webnovel

give me money

kirania adalah seorang gadis menengah tinggi yang hidup sendiri setelah ayah tunggalnya melarikan diri dan meninggalkan banyak hutang dipundaknya. suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja sambilannya, kirania melihat pintu rumahnya terbuka. terbesit dihatinya kalau ayahnya pulang membuat kirania lantas berlari masuk dengan gembira tapi bukan sosok sang ayah yang ditemuinya melainkan para penagih hutang yang datang. kirania terkejut apabila mereka menunjukkan surat perjanjian ayahnya jikalau dia tidak dapat membayar hutangnya, mereka boleh mengambil kirania sebagai ganti. akhirnya, kirania dijual kerumah pelacuran dan disana, dia bertemu dengan Aarav, ketua mafia darah kacukan turki-sepanyol. Aarav yang turut penagih hutang ayahnya membeli kirania dengan harga 1000,000,000 dollar.

Charlotte_97 · Fantasia
Classificações insuficientes
18 Chs

1 billion dollar?!

Kirania menghela nafas panjang apabila melihat isi dompetnya, dia terpaksa bekerja sambilan lebih waktu untuk mendapat bayaran tambahan supaya dia dapat membayar hutang ayahnya sedikit demi sedikit. Dia menyandarkan kepala diatas meja sambil termenung jauh keluar tingkap kelasnya. Bayangannya tidak lain hanya memikirkan tentang keberadaan ayahnya.

Sudah lebih beberapa bulan ayahnya menghilang. Mungkin diawal tahunnya menduduki tingkatan 6. Kirania sedar kalau ayahnya banyak berubah setelah kematian ibunya, ayahnya sempat mendadi ayah yang penyayang dan sangat mengambil berat tentangnya kerana dialah satu-satunya anak tunggal mereka tapi ayahnya mulai tidak menghiraukan diri apalagi menghirau anaknya. Dia mulai mabuk-mabukan, pulang telat malam dan berjudi. Kirania sudah mulai bekerja sejak itu dan dia semakin kekurangan simpanan kerana ayahnya selalu mengambil duit simpanannya untuk berjudi. Walau apa pun yang dilakukan lelaki itu, Kirania tetap tidak boleh membencinya malah dia sangat merisaukan tentang kesehatan dan dimana keberadaan ayahnya sekarang. Satu malam, ayahnya menghilang dan kini Kirania bekerja untuk menyara diri dan yuran sekolah sambil membayar hutang ayahnya. Mengingat hal yang tidak menyenangkan jelas membuat kelopak mata Kirania terasa berat.

''Awak tak nak balik ke?'' tiba-tiba suara tidak asing menyapa Kirania membuatnya tidak sempat terlelap. Suara itu milik Dan, kawan baik juga teman sekelas Kirania. Disaat ayahnya menghilangkan diri, hanya lelaki ini yang selalu membantu dan mendorongnya dari belakang.

''Tak, saya kena pergi ketempat kerja sekarang. Awak tak payah kisahkan saya, awak baliklah dulu Dan.'' Kirania bangkit dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari kelas sambil masih melambai tangan kearah Dan. Dan hanya boleh menghela nafas panjang, kawan baiknya adalah seorang yang kuat semangat dan tidak mudah mengalah, dia selalu akan berusaha kuat untuk dirinya dan terutama untuk ayahnya tapi sekali sekala dia kena berehat dan tidak terlalu memaksa diri.

