kening seakan tidak memahami apa yang dikatakan lelaki dihadapannya dan sudah tentu dia akan menolak tapi belum sempat Kirania menjawab, Kevin sudah terlebih dulu bersuara. ''Awak boleh temankan saya minum atau awak tak kisah kalau saya tambah beberapa lobang lagi pada dia.'' Kevin menunjuk kearah Aarav dengan dagunya dan Kirania tahu kalau dia tidak punya pilihan lain selain mengikuti lelaki itu. Kirania melepas kepala Aarav dan membaringkan kepala lelaki itu diatas balutan kain yang terletak disampingnya. Dia bingkas bangun dan berjalan mengikuti Kevin.

''Awak nak bawa saya kemana?.''

Kevin hanya tertawa kecil. ''Ada hal yang akan menghancurkan kejutan dan hal itu kerana banyak bertanya.''

Mendengar jawapan Kevin yang terdengar dingin walaupun dia terlihat sangat terbiasa untuk tersenyum cukup membuat Kirania terdiam. Dia yakin hanya akan terjadi hal yang buruk seandainya dia membuat lelaki dihadapannya jengkel. Mereka berdua berjalan menuju kearah sebuah kafe yng terletak tidak jauh dari rumah Kirania, mereka hanya berjalan kaki dan Kirania juga sedar kalau lelaki ini langsung tidak membawa apa-apa kenderaan bersamanya. Kevin membukakan pintu kafe dan mempersilahkan Kirania untuk masuk terlebih dulu layaknya seorang lelaki budiman dan Kirania pasti akan tertipu dengannya seandainya dia tidak menyaksikan sendiri bagaimana bersahajanya Kevin menembak Aarav dan bahkan hanya tersenyum naif setelahnya. Satu yang Kirania faham adalah, lelaki dihadapannya adalah musuh.

''Awak nak minum apa?'' Tanya Kevin setelah menarik kerusi untuk mempersilahkan Kirania duduk. Kirania mulai berasa tidak selesa dan hendak terus point pembahasan, ditambah lagi dia masih risaukan keadaan Aarav yang terbaring dihadapan pintu rumahnya. Adakah pihak ambulans sudah sampai? tunggu, adakah Kevin betul-betul sudah menghubungi ambulans?. Kirania tidak dapat membuang bermacam kemungkinan dari fikirannya.

''Awak, tak sopan tau kalau awak abaikan teman minum awak kat depan ni dan fikirkan benda lain.'' Ujar Kevin membuat Kirania tersentap. ''Ma... Maaf...'' Kirania menunduk perlahan. Kevin hanya menatapnya lama dan senyuman yang tidak hilang dari bibirnya bukan membuat Kirania tenang malah semakin mebuatnya tak senang duduk. ''A... Apa yang awak nak dari saya sebe....''

''Awak mungkin tak dengar apa yang saya cakap tadikan?'' Kevin pantas memotong kata-kata Kirania.

''Apa?...'' Tanya Kirania.

Kevin tersenyum. ''Saya tanya, awak nak minum apa?''

''Hah?...'' Mulut Kirania agak terlopong luas, tidak faham permainan apa yang ingin dimainkan lelaki ini tapi dia tak rasa kalau sekarang adalah waktu yang tepat untuk duduk santai dan menikmati minuman dicafe bersama lelaki yang baru dijumpainya malah yang sudah menembak seseorang dihadapannya tapi Kirania pantas mengikut rentak Kevin. ''Saya... Saya tak kisah, awak pesanlah apa yang awak nak.''

''Kalau macam tu, tunggu kejap. Saya pesankan untuk awak sekali.'' Sebaik Kevin beranjak dari hadapan Kirania barulah dia seakan boleh bernafas. Dia harus melarikan diri tapi dia tahu lelaki ini lebih bahaya bahkan mungkin lebih tak berhati perut daripada Aarav dan kemunginan besar dengan mudah dia boleh menemukannya kembali dan Kirania masih tidak faham apa tujuan dia membawanya minum dicafe? apa yang diinginkannya?.

Mata Kirania tidak teralih dari melihat sosok Kevin di kaunter pemesanan, walaupun dia berharap dapat memahami sesuatu tapi fatal, dia takkan boleh mengetahui isi hati seseorang hanya dengan menatapnya lekat dari jauh. Kirania mengalah dan satu-satunya pilihannya yang tinggal adalah bermain permainan Kevin sehingga lelaki itu dengan sendirinya memberitahu apa niatnya.

Kedengaran mudah, tapi seandainya pemainnya adalah orang biasa dan Kirania tahu kalau dia sedang bermain dengan orang yang berbahaya.