Pada waktu ini, keluarga Xi masih dapat mengawal keluarga Feng. Tetapi sebaik sahaja Datuk Xi meninggal nanti, keluarga Feng pasti akan bangkit untuk menyerang balas. Oleh itu, sejak beberapa tahun yang lalu, keluarga Xi telah mencari cara untuk menguruskan ancaman ini. Namun, keluarga Feng bukanlah pihak lawan yang boleh ditangani dengan mudah.
Tetapi, Mubai tidak gentar terhadap mereka. Sekiranya dia mengetahui yang sememangnya keluarga Feng adalah dalang di sebalik semua ini, dia akan menghancurkan mereka semua!
"Tidak kira apa pun, sudah tiba masanya untuk menyelesaikan permasalahan antara keluarga Xi kita dan keluarga Feng mereka," kata Mubai kepada Munan dengan suara yang perlahan.
Munan mengangguk dengan bersungguh-sungguh, "Kamu betul, lebih cepat perkara ini selesai, lebih baik."
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com