Tak sedar hari sudah semakin gelap, kerana mengambil waktu tambahan Kirania terpaksa keluar kerja pada pukul 8:00 malam. Walaupun dia tahu bahaya untuk seorang pelajar sekolah menengah keluar sensorang malam-malam seperti ini tapi dia tidak ada pilihan lain. Lagipun, 'bahaya' bagi seseorang yang dikhawatirkan oleh orang lain, macam keluarga. Kalau aku balik tengah malam sekalipun, bukannya ada orang dirumah untuk risaukan aku jadi tak mengapalah. Ujar batin Kirania. Dia kini tiba dihadapan rumahnya, kerana terlalu penat Kirania langsung tidak menyedari sedikit kejanggalan dikawasan rumahnya sehinggalah apabila dia mulai mencapai gagang pintu. Tidak terkunci? siapa yang... Belum sempat akalnya siap memberi keputusan Kirania terus menerjah masuk tanpa berfikir panjang, tak lain tak bukan... Satu-satunya orang yang akan membuka pintunya pasti adalah...

''Ayah!!'' seru Kirania semangat dan gembira memikirkan ayahnya sudah pulang tapi ekspresi wajahnya berubah sebaik berdiri dihadapan ruang tamu kerana bukan sosok ayahnya yang berada didalam melainkan beberapa orang lelaki berbadan tegap dan memakai pakaian serba hitam dengan paras wajah yang menggerunkan sedang menilik kearahnya. Kirania tergamam, dia tahu kalau mereka semua adalah berita buruk dan dia harus melarikan diri sekarang juga. Dia tahu, tapi tubuhnya langsung tak nak bekerjasama, kakinya kaku dan langsung tidak bergerak lebih-lebih lagi salah seorang lelaki itu berjalan menghampirinya. Lelaki yang dipanggil 'Max' oleh temannya yang lain itu memiliki tatto dikepala botak licinnya dan parut dipipi kirinya. Sangat menggerunkan bagi Kirania.

Max duduk dihadapan Kirania sambil terkekeh-kekeh memerhati gadis itu dari atas kebawah dan keatas lagi. Seluruh tubuh Kirania menggeletar hebat, dia ingin secepatnya mereka semua pergi dari dalam rumahnya dia malah belum tahu alasan mereka menceroboh kedalam rumahnya. Setelah mendengar penjelasan Max, Kirania terdiam kaku dan lututnya langsung terasa lemah sehingga dia jatuh terduduk kelantai. Max masih dengan senyum sinisnya.

''Apa maksud awak?... Ayah saya... jual saya?''

Max langsung mengeluarkan sepucuk surat yang bersampul amplop coklat dari saku kot hitam yang dipakainya. ''Awak boleh baca sendiri, cik adik.'' Ujar Max seraya menyerahkan surat tersebut kepadaku. Tanganku menggeletar untuk mengambil amplop tersebut tapi tiada apa yang akan berubah seandainya aku tidak tahu hal sebenarnya. Kirania membuka surat tersebut dan mengamati setiap kata yang tertulis didalamnya, kali ini wajah putih kuning langsat gadis itu berubah pucat lesi seperti tidak mendapat udara. Tidak boleh menyalahkannya kerana isi surat tersebut cukup untuk membuat sesiapa yang berada diposisi Kirania pucat dan kehilangan kemampuan untuk bernafas.

Didalam surat tersebut dinyatakan kalau, Annam. Ayah Kirania berhutang uang daripada kumpulan 'Razor' sebanyak 15 juta dollar dan seandainya Annam tidak dapat membayar hutangnya, ketua kumpulan 'Razor', Max berhak mengambil anak Annam yaitu Kirania sebagai gantinya.

Kirania mengangkat kepalanya memberanikan diri melihat kearah Max, ketua kumpulan mafia yang dikenali sebagai 'Razor' yang kini sedang tersenyum sinis kearahnya. ''saya nasehatkan awak ikut kami dengan baik supaya kami tak payah berkasar dengan awak. Jangan risau, kami takkan sakiti awak kalau awak tak cuba buat yang bukan-bukan''.

Kirania menggepal tumbukannya erat-erat. ''Mana awak nak bawa saya?''. Mata gadis itu melotot kearah sepasang mata sadis dihadapannya. Max hanya tertawa dan mendekatkan wajahnya ketelinga Kirania. ''Bukan tempat yang jauh, kami hanya nak tukarkan awak dengan mata uang.''

