webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

apa yang aku rasakan?

Mata Kirania terasa sangat berat dan dia juga enggan membuka matanya kerana susana yang dirasakannya sekarang sangat nyaman dan membuaikan. Tapi tetap saja dia harus membuka matanya. Sebaik dia membuka mata, dia mendapati dirinya sedang duduk dimeja makan dan melihat sosok ibunya sedang sibuk memasak. Dia melihat ayahnya juga duduk dihadapannya sambil membaca surat khabar seperti kebiasaannya ketika menunggu waktu makan. Cuaca diluar tingkap sudah mulai gelap dan hujan turun rintik-rintik membuat kelopak mata Kirania kembali tertutup. Suasana hangat dengan bunyi rintik hujan seperti ini sememangnya selalu menjadi waktu kesukaan Kirania, dia ingin menyambung tidurnya tapi dikejutkan dengan suara ibunya.

''Kirania, jangan tidur dimeja makan. Makan malam dah nak siap ni.'' Wanita itu melihat kearah Kirania dan tersenyum lebar melihat anak semata wayangnya yang mamai menunggu makan malam.

''Ibu...?'' Panggil Kirania dalam keadaan separuh sedar. ''Iya sayang...'' Balas ibunya sambil mencubit pipi gebu miliknya. Kirania merasakan sentuhan itu nyata, dia menoleh kearah lelaki berkacamata dihadapannya.

''Ayah...?''

Pantas ayahnya menyahut panggilannya dengan nada lembut penuh kasih sayang. Terdengar berdengung ditelinga Kirania. Ayahnya melipat kertas surat khabar ditangannya dan menumpukan perhatiannya kearah Kirania. ''Anak perempuan ayah penat sangat ke? sampai tertidur dimeja makan?''

Kirania kembali mengalihkan pandangannya kearah wanita dihadapannya. Kirania tahu kalau apa yang dilihatnya bukanlah kenyataan dan dia tahu kalau ibunya sudah pun pergi untuk selama-lamanya tapi... Walaupun apa yang dialaminya sekarang adalah mimpi, dia berharap sangat kalau dia boleh berada didalam mimpi tersebut untuk selamanya. Tiada siapa yang tahu sebagaimana dia sangat merindukan ibunya sehingga tanpa sedar air matanya mengalir membuat ibunya risau kalau-kalau dia terluka. Kirania hanya diam menggelengkan kepalanya lalu turun dari tempat duduknya dan terus memeluk ibunya erat. Dia menangis dan terus menangis sehingga ibunya terdiam tapi mula membujuknya dengan menepuk-nepuk belakangnya perlahan. Dia sangat ingin meluahkan rasa kerinduannya yang teramat dalam kepada dua insan berharga dalam hidupnya ini tapi dia tahu kalau hal seperti itu terasa sangat mustahil jadi dia hanya menangis, dengan suara kanak-kanaknya dan lengan kecil mengapit leher ibunya erat. Sungguh aneh kerana pelukan ibunya terasa hangat dan seperti nyata. Kirania juga boleh merasakan degup jantung dari dada ibunya yang menempel didadanya, seperti degupan jantung yang nyata. Akhirnya Kirania mencuba melepas pelukan ibunya kerana dadanya sudah mula sesak dengan pelukan yang terlalu erat tapi entah kenapa dia merasa sukar untuk menolak tubuh ibunya yang seakan sedang menghempap tubuhnya malah terasa sangat berat.

''Ibu... Saya tak boleh bernafas... Ugh..'' Kirania mencuba lagi dan lagi sehingga matanya jelas terbuka, menampakkan langit-langit hotel yang didiaminya dan kini dia sedar dari mana degupan jantung itu berasal. Ternyata lengan tegap Aarav sedang menghempap dadanya dan jelas itu membuatnya sukar untuk bernafas. Mata Kirania membulat kerana terkejut dan lebih-lebih lagi melihat tubuh separuh bogel lelaki itu yang menempel sangat dekat dengan tubuhnya. Sepenuh tenaga dia mencuba mengalihkan lengan Aarav dari atasnya dan dia pun termenung jauh melihat sosok yang sedang tertidur pulas disampingnya.

Mata Aarav terganggu kerana cahaya mentari yang masuk melalui celah langsir tingkap membuatnya terjaga. Dia masih melihat dengan sebelah mata yang tertutup kerana silau dan dia melihat Kirania duduk mematung disampingnya. ''Apa...''

Belum sempat Aarav menghabiskan kata-katanya, dia terdiam melihat Kirania seakan termenung jauh dan bercakap sendiri. ''Ayah, ibu... maafkan anakmu kerana tanpa sedar menjadi dewasa sambil bermimpi tentangmu...''