Mendengar kata-kata Max, Kirania pasrah. Bukan dia tak nak melawan tapi melihat anggota mereka dan senjata yang tertonjol dipinggang mereka membuat Kirania sedar, melarikan diri akan menjadi fatal dan boleh jadi dia akan dibunuh. Kirania bencikan kehidupannya tapi setidaknya dia mesti bertahan hidup dan keinginannya untuk bertemu semula dengan ayahnya, satu-satunya ahli keluarganya yang masih tersisa didunia ini masih tertanam dalam didalam lubuk hatinya. Akhirnya, Kirania terpaksa akur dan mengikuti mereka menaiki kereta Van hitam yang kini siap diparking dihadapan rumahnya. Tanpa melawan Kirania menaiki kereta Van tersebut dan tanpa disedarinya kejadian itu disaksikan Dan yang baru saja ingin mendatangi rumahnya. Dan terkejut dan matanya terbelalak melihat kawan baiknya menaiki kereta Van bersama kumpulan lelaki asing yang menggerunkan. Dan buntu dan dia tidak tahu untuk berbuat apa tapi setidaknya, hal yang paling rasional yang boleh difikirkannya sekarang adalah balai polis.

Kirania dibawa kesebuah pub yang terletak agak jauh dari kawasan perumahannya tapi dia mengenali tempat ini. Pub yang selalu didatangi ayahnya dan dia yang selalu harus menjemput ayahnya yang mabuk berat tidak mungkin dia akan melupakannya kerana pemilik pub tersebut adalah seorang wanita umur lanjut dengan solekan tebal dan membeli ramai gadis muda untuk dijadikan pelacur. Peluh dingin mulai bercucuran hebat didahinya, Kirania boleh mengagak untuk apa dia dibawa ketempat ini tapi tetap tiada apa yang dapat dilakukannya untuk melarikan diri selain hanya pasrah dengan keadaan. Dugaan Kirania tepat apabila dia melihat wanita pemilik pub tersebut dan Max sedang bertukar uang yang cukup banyak, sekurang-kurangnya ikatan uang yang disaksikan Kirania sekarang jauh lebih banyak dari semua gajinya selama setahun.

Usai melakukan jual beli, Max terus berlalu keluar sambil melayangkan flying kiss kearah Kirania sebelum dia sempat hilang dari pandangan. Kini wanita itu datang menghampiri Kirania dan membawanya masuk kedalam sebuah bilik persalinan, dia disuruh menyalin pakaiannya dengan pilihan pakaian yang sudah disediakan didalam bilik tersebut tapi tidak mungkin Kirania berani untuk memakainya kerana kesemua pilihan pakaian tersebut adalah pakaian seksi dan terlalu mendedahkan anggota tubuhnya. Dia meminta belas wanita tersebut supaya jangan menjadikannya sebagai gadis penghibur, dia sanggup melakukan apa saja asalkan tidak dijual kepada pelanggan yang dipenuhi pak cik miang yang berbau alkohol.

''Saya sudah membeli awak dengan harga penuh, sekarang awak tak nak bekerja?!! saya tak nak tahu, awak mesti keluar dan melayani tetamu penting malam ni!'' tegas wanita itu.

Dengan terpaksa Kirania mengenakan pakaian yang sedemikian, walaupun dia memilih pakaian yang paling ringan dan panjang tapi tetap saja semua pilihan pakaian disini mendedahkan kulitnya. Kirania berjalan kaku kearah sebuah bilik hotel yang telah disewa khusus kononnya untuk tetamu penting pada malam ini, wanita pemilik pub tersebut memberitahunya kalau dia hanya perlu menemani tetamu itu minum. Setibanya dihadapan bilik hotel dengan nombor bilik yang sudah dinyatakan, Kirania semakin gugup, dia mengetuk pintu perlahan sebelum terdengar suara dari dalam yang mengizinkan dia untuk masuk. Pintu dibuka dan Kirania tidak melihat sesiapa yang lain melainkan seorang lelaki bertubuh tinggi semampai dengan bentuk tubuh yang gagah jelas tergambar disebalik baju kemeja putihnya sedang duduk disofa berdekatan dengan dinding kaca dibelakangnya yang jelas menunjukkan suasana kota malam. Nafas Kirania seakan terhenti dan dia tidak dapat menyembunyikan rasa takutnya.

Lelaki itu nampak berbahaya, pandangan matanya yang tajam jelas terlihat lebih sinis daripada Max. Leher sebelah kirinya terukir tatto seakan sarang labah-labah dan tatto itu terlihat semakin jelas kerana dia membuka dua butang atas baju kemejanya. Melihatku mematung dipintu, lelaki itu akhirnya memanggilku mendekat dan mengisyarahkanku untuk duduk disampingnya. Aku tak perlu takut, wanita itu memberitahuku kalau aku hanya perlu menemaninya minum dan semuanya akan berakhir. Dengan kaku ditambah lagi kasut tumit tinggi yang tidak pernah disarung dikakinya membuat langkah Kirania terlihat sangat janggal, dia melabuhkan punggungnya diatas sofa dan menjaga jaraknya daripada lelaki itu.

''Awak tak nak tuangkan minuman untuk saya?'' ujar lelaki itu dingin. Kirania tidak berani untuk bertatap mata dengannya tapi dia sedar kalau paras lelaki ini tampak lebih tampan dilihat lebih dekat walaupun aura menakutkan disekelilingnya. Tangan Kirania menggeletar apabila menuangkan minuman dari botol kaca kedalam gelas dihadapannya. Dia meletakkan botol tersebut dengan sangat berhati-hati supaya tidak terjatuh dan tumpah. Dia sedar kalau lelaki disampingnya sedang memerhatikannya sedari tadi dan pandangan yang seakan boleh menembus kedalam matanya.

''Silakan... Tuan...''

Lelaki itu mengehla nafas panjang sebelum menghulur tangannya kepinggang Kirania dan menarik tubuh gadis itu mendekat dan kini menempel ditubuhnya. Kirania terkejut dan menekup mulutnya supaya suaranya yang ingin menjerit tidak terdengar. Tanpa mempedulikan ekspresi Kirania yang tidak senang lelaki itu terus mencapai gelas kaca dihadapannya dan meneguk minuman memabukkan itu perlahan, seteguk kecil saja sudah cukup untuk membuat perisa minuman anggur yang diperam lama itu memenuhi deria rasanya. Dia melihat kearah Kirania yang sekuat tenaga mencoba bertahan disampingnya dan dia merasa seronok melihat ekspresi naif gadis belasan tahun itu, dengan sengaja lelaki itu mengusap bahu Kirania yang terdedah dan menghidu aroma parfum menyengat hidung yang dipakainya dari celah lehernya membuat Kirania semakin tidak senang. Dia masih mencoba bertahan dengan menggepal kedua tangannya dan memejamkan mata tapi dia mulai lepas kendali apabila lelaki itu mulai menyusup tangannya kebawah kain baju yang dipakainya. Kirania spontan menjerit dan menampar lelaki disampingnya.

Terkejut. Lelaki itu tidak menyangka akan mendapat tamparan kerana seumur hidupnya apabila dia mencoba mendekati seorang wanita mereka hanya akan pasrah dalam dekapannya apalagi wanita murahan dikelab malam. Jeritan Kirania membuat pengawal lelaki itu yang mengawal diluar langsung menerjah masuk begitu juga wanita pemilik pub yang memakai solekan tebal tersebut.

''Encik Aarav, awak tak apa-apa?...'' tanya wanita itu panik jikalau tetamu pentingnya akan berasa tidak senang dengan layanan anak buahnya.