Aarav memasang wajah kosong mendengar Kirania bergumam hal yang tak masuk akal, dia bingkas bangun dan mencampak selimut kewajah Kirania sehingga menutup seluruh kepalanya, dia langsung tidak mengendahkan selimut itu dan masih termenung sendiri.

''Aku tak berbuat apa-apa jadi anakmu mungkin belum menjadi dewasa.'' Bisik Aarav ditelinga Kirania seakan bercakap kepada sosok ibu dan ayah yang dikhayalkan Kirania. Mendengar hal itu, Kirania terus menarik selimut tersebut dan tak disangka kini wajahnya betul-betul berhadapan dengan Aarav, dalam waktu yang singkat pandangannya terus terkunci kepada sepasang mata almond milik lelaki dihadapannya. Mereka kehilangan kata-kata dan setelah berdiam diri agak lama Aarav akhirnya mendekat dan melirik kearah dagu Kirania atau mungkin kebibirnya, Kirania terlalu fokus kedalam mata Aarav sehingga tak tahu kemana sepasang mata itu meliriknya tapi yang jelas Kirania tahu apa yang diharapkan lelaki itu dan semakin wajah Aarav mendekat detak jantung Kirania juga semakin laju.

Dia memejamkan matanya erat dan meremas kain selimut ditangannya untuk berpura-pura tenang, sikap kebudak-budakkannya membuat Aarav tertawa dan menolak dahi Kirania dengan telunjuknya membuat gadis itu terkejut dan terus membuka mata. Wajahnya merona apabila mendapat tahu kalau Aarav hanya menyakatnya, dia pun mencapai bantal disampingnya dan memukul Aarav dengan sepenuh hati untuk menyembunyikan perasaannya yang sedang menahan malu. Aarav tidak membalas dan hanya tertawa menerima pukulan Kirania.

Sebaik gadis itu bangkit dari katil, Aarav hanya tersenyum melihat bayangan Kirania yang mulai menghilang disebalik pintu bilik air. Dia bukan seorang yang mudah mabuk walaupun berapa banyak alkohol diteguknya tapi tadi malam, dia berasa kalau dia harus berpura-pura untuk mengambil perhatian gadis itu. Aarav sendiri tidak faham dengan dirinya, hanya untuk mendapat perhatian gadis sekolah menengah yang kebudak-budakan dan tidak dewasa itu dia harus berpura-pura? padahal sebelumnya, dia boleh mendapatkan mana-mana wanita cantik dan seksi yang diinginkannya tanpa perlu membuat dirinya mabuk tapi dia tahu kalau Kirania takkan menghampirinya jika dia meminta gadis itu mendekat dengan cara biasa yang digunakannya kepada gadis yang lain.

Aarav mengelus wajahnya mengingat kejadian malam tadi, hanya dengan melumat bibir Kirania dia boleh merasakan kalau dirinya hampir hilang kawalan tapi apabila melihat gadis itu mulai memejamkan mata dan akur entah kenapa hatinya menjadi tak keruan dan ragu-ragu. Kenapa? adakah dia risau kalau-kalau gadis itu akan menyesal kemudiannya setelah dia melepaskan nafsunya malam tadi? kenapa dia terlalu kisah apa yang difikirkannya? kenapa hanya mengingat gadis itu akan kecewa membuatnya tidak sanggup dan berhenti berbuat apa sahaja yang akan membuat gadis itu terluka?. Aarav tak memahami hatinya dan kejadian malam tadi adalah kekalahan terbesarnya dengan wanita kerana dia tidak menyantap hidangan yang tersedia. Iya, Kirania tidak membantah tapi... Dia tak berani untuk melakukannya kerana tahu air mata yang akan mengalir dari sepasang mata indah itu keesokannya.

Kerana merasa fikirannya terbeban dengan bermacam andaian yang bukan-bukan, Aarav lalu terbayangkan suara tawa Kirania ketika mendengar suara perutnya malam tadi, bibir Aarav mengukir senyum hanya dengan mengingatnya. Nampaknya, lakonannya tadi malam berbaloi juga. Dia melihat kearah Kirania yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan rambut yang disanggul tinggi dan wajah segarnya setelah mencuci muka cukup untuk menyegarkan matanya dipagi hari. Aarav bangkit dan berjalan kearah Kirania lalu memangku wajah Kirania dengan kedua tangannya. ''Saya tak ada kerja hari ini, awak nak keluar?''

Mendengar hal itu mata Kirania membulat kerana teruja. Dia tersenyum lebar dan pantas mengangguk.