Lelaki yang dipanggil Aarav itu bingkas berdiri dan tertawa kecil, dia lalu melirik kearah Kirania yang sedang duduk dipenjuru sofa sambil memeluk tubuh. Aarav merasa terhibur melihat ekspresi gadis belasan tahun itu walaupun Kirania tidak berniat untuk menghiburnya. Pandangan Aarav lalu tertuju kearah wanita pemilik pub yang sedang berdiri dihadapannya. ''Jadi... berapa harganya?.''

Wanita itu sontak terkejut mendengar pertanyaan Aarav. ''Ma... maafkan saya encik Aarav, saya tak boleh menjualnya kerana dia anak baru dan saya yakin dia tidak akan boleh memuaskan encik. Saya...''

Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya, Aarav lantas menendang meja dihadapannya kencang sehingga membuat semua yang berada didalam bilik tersebut terdiam. Aarav langsung mengisyarah kepada anak buahnya yang berdiri dihadapan pintu bilik hotel dan tanpa penjelasan lanjut anak buahnya sudah tahu apa yang dimaksudkan atasannya. Anak buah Aarav membawakan sebuah beg bimbit kulit dan menyerahkan beg tersebut kepada Aarav. Wajah wanita itu semakin pucat apalagi apabila Aarav membuka beg tersebut yang ternyata isinya berupa duit ribuan dolar yang memenuhi beg tersebut. ''Awak pasti tahu kalau saya paling tak suka nak ulang balik apa yang saya dah cakap tadi, tapi sebab malam ni saya mendapat pancingan besar saya akan bagi awak satu peluang.'' Ujar Aarav seakan terdengar lembut tapi sinis dengan caranya. Wanita pemilik pub itu sudah mulai berpeluh hebat, mana taknya kerana berhadapan dengan seorang ketua mafia berkepala panas seperti Aarav memang takkan membuat jantungnya berdegup normal lebih-lebih lagi Aarav adalah ketua mafia darah kacukan Turki-Sepanyol dari timur tengah yang terkenal dengan kekejaman dan kerja kotor diluar batas manusiawinya. Walaupun masih terkesan muda, Aarav langsung tidak menunjukkan sedikit kenaifan pun untuk memimpin sebuah kumpulan yang besar. Bahasa dan perilakunya memang kasar dan dia juga tidak akan segan untuk membantai seorang wanita sekalipun.

''Jadi... awak mungkin tak dengar dengan jelas tadi, jadi... saya tanya sekali lagi. Berapa harganya?''

Suara wanita itu tidak keluar dan dia jatuh terduduk kelantai hanya dengan menatap tatapan mata tajam milik lelaki timur tengah itu yang cukup menusuknya tajam dari dalam. Melihat tiada jawapan, Aarav pun menghela nafas panjang. ''Nampaknya awak suruh saya buat perkiraan sendiri... Hmm...'' Aarav kembali menatapku. ''Walaupun bukan bahan kelas atas tapi, lumayan... untuk seorang perawan.'' ujarnya santai sebelum menghamburkan uang didalam beg bimbit ditangannya dihadapan Kirania. Uang kertas itu berterbangan dan memenuhi lantai bilik hotel yang mereka duduki sekarang.

''1 Bilion dolar...'' Aarav menatap Kirania lekat dan terus menarik tangan gadis itu dan mengangkatnya diatas pundaknya. Kirania meronta minta dilepaskan tapi semua usahanya tidak memberi bekas kepada tubuh sasa Aarav.

Sebelum berjalan keluar, Aarav sempat berdiri dihadapan wanita pemilik pub tersebut dan menolak dagu wanita itu keatas menggunakan kakinya. ''Simpan bakinya.'' Ujarnya ringkas seraya berjalan keluar dari bilik hotel tersebut sambil diikuti anak buahnya dibelakang.

Creation is hard, cheer me up!

Charlotte_97creators' thoughts